Wednesday, December 29, 2010

Habuan besar dari sebuah keikhlasan

Pada tahun ke 7 hijarah telah berlaku Perang Khaybar antara umat Islam dan Yahudi. Seorang hamba berkulit hitam berbangsa habsyi dari penduduk Khaybar sedang memelihara kambing tuannya seorang Yahudi. Tatkala beliau melihat penduduk Khaybar bersiap sedia untuk mengangkat senjata dia pun bertanya;
“Apa kamu semua hendak buat?”
Mereka pun menjawab;
“Kami hendak berperang dengan orang yang mengaku dia nabi” Maka terdetik di hatinya tentang nabi. Lalu dia pun meninggalkan kambingnya untuk bertemu Rasulullah saw.
Beliau lantas bertanya;
“Apakah yang kamu katakana? Apa perkara yang kamu seru?”
Rasulullah saw pun menjawab;
“Saya mengajak kepada Islam. Kita bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan sesungguhnya saya adalah utusan Allah. Dan kita tidak menyembah kecuali Allah”
Lelaki itu kemudian berkata;
“Apa saya akan dapat jika saya bersaksi dan beriman kepada Allah Azza wa jalla”
Rasulullah saw menjawab;
“Kamu akan dapat Syurga jika kamu mati kerana demikian” Lalu dia pun masuk Islam.
Kemudian tuannya yahudi mendapat tahu bahawa hambanya telah memeluk Islam.
Kemudian berlaku pertempuran di Khaybar antara umat Islam dengan Yahudi. Khaybar adalah pusat utama bangsa Yahudi di Semenanjung Arab.
Kedua-dua pihak pun bertempur. Antara yang terkorban ialah lelaki hamba yang baru memeluk Islam tadi. Tentera Islam mengusung mayatnya ke kem mereka. Usai melihat mayatnya Rasulullah saw pun bertemu dengan para sahabatnya lalu berkata;
“Sesungguhnya Allah telah memuliakan hamba ini dan melorongkannya kepada kebaikan. Saya melihat 2 bidadari di bahagian kepalanya sedangkan dia tidak pernah sekali pun solat untuk sujud kepada Allah”

Tuesday, December 28, 2010

Keseleruhan kulit buku "Mari Kenali Keluarga Muhammad saw"

Buku Terbaru Saya "MARI KENALI KELUARGA MUHAMMAD SAW"


Assalmualaikum kawan2

Buku terbaru saya berjudul MARI KENALI KELUARGA MUHAMMAD SAW bakal lahir minggu depan. Berminat menjadi pengedar sila maklumkan pada saya

Maklumat Buku
Judul: Mari Kenali Keluarga Muhammad SAW
ISBN: 978-967-10128-0-2
Penulis: Sahrulazmi Sidek
Penerbit: Mazni Irfan Publication
Kategori: Umum/Sejarah Islam
Halaman: 176 m/s
Harga Semenanjung Malaysia: RM17.70
Harga Sabah/Sarawak: RM19.70

Blurb belakang:

Sebelum mengenali hati budi seseorang, kita cenderung bertanyakan
perihal keluarganya. Mengenali latar belakang keluarga, sudah cukup
membuatkan jiwa lebih dekat dengan orang yang ingin kita kenali. Begitu
juga apabila kita mahu mengenali nabi kita, Muhammad bin Abdullah.

Mari Kenali Keluarga Muhammad SAW dijangka menjawab persoalan-
persoalan berikut:
 Berapa ramai sepupu yang nabi ada?
 Ummu Ayman itu ibu susuan ataupun pengasuh nabi?
 Adakah Saidina Hamzah itu sepupu, ataupun bapa saudara nabi?
 Mana satukah bapa saudara nabi? Abu Jahal, ataupun Abu Lahab?
 Siapakah antara kerabat nabi yang memeluk Islam?
 Siapa pula ahli keluarga yang menentang ajaran nabi?
Dekati keluarga nabi dengan, sebuah rumah, sebuah buku Mari Kenali
Keluarga Muhammad SAW
.

Sahrulazmi Sidek
, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab dari
Universiti al-Albayt, Jordan. Kemudian, melanjutkan pengajian di peringkat
Sarjana Sejarah dan Tamadun Islam di Jabatan Pengajian Arab dan
Tamadun Islam (JPATI), UKM. Akses beliau terhadap ratusan sumber sejarah

Sunday, December 26, 2010

Peristiwa bulan Muharam

Apalah kita ini. Macam tiada modal. Asyik2 bila datang bulan Muharan nak cerita pasal hijrah. Sebenarnya banyak lagi.

1. Perang khaybar

Perang ini berlaku pada bulan Muharam. Huraikanlah pada masyrakat. Bahaya orang Yahudi. Pada bulan haram pun mereka tak hormat. Atau apa sahajalah pasal yahudi.


2. Perang Siffin.

Perang Siffin ini berlanjutan utk tempoh yang lama. Melibatkan bulan Muharam tahun 37 Hijrah. Boleh kita hurai masalah fitnah dalam umat Islam. Bahayanya kumpulan khawarij dan al-Sabaiyyun.

Khawarij ini cukup bahaya. Ceritakanlah pasal perang al-Nahrawan yang tercetus antara Ali bin Abu Talib dan puak ini. Mereka bertindak ganas sehingga membunuh khalifah Ali dan buat kacau bilau dalam wilayah Islam.

Begitu juga al-Sabaiyyun atau pengikut Abdullah bin Saba'. Mereka adalah gl penghasut yang mengajak umat Islam merusuh di Madinah sehingga membunuh Uthman bin Affan. Tektik mereka licik. Bermula dari tahun 30 hijrah mereka membuat perancangan jahat. Tahun 35 hijrah slp kira2 6 tahun, misi mereka membuahkan hasil.

Merekalah watak penting dalam melagakan tentera Islam sehingga tercetus perang jamal, kemudian perang Siffin. Mereka bijak menyusup masuk menyalakan api, akhirnya umat Islam berbunuhan sesama sendiri.

Banyaklah boleh cerita pasal Muharam ini...

Friday, November 26, 2010

2 Peristiwa bulan ZulHijjah

Tentunya bulan Zulhijjah ini berlangsungnya ibadat haji saban tahun. Namun, apabila mentelaah dalam sirah nabi saw terdapat beberapa peristiwa sejarah.

1. Perang al-Suwayq

Perang ini berlansung antara sekumpulan kecil tentera Islam menentang 200 tentera Quraisy di Qarqarah al-Kadar, tempat antara Makkah dan Madinah. Perang yang tercetus pada tahun 2 hijrah ini berakhir dengan pihak musuh melarikan diri.


2. Perang Umrah al-Qadha'

Kekuatan 1400 antara tentera berkuda dan berjalan kaki tentera Islam menghadapi tentera Quraisy di Makkah tahun 7 hijrah.

Tentera Islam duduk di Makkah selama 3 hari selepas kaum Musyrikin Makkah meninggalkan Makkah.

Namun ia hanya perang maknawi, bukan perang secara praktikal.

Sunday, November 7, 2010

Info KORBAN

“Assalamualaikum ustaz! Mohon beri tazkirah pada AJK Perlaksana Korban dan peserta korban ya”, pinta seorang sahabat pada saya. Apa nak cerita pada mereka sebab tahun lepas pun dah cerita bab korban pada mereka.
Akhirnya saya pun ambil keputusan buat sedikit penerangan tentang beberapa isu berkaitan korban.
1. Siapa yang layak korban
Yang paling tepat korban ialah untuk orang yang Islam, baligh, berakal dan mampu.
Sebab itu sepatutnya korban bukan untuk diniatkan pada arwah yang telah meninggal dunia atau anak kecil yang belum baligh.

2. Jantan = betina
Ramai orang faham bahwa binatang korban mesti jantan. Sebab itulah harga pasaran jantan lebih mahal. Ertinya kalau kita beli betina mesti lebih murah dari jantan.
Dalam erti kata lain kalau kita ada RM2000 untuk beli binatang korban, kita beli betina dapat saiz yang lebih besar dari jantan.
Jadi tahun ini kerana saya yang urus pembeliannya maka saya tempah yang semua betina supaya dapat lebih besar.
Mereka setuju sebab saya sudah terang perkara yang sebenar.

3. Upah korban
Haram ambil upah untuk korban dari bahagian binatang walaupun kulitnya. Untuk membayar upah kepada ‘penyembelih’ sebagai contoh perlu dari duit lain.
Sebab itu biasa kita lebihkan sedikit harga untuk urusan pengurusan. Sebagai contoh sepatut RM300 tetapi kita letak RM320 satu bahagian. Perkara ini saya terang pada peserta korban.

4. Pembahagian daging
Tuan korban boleh ambil sedikit dan yang baki hendaklah disedekahkan. Yang tercatat dari hadis 1/3 untuk tuan korban, 1/3 untuk fakir miskin dan 1/3 untuk kawan, orang kaya dll.
Bagi orang miskin, dia boleh jual daging yang dia dapat sebab ‘hak tamlik’ tetapi bagi si kaya tidak boleh dia jual daging yang dia dapat.

Adapun orang kafir haram makan daging korban sebab ia ibadat.

Namun, perbahasan yang mungkin lebih panjang. Tetapi nak kongsi ilmu dengan orang awam kadang-kadang perlu sikit-sikit.

Sunday, October 10, 2010

Peristiwa bulan Zulqaedah

Assalamualaikum semua...

Dalam diam-diam kita dah sampai ke bulan ZulQaedah, bulan ke-11 dalam kalender Islam. Pada bulan ini tidak kurang hebatnya dengan bulan-bulan lain. Banyak peristiwa hebat yang tercatat berlaku pada bulan ini.

1. Perang Banu Qurayzah

Seperti yang kita maklum, antara musuh Islam di Madinah ialah Yahudi. Antara puak Yahudi Madinah yang terkenal ialah Banu Qurayzah.

Perang ini tercetus antara 3,000 tentera Islam melawan 600-700 puak Banu Qurayzah di pinggir Madinah. Peristiwa yang berlangsung pada tahun ke-5 hijrah ini berjaya menamatkan riwayah bangsa Yahudi tersebut.

2. Perang Hudaybiah

Peristiwa ini berlaku antara 1400 tentera Islam menghadapi kekuatan Quraisy di satu tempat bernama Hudaybiah. Peristiwa ini berakhir dengan termeterai perjanjian antara kedua pihak yang dikenali dalam sejarah Islam sebagai 'Perjanjian Hudaybiah'

Wednesday, October 6, 2010

Peristiwa bulan Syawal sebagai motivasi

Banyak peristiwa besar yang berlaku dalam sirah nabi saw di bulan Syawal

1. Perang Bani Qainuqa' (2H)
Ia bertujuan membersihkan negara Madinah daripada Yahudi

2. Perang Bani Sulaym (2H)
200 tentera Islam menentang musuh dari Bani Sulaym dan Ghatfan. Musuh akhirnya lari dan mereka meninggalkan harta mereka kepada tentera Islam

3. Perang Uhud (3H)
Seramai 700 tentera Islam menentang 2900 kafir Quraisy dan 100 bani Thaqif di Bukit Uhud.

4. Perang Khandaq (5H)
3000 tentera Islam menghadapi kepungan 1000 tentera musuh daripada Quraisy, Sulaym, Fuzarah, Aysja' dan Ghatfan

5. Perang Hunyan (8H)
Seramai 12,000 tentera Islam menghadapi kekuatan musuh dari kabilah Hawazun dan Thaqif di Lembah Awtas berhampiran negeri Taif yang membawa kepada kemenangan umat Islam.

6. Pengepungan Taif (8H)
Seramai 12,000 tentera Islam berkuda dan berjalan kaki bertembung dengan kabilah Thaqif dan sebahagian Hawazun di Taif.

Lihatlah betapa pejuang Islam telah berjaya mengalahkan musuh di bulan Syawal. Bagimanakah kita yang cuma dituntut berperang selama 6 hari puasa sunat di bulan Syawal.

Adakah saya, anda, kita semua telah meraih kemenangan atau kita gagal?????

Friday, September 24, 2010

2 kerja kita selepas tarbiah Ramadhan

Kita dah selesai melalui bulan Ramadan. Dan sudah sampai ke separuh masa kedua Syawal. Saya nak ingatkan diri saya.

Ada dua perkara kita wajar buat selepas Ramadan

1. Puasa sunat 6 hari bulan syawal

2. Berazam untuk buat korban pada Aidiladha...

Monday, August 16, 2010

Kembara Sarjana (MA)


al-Hamdulillah penat lelah berulang alik 3 tahun 1/2 ke bumi UKM akhirnya menemukan titik akhir. Tanggal 9hb hari Isnin saya dan teman dianugerah sarjana di hari Konvokesyen ke 38 UKM.

Terima kasih pada semua yang menghulur bantuan dan doa.

Thursday, August 5, 2010

Sedihnya...

Dalam minggu saya terlalu sibuk ceramah sempena persediaan terakhir Ramadhan. Maka bbrp malam lepas saya berceramah di Shah Alam.

Pengerusi kali ini seorang tua berumur lebih 60 tahun. Selepas usai ceramah dia tanya kepada saya

"Berapa umur ustaz sekarang..."

Saya jawab "...34..."

Kemudian dia mengulas sebagai penutup.

"Tuan-tuan, saya sedar ketika saya diusia ustaz saya ada kerja hebat ttp saya ketika itu langsung tidak ingat agama. Alhamdulillah Allah bagi umur panjang, sempat ingat Tuhan. Bayngkan kalau saya mati muda...."

Suaranya begitu hiba, buat orang lain terdiam...

Bersyukurlah pada kita yang cepat diberi hidayah mengenal Tuhan.

Salam Ramadhan Karim dari saya sekeluarga...

Monday, August 2, 2010

Bulan Ramadhan...

Saya sendiri kurang gemar menukar nama-nama istilah tertentu dari Bahasa Arab ke bahasa Melayu.
Ini kerana

1. Bahasa Arab ada 'gah' tersendiri dari segi bunyi
2. Kadang-kadang terjemahan itu kurang tepat

Sebagai contoh najis diterjemah dengan kotoran. Sedangkan ada kotoran yang bukan najis spt kuah kari yang tumpah kat baju. Kita kata ia kotor ttp bukannya najis.

Selain itu terjemah wudu' kpd air sembahyang. Kerana wudu' bukan shj utuk sembahyang bahkan utk tawaf, pegang al-Qur';an etc

Begitulah juga Ramadhan dengan bulan puasa. Sebab ramadhan bukan hanya ada puasa malah ada tarawih, tadarus al-qur'an, sedekah dan lainnya.

Walaupun tidak dinafikan ia juga disebut syahr al-Siyam (bulan puasa). Bimbang orang hanya ingat bulan ramadhan utk puasa sahaja dan dia tak solat, tak baca al-Quran, tak bersedekah sedangkan pahala pada bulan ini dilipatkali ganda pahalanya.

Monday, July 19, 2010

Antara Azar vs ‘Uzair

Kita sering terkeliru antara 2 nama yang disebut dalam al-Qur’an ini. Barangkali kerana bunyinya yang seakan-akan serupa. Tetapi yang jelas ia langsung tidak serupa.

Nama Azar kita temui dalam surah al-An’am ayat 74.


Dan (Ingatlah) di waktu Ibrahim Berkata kepada bapaknya, Aazar[ "Pantaskah kamu menjadikan berhala-berhala sebagai tuhan-tuhan? Sesungguhnya Aku melihat kamu dan kaummu dalam kesesatan yang nyata."

Azar ialah bapa nabi Ibrahim as. Dia bukan orang mukmin.

Adapun ‘Uzair kita akan temui dalam surah al-Taubah ayat 30. Beliau ini adalah mukmin.


Orang-orang Yahudi berkata: "Uzair itu putera Allah" dan orang-orang Nasrani berkata: "Al masih itu putera Allah". Demikianlah itu Ucapan mereka dengan mulut mereka, mereka meniru perkataan orang-orang kafir yang terdahulu. Dilaknati Allah mereka , bagaimana mereka sampai berpaling?

Wednesday, June 30, 2010

Hadiah selepas 50 tahun...

Kita sedang berada dalam bulan Rejab. Bulan Rejab mengingatkan kita kepada peristiwa Israk dan Mikraj.
Israk Mikraj adalah hadiah besar yang diberikan oleh Allah kepada nabi kita. Hadiah perjalanan darat dan langit. Yang tidak mungkin diperolehi oleh mana-mana manusia lain.

Namun, sedarkah kita bahawa sebelum nabi dihadiahkan hadiah hebat ini baginda telah melalui pelbagai ujian selama 50 tahun.

1. Lahir dalam keadaan yatim kerana ayahnya meninggal semasa dalam kandungan

2. Berpisah dengan ibunya semasa dipelihara di kampung Halimah

3.Ibunya meninggal ketika berumur 5 tahun

4. Datuknya meninggal selepas hanya 2 tahun menjaga Rasulullah saw

5. Menumpang kasih pada pakciknya Abu Talib

6. Terpaksa mengambil upah membela kambing

7. Terpaksa berniaga

8. Anak-anak lelakinya meninggal dunia

9. Anak-anak perempuaannya diceraikan oleh suami-suaminya

10. Isterinya Khadijah meninggal dunia

11. Kematian bapa saudara Abu Talib

12. Beliau dan sahabat-sahabat diseksa oleh kaum Quraiys

Dengan kesusahan2 ini maka layaklah Muhammad dibawa berjalan2 oleh TuhanNya untuk menggembirakan nabi saw. Ya... selepas tempoh 50 tahun menahan sabar...

Sunday, May 23, 2010

Internet rumah dah okey...

al-Hamdulillah internert rumah sudah kembali pulih. Setelah 3 minggu dia buat perangai.
Banyak juga info penting yang terlepas pandang. Rasa penting juga ada internet ni. Antaranya saya terlepas peluang menghadiri program penulisan novel Islami bersama Pak Latip anjuran PTS di Taman Permata. Lamadah saya tunggu peluang tersebut.
Apakan daya...
Ramai juga kawan-kawan yang tegur awat tak tulis benda baru dalam blog ini.
Kekalutan mohon dimaafkan.
Selepas ini, jenguk-jenguklah blog ini lagi. Bimbang ada orang serik...

40 tahun pertama hayat nabi saw..

Saya diminta untuk menyampaikan ceramah berkaitan dengan perjalanan hidup nabi saw.
lalu saya pun meminta audien menghafaz 6 digit nombor ini iaitu 40 13 10.
Nombor 40 adalah umur nabi sebelum dilantik menjadi rasul.

Angka 13 adalah tempoh seterusnya iaitu ketika baginda berdakwah di Makkah.

Manakala angka 10 adalah tempoh terakhir baginda iaitu tempoh ketika berdakwah di Madinah.

Ketika membahaskan tempoh 40 tahun pertama ini banyaklah persoalan yang perlu dibahaskan untuk kita ambil iktibar.

1. Kenapa nabi saw perlu dihantar ke kampung di luar Makkah. Apa beza jadi budak kampung dengan budak Pekan.

2. Kenapa nabi perlu jaga kambing

3. Kenapakah nabi perlu menjadi pedagang bukan pekilang

4. Kenapa nabi hidup susah sedangkan datuknya adalah pembesar Makkah.

5. Apakah peristiwa-peristiwa besar dilalui oleh nabi saw sebelum diangkat menjadi rasul.

6. Adakah rasul mengasingkan diri ke gua hira' dianggap cuba melarikan diri dan cabaran hidup masyarakat jahiliyyah yang merungsingkan itu.

Terpaksalah tidur dengan buku sirah untuk mencari jawapan-jawapan ini.

Tuesday, May 18, 2010

BUku Tentang Keluarga Nabi saw...

Dah lama sungguh saya tidak mencoret dalam blog ini. Kerana sudah 2 minggu internert di rumah merajuk panjang.
Saya baru sahaja menyiapkan buku sejarah pertama saya. Sedang masuk proses editing. Saya menulis pasal keluarga nabi saw.
Saya tulis pasal datuk, nenek, mak saudara, bapa saudara, sepupu2 dan semua orang-orang penting di sekeliling nabi saw,
Setelah berhempas pulas membelek buku2 sejarah, maka saya temui banyak maklumat yang dulu saya jahil tentangnya.
1. Saya dah tahu nama nenek nabi sebelah bapa (Abdullah) dan sebelah ibu (Aminah)
2. Saya temui tempoh honeymoon antara Abdullah dan Aminah. Berapa lama mereka sempat bersama.

3. Saya menemui detik-detik menyayat hati bagaimana seorang isteri iaitu Aminah yang terpaksa menerima berita tiba-tiba suami yang ditunggu balik dari berniaga di Syam tetapi berita yang sampai adalah berita kematian suami.

4. Saya menemui saat-saat awal bagaimana Halimah al-Sa'diyyah mula-mula mendakap tubuh nabi saw. Saat itu nabi saw sedang terlena, Halimah tidak mahu mengganggu tidur baginda. Namun, kmdn Halimah meletakkan tangannya ke atas dada kecil nabi saw. Baginda terjaga dan terus melemparkan senyuman buat Halimah.

5. Saya menemui kisah sedih di saat umur nabi saw 6 tahun. Ketika itu nabi yang masih kecil ini telah menjadi yatim piatu.

6. Saya menjumpai kisah kasih agung seorang pakcik yang memelihara anak saudaranya lebih dari anaknya sendiri. Abu Talib sanggup memberi peluang nabi saw tidur di sebelahnya sedangkan beliau mempunyai anak sendiri.

Banyak lagi kisah-kisah keluarga nabi yang ingin saya kongsikan. Tunggulah agar buku ini muncul sebagai alternatif bagi yang ingin membaca kisah-kisah besar dalam keluarga nabi saw.

Thursday, April 15, 2010

TESIS MA sudah mendarat ke destinasinya...


al-Hamdulillah, cita-cita untuk menyambung PHD sudah mula berputik lagi. Setelah bertungkus lumus dalam mengharungi liku2 menyiapkan tesis Master bertajuk "Sejarah Perluasan Kuasa Islam Pada Zaman Pemerintahan Kerajaan Umawiyyah (41H/661 Hingga 132H/750M)" setebal 258 muka surat tidak termasuk 15 muka surat bernombor roman.

Tak terkata pelbagai halangan dan kesukaran yang ditemui serta banyak lagi yang tidak tersebut dengan perkataan. Apa-apa pun al-Hamdulillah kerana berjaya mendarat sampai ke tepian juga.
Sekarang sedang mencari-cari peluang untuk mengPHDkan diri ini. Kerana cuba menyambut slogan belajar sampai ke liang lahad.

Banyak maklumat yang saya temui sepanjang menyiapkan tesis saya. Saya mengkaji kedatangan Islam ke 9 buah pulau utama pada zaman pemerintahan Kerajaan Umayyah.
Perluasan kuasa Islam di Pulau Cyprus
Perluasan kuasa Islam di Pulau Rhodes
Perluasan kuasa Islam di Pulau Kriti
Perluasan kuasa Islam di Pulau Arados
Perluasan kuasa Islam di Pulau Pantelleria
Perluasan kuasa Islam di Pulau Sicily
Perluasan kuasa Islam di Pulau Sardinia
Perluasan kuasa Islam di Pulau Corsica
Perluasan kuasa Islam di Pulau-pulau Balearic

Cadangan PHD nak tulis tajuk tentang kedatangan Islam ke wilayah Caucasus atau kawasan di wilayah selatan Laut Aral seperti Khirgistan, Turkuministan dll...

Belum lagi decide tajuk sebenar... Perlu istikharah dulu, barulah Allah bantu.

Sunday, April 11, 2010

Memahami wilayah utara...

Sepanjang 2 minggu ini saya tidur dengan Atlas. Sasaran saya ialah kawasan yang selalu disebut dengan Bilad Ma Wara’ al-Nahar (Negara di sebalik sungai).
Lalu saya teroka 2 atlas, atlas yang mengandungi peta-peta lama dan atlas moden. Untuk saya gabungkan. Kerana nama-nama ini ada yang berubah.
Kalau anda perasan surat khabar minggu ini banyak juga menyebut wilayah yang sedang saya kaji ini. Antara isu air Laut Aral yang surut. Isu pengebom berani mati yang meletupkan diri di Moscow berasal dari wilayah Caucasus utara dan kemelut politik di Kyrgyzstan. Sekurang-kurangnya memahami kedudukan wilayah-wilayah tersebut lebih memberi saya faham akan setiap isu tersebut.
Rupa-rupanya Ma Wara’ al-Nahar bermaksud Negara-negara di balik Sungai Sihun atau hari ini disebut Sungai Amodarya.
Ia merupakan kawasan di selatan Laut Aral (Kadang-kadang disebut Laut Khawarizm). Jika kita melihat peta hari ini ia merujuk Negara Uzbekistan, Kirghizia, Tajikistan dan Turkeministan. Negara-negara ini dahulu duduk di bawah kesatuan Soviet.
Pada saya, untuk kita memahami Negara-negara di bahagian utara Asia ini perlu kita mengetahui akan 3 laut utamanya. Iaitu Laut Aral (Khawarizm), Laut Kaspia (Laut Qazwin atau al-Khazar) dan Laut Hitam.
Wilayah Ma Wara’ al-Nahar yang mengandungi Bukhara, Samarqand, Thaskend dan lain-lain wilayah yang sering disebut dalam buku sejarah lama.
Manakala antara Laut Kaspia dan Laut Hitam terletak pergunungan Caucasus (dalam buku sejarah lama disebut al-Quqaz). Di selatan Caucasus hari adalah Negara Georgia, Azerbaijan dan Armenia.

Saturday, March 27, 2010

Terima Kasih Yang Telah Membeli dan Membaca buku BERANI BERUBAH


al-Hamdulillah buku BERANI BERUBAH telah keluar di pasaran tepat pada waktunya. Hari pertama pesta buku.
Tentunya orang pertama membeli dan membacanya setahu saya ialah Haji Aki dari Johor Bahru.
Adapun di sekolah saya, orang pertama mendapatkannya adalah cikgu Jefri. Setakat seminggu ini saya telah difahamkan telah ramai yang dah khatam buku ini.
Termasuk Ustaz Azrul Hisham Baharan, Ustazah Siti Rohani Masropi, Haji Aki dan ramai lagi.
Menurut salah seorang pembaca yang menegur saya, buku ini mempunyai kelaianan tersendiri dari olahan isinya walaupun hanya bercerita tentang hijrah rasululllah saw.
Ya, memang antara cadangan asal tajuk buku ini adalah HIJRAHKU.
Juga komen lain menyebut banyak tokoh yang disebut adalah tokoh yang jarang ditulis akan ceritanya. "Tokoh yang ustaz sebut, tak pernahlah saya dengar" komen seorang pembaca pada saya melalui SMSnya.
Terima kasih yang sudah membaca dan memberi komen ikhlas pada saya.





Tak cukup pergi sekali, saya pun pergi kali kedua ke pesta buku 2010 di PWTC. Kali ini, membawa anak-anak ibu bapa pelajar-pelajar saya.
Dari Klang kami bertolak jam 8.00 pagi dan sanpai ke PWTC jam 9.15. Selepas itu kami terjah semua booth sehingga jam 1.30 tgh.
Usai solat zohor, kami bertolak balik ke Klang dan jam 3.30 kami pun sampai ke sekolah kami.
Perjalanan kedua ini saya sempat bertemu dengan saudara Amin Inteam dan Syafiq, editor PTS.
Dan juga saya bertemua novelis KarnaDya Aina Emir dan penulis cerita seram Karnadya Resmanshah.
Juga orang kuat Karnadya Solution iaitu Uncle Arif.

Apa makna Babil?

Sebenarnya nama-nama yang kita temui sebenarnya ada makna yang tertentu. Bukan saje-saje diletak nama tanpa sebarang alasan.

al-Kisahnya saya selalu terjumpa nama Babil di Iraq tetapi tidak pernah pula tertanya apa sebenarnya maknanya?

Sehinggalah malam tadi ketika saya membaca perkataan tersebut, barulah saya terserempak maknanya.

Babil ialah gabungan 2 perkataan bab (pintu) dan ilah (tuhan). Babil ialah bab al-Ilah yang bermakna pintu tuhan.

Di Pesta Buku KL 2010 bersama keluarga






Kali ini saya membawa anak-anak isteri saya dan ibu anak-anak saya ke pesta buku. Semua dapat bajet RM 20. "Okey semua! Sekarang terjah buku apa yang anak-anak suka, asalkan ada manfaatnya"
Saya sebagai mentor membaca mereka tegas memberi arahan. Memberi kebebasan tetapi tidak mutlak. Mudah-mudahan mereka seronok...

Tuesday, March 23, 2010

PESTA BUKU KL 2010

Hari Jumaat lepas bersama hari pertama pesta buku Kuala Lumpur 2010, saya masih berada di Kangar Perlis lagi.

Saya ingat buku terbaru saya BERANI BERUBAH tidak keluar lagi. Tiba-tiba saya dapat SMS dari seseorang yang beri ucapan tahniah pasal buku terbaru saya BERANI BERUBAH.

Saya pun membalas "Betul ke tuan buku saya dah ada di pesta buku..."

Dia jawab ".... saya dah baca separuh dah ustaz..."

Tak tidur lena saya. Apa pun orang komen, sebagai penulis saya memang tertunggu setiap kali buku yang saya tulis dapat saya pegang.

Pada hari Ahad 20hb, saya pun pergi ke pesta buku. Bersama keluarga saya. Memang mereka pulun beli buku tapi saya sendiri nak cari buku saya dulu.

Saya pun terjah gerai Karnadya. al-Hamdulillah dapat juga tercapai hajat saya. Memang dah keluar betul.

Sempatlah juga saya bertemu Kak Aina Emir dan suami, uncle Arif, Irfan, Faiz, Zaki, Ana, Athilah dan semua orang kuat Karnadya. Semoga succes semua.

Saya pun balik selepas itu. Bersama 15 naskhah BERANI BERUBAH. Esoknya tanya kawan-kawan di sekolah saya yang berminat.

Setakat habislah naskhah tersebut. Khamis ni saya akan ke PWTC lagi. Cadang nak bawa balik 30 buah. Larat ke?

Terima kasih yang menyokong karya saya dan sudi memberi komen membina...

Siapa yang mirip muka dengan nabi saw.

Saya sedang khusyuk membaca buku-buku tentang ahli keluarga nabi saw. Maka sewaktu membaca helaian demi helaian saya akan ambil berat tentang info baru. Maka bertemulah saya dengan info ini lalu saya tuliskan untuk dikongsikan dengan pembaca blog saya.

Ada 6 orang yang dikatakan memiliki wajah mirip seperti nabi saw iaitu;

1. Jaafar bin Abi Talib
2. Hasan bin Ali
3. Qutham bin Abbas
4. Abu Sufyan bin al-Harith
5. al-Sa’ib bin ‘Ubayd bin ‘Abdu Nawfal bin Hasyim bin al-Muttalib
6. Abdullah bin Jaafar

Thursday, March 4, 2010

Karyaku yang seterusnya...

al_hamdulillah dengan izinnya aku diberi rezeki masa dan sekelumit ilham untuk ku kongsikan bersama para pembaca dalam karyaku terbaru 'BERANI BERUBAH'.

Bagiku tahun 2009 amat mencabar dengan kesibukan tugas seharian. Kalau tahun sebelumnya, 2008 berjaya menghasilkan 4 buah buku tetapi tahun 2009 aku agak lesu dalam menghasilkan karya.

Namun, selain Berani berubah, aku berjaya juga menghasilkan penerbitan lain. Antara buku 'Guru Jutawan Akhirat'bersama team penulis-penulis Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Negeri Selangor.

Selain itu, 3 artikelku turut diterbitkan dalam buku Universiti Kebangsaan Malaysia betajuk Pembangunan Tamadun Insan Era Nabawi di Mekah, Ibnu Jubayr dan Metodologo Penulisan Ibn Arabi dan kitab al-Awasim min al-Qawasim.

Harap tahun 2010 aku lebih agresif menulis. Doakan saya...

Buku ke-8 saya "Berani Berubah"


Sinopsis:

Semua orang ada bercita-cita untuk berhijrah atau berubah. Hijrah atau berubah daripada satu perkara yang kurang baik kepada yang lebih baik atau daripada yang sudah bagus kepada yang lebih bagus. Di hadapan kita banyak peluang untuk kita melakukan perubahan.

Namun dalam menuju perubahan, kita wajar mengetahui liku-liku dan ancaman yang bakal dihadapi dalam perjalanan tersebut. Dengan menyedari liku-liku tersebut, maka mudah-mudahan kita lebih kuat dan lebih tekad untuk meneruskan perubahan ini.

Tidak memahami benar-benar erti hijrah, halangan-halangan hijrah dan cabaran-cabaran serta realiti sebenar perjalanan hijrah boleh menyebabkan kita tersungkur di perjalanan sebelum sampai ke destinasi sebenar. Ada cita-cita untuk berhijrah itu memang bagus dan amat bagus, tetapi hendak berhijrah bukan senang. Bukan semudah mengupas kuaci atau mengupas kerang dengan sebelah tangan semata-mata dan bukan sesenang memasang cita-cita seperti Mat Jenin. Buku ini cuba memberi jawapan kepada topik tersebut.

Tuesday, March 2, 2010

1 Orang Sama Dengan 1,000 Orang

Antara sasaran pembukaan tentera Islam pada zaman pentadbiran Khalifah Umar bin al-Khattab ialah wilayah Mesir. Ketika itu, Mesir tunduk kepada kuasa Byzantine yang berpangkalan di Contantinople.
Sahabat yang mengetuai usaha membuka Mesir ialah Amru bin al-‘As. Beliau mendapati kesukaran untuk membuka Mesir lalu menulis surat kepada Umar memohon tentera tambahan.
Lalu Umar pun mengirim 4,000 tentera tambahan kepada Amru. Dan dalam setiap 1,000 orang tentera diketuai oleh seorang ketua. Dalam suratnya kepada Amru, Umar menyebut;
"Aku hantarkan kepada kamu 4,000 tentera yang dipimpin setiap 1,000 orang, seorang sahabat. Nilai setiap Zubayr al-Awwam, Miqdad bin al-Aswad, Ubadah bin al-Samit dan Maslamah bin Mukhallad sahaja menyamai 1,000 orang semasa pembukaan bumi Mesir. Ketahuilah sesungguhnya bersama enkau 12,000 orang tentera. Dan tidak akan dapat dikalahkan 12,000 orang ini kerana sedikitnya mereka."

Engkau Amanah Maka Rakyatmu Pun Begitu

Pada zaman Khalifah Umar bin al-Khattab telah berlaku perluasaan kuasa Islam ke wilayah Byzantine atau Rom timur dan Parsi. Bahkan setelah melalui peperangan yang rumit dan banyak akhirnya Kerajaan Parsi berjaya ditumbangkan.

Maka tatkala tentera-tentera Islam membawa segala harta kisra Kerajaan Parsi daripada perhiasan ke Madinah untuk di sembahkan kepada Khalifah Umar, Umar pun berkata;

“Sesungguhnya kaum yang membawa semua ini adalah orang yang sangat amanah”

Saidina Ali bin Abu Talib yang mendengar kata-kata Umar lantas berkata;

“Sesungguhnya engkau (wahai Umar) telah berlaku jujur maka rakyatmu pun berlaku demikian (kerana mencontohimu)”

Sunday, February 21, 2010

Kenali Rasul kita....

IBU SUSUAN...

Ramai orang-orang penting dalam hidup Rasulullah saw. Antaranya ialah ibu susuan baginda saw.

Sirah menyebut 2 nama besar wanita yang pernah menjadi ibu susuan baginda saw.

1. Thuwaibah
Beliau ialah hamba kepada Abu Lahab yang kemudian telah dibebaskan. Turut berkongsi bersama Rasulullah saw menjadi anak susuan Thuwaibah ialah Hamzah bin Abdul Mutalib dan Abu Salamah.

Thuwaibah pernah menemui Rasulullah selepas baginda berkahwin dengan Khadijah dan Khadijah amat menghormatinya.

Baginda pernah pakaian dari Madinah kepada Thuwaibah sehingga Thuwaibah meninggal dunia selepas pembukaan Khaibar.

2. Halimah binti Zu’aib.
Turut menyusu bersama Rasulullah dengan Halimah ialah Abu Sufyan bin al-Harith bin Abdul Mutalib dan 2 anak Halimah sendiri iaitu Unaisah dan Huzafah.

Adapun Ummu Aiman atau nama sebenarnya Barakah binti Tha’labah adalah pengasuh baginda dan bukan ibu susuan.
Beliau lebih terkenal dengan nama Ummu Aiman iaitu ibu kepada Aiman bin Ubayd al-Habsyi.
Selepas itu, Ummu Aiman berkahwin dengan Zaid bin Haritah dan dikurniakan anak bernama Usamah bin Zaid.
Asalnya Ummu Aiman adalah di bawah ayah baginda tetapi kemudia diwarisi oleh baginda saw. Rasulullah saw pernah menziarai beliau dan begitu juga Abu Bakar dan kemudian Umar al-Khattab.
Rasulullah pernah berkata “Ummu Aiman adalah ibuku selepas ibuku”

Monday, February 1, 2010

Hari-hari terakhir kewafatan Manusian Agung…

Rasulullah saw telah ditimpa sakit selama 2 minggu lamanya. Bermula dari 29 Safar sehingga 12 Rabiul Awwal.

Banyak perkara besar yang berlaku sepanjang 13 atau 14 hari tersebut.

Sehari terakhir sebelum wafat iaitu pada hari Ahad, 11 Rabilul Awwal, baginda melakukan 3 perkara besar pengajaran buat kita semua…

1. Mensedekahkan semua duitnya sebanyak 7 dinar.
Seorang pemimpin yang mentadbir sebuah kerajaan hanya mempunyai 7 dinar! Lalu disedekahkan keseluruhannya pula!

2. Menghadiahkan senjata miliknya kepada umat Islam

3. Malam terakhir hidup di dunia ini sebelum saat kewafatannya esok harinya, isteri Baginda iaitu A’isyah terpaksa meminjam minyak untuk menyalakan pelita di rumah baginda.

Kalaulah baginda ingin harta kekayaan sudah pasti terhidang di hadapannya. Tetapi baginda meninggalkan kita umat Islam dengan tidak meninggalkan harta dinar atau dirham tetapi hidayah, iman, syariat yang agung dan sebaik-baik umat.

Ucaplah selawat dan salam buat Rasulullah saw….

Thursday, January 21, 2010

Rabiul Awwal antara kelahiran dan kewafatan Rasulullah saw

Rasululllah saw mula mengadu sakit pada penghujung bulan Safar tahun ke-11 Hijrah. Pada mulanya baginda keluar ke Baqi' al-Gharqad di tengah malam lalu memohon keampunan kepada mereka.
Kemudian baginda pulang dan pada waktu paginya bermula saat baginda sakit.

Ketika itu baginda di rumah Maimunah. Kemudian baginda memanggil para isterinya lalu meminta izin agar baginda dirawat di rumah Aisyah.

Baginda kemudian keluar dengan dibantu oleh 2 orang lelaki daripada ahli keluarganya iaitu al-Fadhal bin Abbas dan Ali bin Abi Talib dengan berbalut di kepalanya sehinggalah sampai ke rumah Aisyah.

Akhirnya baginda meninggal dunia pada hari Isnin 12 Rabiul Awaal tahun 11 Hijrah. Ada penda[at yang mengatakan pada waktu dhuha dan ada juga riwayat yang menyebut selepas zawal.

Dengan dimandikan oleh Ali bin Abi Talib, Qutham dan al-Fadhal bin Abbas serta Usamah bin Zaid. Proses memandikan dan menguruskan jenazah Rasulullah sempurna pada malam Selasa.

Pada siang Selasa para sahabat menyembahyangkan jenazah Rasulullah dan baginda selesai di kebumikan pada petang Selasa di bilik Aisyah.

Baginda wafat sebagai pemimpin Semenanjung Arab dan digeruni oleh para musuhnya.

Namun wafatnya tanpa meninggalkan satu dinar atau satu dirham. Tanpa meninggalkan seorang hamba atau sesuatu kecuali baghal baginda yang berwarna putih.

Baginda wafat sedang baju besinya dicagar kepada seorang Yahudi dengan harga 30 gantang gandum.

Pada saat sakitnya, baginda telah memerdekakan 40 orang hamba dan baginda memiliki 7 atau 6 dinar namun memerintahkan Aisyah untuk memberikannya sebagai sedekah.

Wednesday, January 13, 2010

Masalah Dalaman Yang Merugikan...

Bayangkan.... Kerajaan Umawiyyah atau kita kata umat Islam ketika zaman pemerintahan kerajaan ini telah kerugian masa kira-kira 30 tahun. Rugi kerana tidak dapat menumpu agenda besar khasnya menyebarkan Islam ke kawasan Byzantine dan menawan Constantinople.
Punca kerana sibuk dengan masalah dalaman yang berlaku.
Sepanjang tempoh pemerintahan Kerajaan Umawiyyah, telah berlaku beberapa konflik dalaman yang cukup besar sehingga mengganggu kestabilan politik negara dan kadangkala merencatkan usaha perluasan kuasa Islam kerana kesibukan khalifah-khalifah mereka untuk menangani isu-isu tersebut.
Sebaliknya pula, kestabilan politik dalam kerajaan memberi impak yang besar kepada kerajaan kerana fokus dapat diajukan dan digemblengkan kepada agenda-agenda yang lebih besar seperti perluasan kuasa dan penentangan musuh-musuh luar yang lebih merbahaya.
Antara konflik dalaman besar dan isu kontroversi yang berlaku sepanjang tempoh pemerintahan Kerajaan Umawiyyah ialah;

i. Perlantikan Yazid b. Mucawiyah sebagai Wali al-cAhd (putera mahkota)
ii. Pembunuhan al-Husin b. cAli b. Abi Talib pada tahun 61H/681M di Karbala’
iii. Yawm al-Harrah pada tahun 63H/683M
iv. Pembunuhan Muscab b. al-Zubayr di Iraq tahun 72H/692M
v. Gerakan cAbd Allah b. al-Zubayr tahun 64-73H/684-693M
vi. Pemberontakan Ibn al-Ascash tahun 81-83H/699-701M
vii. Revolusi Barbar di Afrika pada tahun 122H/740M

Konflik-konflik dalaman yang berlaku telah menggugat kestabilan pemerintahan Kerajaan Umawiyyah dan merencatkan usaha-usaha mereka untuk membangunkan agenda-agenda besar kerajaan.
Beberapa kali mereka terpaksa mengadakan gencatan senjata dan menjalinkan perjanjian damai dengan Byzantine serta yang lebih merugikan lagi, mereka terpaksa membayar ufti yang cukup banyak kepada pihak musuh.
Ini kerana, Kerajaan Umawiyyah tidak dapat menumpukan usaha-usaha melawan musuh luar jika berlaku konflik-konflik dalaman yang hebat.
Mucawiyah b. Abi Sufyan sendiri di awal pemerintahannya pada tahun 42H/662M terpaksa mengadakan perjanjian dengan pihak Byzantine dengan membayar 100 000 dinar.

Tuesday, January 5, 2010

Buku 'Guru Jutawan Akhirat'

Al-hamdulillah selepas tempoh akhirnya buku ini terbit juga. Buku yang dikarang oleh team guru-guru agama di bawah seliaan Ustaz Shopuan Anuar dari Jabatan Pelajaran Negeri Selangor telah berada di tangan saya.

Dan telah diedar ke sekolah-sekolah. Sungguh teruja sunggah. Menambah lagi sebuah legasi kekal saya dalam persada penulisan kepada 7 buah buku setakat ini.

Ulamak dulu memang meninggalkan banyak buku, jadi saya cuma hendak meniru jalan mereka. Meniru yang tidak salah.

Kalau tiada Ihya' Ulumuddin mungkin tidak terkenal Imam al-Ghazali, kalau tiada kerana Tarikh Umam wa al-Muluk atau Tafsir Tabari mungkin kita kurang tahu tentang Imam Ibn Jarir al-Tabari.

Begitu juga Imam Ibn Kathir, Ibn Athir, Ibn Tighri Birdi, Ibn Jubayr, Ibn Battutah dan ramai lagi menjadi terkenal kerana mereka meninggalkan karya-karya mereka dalam bentuk buku.

Ia kekal sampai bila-bila.

Saya cuma tiru-tiru mereka. Tentunya buku saya tidak sehebat mereka.

Cuma tiru mereka dengan meninggalkan buku sebelum mengadap Ilahi.

Sunday, January 3, 2010

Kita sama-sama betulkan...

Kita tidak menafikan banyak istilah atau perkataan dalam Bahasa Melayu kita yang kita ambil daripada Bahasa Arab.Terlalu banyak perkataan tersebut.

Namun, mungkin kerana kita ambil perkataan tanpa menekankan 'baris' yang menjadi sebutan yang betulnya kita abaikan menyebabkan kadang-kadang ia kurang bertepatan dengan sebutan sebenar orang Arab.

Entri kali ini, saya hendak promosi kawan-kawan semua untuk kita sama-sama perbaiki sedikit kesilapan tersebut.

Sebagai contoh yang berkaitan tempat;

Mekah - Makkah
Damsyik - Dimasyq

Adapun yang berkaitan dengan nama tokoh;

Abu Bakar - Abu Bakr
Abu Sufian - Abu Sufyan
Sa'ad - Sa'd (Sa'dun)

Sekadar renungan bersama... mudah-mudahan ada kebaikan