Sunday, March 29, 2009

Siapa yang mula2 melakar peta dunia?

Pendapat yang masyhur menyebut bahawa orang Arab telah mengambil ilmu peta daraipada Greek. Iaitu peta yang lahir dari Ptolemy.

Sebenarnya peta-peta yang dihasilkan oleh ilmuan Arab Islam adalah tulin dan tidak dicedok daripada mana-mana. Peta mereka dihasilkan berhubung tempat-tempat yang ditulis oleh ahli geografi Arab berpabdukan rihlat (pengembaraan) dan apa yang mereka lihat secara langsung.

Adapun yang mereka ambil daripada Greek ialah tentang pembahagiaan bumi yang berkaitan peta falak. Antara ahli geografi Islam yang mngambil ilmu Greek ialah al-Khawarizmi, al-Battani dan al-Idrisi.

Peta bumi yang dinisbahkan kepada Ptolemy sebenarnya bukan daripada beliau kerana nas geografi Ptolemy yang diterjemah daripada bahasa Yunani kepada latin tahun 1406M tidak mengandungi sebarang lakaran peta.
Peta lakaran bumi/dunia oleh al_Idrisi merupakan peta pertama paling lengkap yang pernah dihasilkan oleh manusia. Setiap buku geografi Arab berpegang secara asas kepada peta-peta dan ramai antara mereka yang memulakan dengan melukis peta, kemudian mengarang buku sebagai huraian dan penerangan.
Ibn Hawqal dalam bukunya ‘Surah al-‘Ardh’ menjadikan peta sebagai asas dan buku sebagai penerangan.

Lihat Husayn Mu’nis: Atlas Tarihk Islam

Selamat bertemu di pesta buku 2009 di gerai Karnadya


Salam...
Dalam diam-diam, dah setahun kita tak bertemu di pesta buku antarabangsa. Nah kini, ia muncul kembali.

al-Hamdulillah jika di pesta buku pada tahun lalu saya cuma ada sebuah buku iaitu di gerai Karnadya, Sakit Pun O.K tetapi tahun ini saya ada 4 buah buku baru iaitu
1. Nampak Biasa Tapi Luar Biasa (Karisma Publication)
2. Yang Pelik Lagi Hairan (Karnadya)
3. I Love Ramadhan
4. Apabila Haiwan Menjadi Guru
dan tentulah Sakit Pun O.K.

InsyaAllah pada 22hb April saya akan menjenguk ke gerai Karnadya, PWTC bersama 38 anak saya. Ramaikan? InsyaAllah bersama anak-anak murid bahasa Arab saya iaitu 4 Ibn Sina.

Itupun jika diizinkan Tuhan...Jumpa semua di sana.

Sunday, March 22, 2009

Kepuasaan Yang Hakiki

Al-Hamdulillah, pada cuti sekolah terbaru ini kami sekeluarga selamat bercuti di bumi Perlis. Anak-anak saya sempat bermain-main dengan Wan Perligh diaorang di waktu cuti.

Walaupun saya mendapat peluang (berbayar) untuk mengajar Bahasa Arab & Sejarah Islam di salah sebuah Insitut Perguruan (dulu maktab) dan ceramah2 maulidurrasul namun kepuasaan balik kampung lebih dominasi.

Alangkah hibanya bila seorang pakcik tua yang menyapa saya selepas solat subuh pagi Ahad yang lalu "Ustad! Bila sampa? Dendam (rindu bahasa Perlis) kat Ustaz". "Setiap cuti sekolah ustaz balik nooo, anak-anak saya kat kolompo jarang balik. Depa sibuk kot..."

Bayangkan bila satu petang saya menziarahi pondoknya, beliau hanya termenung menanti kepulangan anak cucu yang jarang2 dalam setahun dapat bersua.

Apalah erti mencari duit, tetapi jika tidak beroleh kebahagiaan. Apalah erti mengejar jawatan jika ada insan yang terpaksa kita lupa.

Puasnya saya bila dapat satu malam menjaga Tok (sudah tidak boleh berjalan) dan Wan (sudah tidak dapat melihat), menyuap mereka dengan nasi ke mulut mereka.

Alangkah puasnya cuti kali ini, apabila saban hari dapat menziarahi pusara emak (mertua) yang baru 40 hari yang lalu meninggalkan kami semua.

Alangkah gembiranya hati bila saya dapat mengumpulkan adik beradik semua mengalunkan bacaan al-Quran, tahlil dan doa buat emak yang telah bersemadi di alam barzakh.

Inilah kebahagiaan dan kepuasaan hidup yang ingin ku cari...menjadi anak-anak yang soleh, yang menziarahi ibu dan bapa di saat mereka hidup dan selepas mereka meninggal dunia...

Anda semua bagaimana?????????

Tarikh VS Geografi...

Tarikh dan Geografi di sisi orang Arab

Orang Arab sebelum Islam tidak mengetahui ilmu berkaitan melukis peta. Tetapi selepas Islam, mereka mula menguasai ilmu tersebut.
Ilmuan Arab Islam memandang Ilmu geografi dan sejarah adalah dua ilmu yang tidak berpisah. Seorang sejarawan tidak dianggap mantap keilmuannya jika tidak mempunyai ilmu yang jitu berkaitan dengan ilmu geografi. Geografi adalah ilmu berkait dengan tempat dan sejarah ilmu berkait tentang masa.
Adapun manusia itu sendiri merupakan topic dalam ilmu geografi dan sejarah itu sendiri.

Friday, March 13, 2009

Jom balik Perligh...

Ayuh ...esok dah mula cuti sekolah

Mai kita tinggai sat kerja-kerja yang tak kan habis kalau kita nak ligan...

Yang masih ada emak dan ayah, ziarahlah mereka...

Kesibukan kita mungkin menyebabkan kita kurang ingat pada mereka tetapi mereka saban saat di usia tua ini menanti-nanti kepulangan kita, suara anak cucu balik kampung...

Iyyash, Aqqal, Ummu Hani, Qassam, Unays akan kami bawa menziarai kubur tok yang baru bersemadi 40 hari yang lalu, menziarahi Wan yang kini berseorang dan Nyang laki dan Nyang pompuan yang semakin uzur di mamah usia tua.

Ada di antara mereka yang sudah lemah ingatan, tidak ingat pada kita namun kita perlu ajar mereka dan kenalkan mereka pada yang tua.

siapalah kita tanpa mereka, kita ada kerana ada mereka...

Perlis...mudah-mudahan esok tapak-tapak kaki kami akan menjejaki bumi mu lagi

Pengorbanan Rasulullah saw dari Allah untuk Islam

Ayah Rasulullah saw meninggal dunia ketika baginda baru 2 bulan di dalam kandungan ibunya, Aminah binti Wahab. Tentunya Allah mampu untuk menjadikan kekasihnya ini hidup berbapa seperti manusia lain jika Dia berkehendak.
Hanya selepas beberapa tahun bersama ibunya dan dalam perjalanan pulang selepas menziarahi pusara ayahandanya, ibunya pula meninggal dunia di bumi Abwa'. Mengapa seorang kekasih Allah dilahirkan dalam keadaan yatim piatu sedangkan Dia amat berkuasa menjadikan rasulNya ini membesar dengan kasih sayang ibu dan bapa.
Seterusnya baginda diletak di bawah jagaan datuknya, Abdul Mutallib dan episod duka ini berterusan selepas 2 tahun apabila datuknya pula meninggal dunia.
Kini baginda berpindah di bawah jagaan bapa saudaranya yang bernama Abu Talib. Abu Talib melihat pembesaran Rasulullah di hadapan matanya. Saban hari ia melihat baginda membesar dan terus membesar, menjadi remaja, berkahwin, meningkat dewasa dan sehingga di saat baginda diangkat menjadi utusan terakhir.
Namun, mengapakah Abu Talib yang begitu kasih dan cita tetap masih tidak mahu menjadi pengikutnya yang muslim.
Rasulullah sejak kecilnya terus menerus hidup dalam kemiskinan. Baginda hanya ditinggalkan seorang hamba yang bernama Ummu Aiman oleh harta bapanya. Dan di saat kewafatannya, baginda tidak meninggalkan harta buat waris-warisnya sedangkan baginda pernah di tawarkan gunung emas...

Mari kita berselawat ke atas baginda dengan sepenuh hati kita...

Untuk agama, Allah telah korbankan kekasihnya dengan kematian ahli keluarganya. Agama ditegak dengan pengorbanan, kepayahan, tekad dan air mata. Bukan dengan senyuman, gelak ketawa, hiburan dan berpeluk tubuh.

Ayuh semua berfikir...Apakah yang kita telah korbankan untuk agama. Mengapakah kita tidak berjaya korbankan lena, nyenyak kita, tidur kita hanya untuk sebuah solat subuh berjemaah.

Apakah pengorbanan lain selepas itu yang kita mampu laksanakan...jawablah sebelum nanti kita ditanya oleh Yang Maha Berkuasa.

Selawat semuanya...

Saturday, March 7, 2009

Pembukaan Afrika...


Pembukaan Afrika telah bermula selepas cAmru b. al-cAs memimpin pembukaan Mesir pada zaman Khalifah cUmar b. Al-Khattab lagi tetapi kemudiannya gerakan pembukaan Islam terhenti kerana konflik dalaman pada zaman Khalifah cUthman b. cAffan. Pembukaan ini terhenti kira-kira 20 tahun dan Byzantine telah kembali menjajah negeri-negeri yang telah dibuka oleh umat Islam. Namun, selepas Mucawiyah diangkat menjadi khalifah, beliau telah mengirim pasukan tentera di bawah pimpinan Mucawiyah b. Khudayj ke Afrika pada tahun 45H/665M. cUqbah b. Nafic kemudiannya telah menyambung usaha pembukaan Islam dan telah menubuhkan bandar al-Qayrawan tahun 50H/670M sehingga peristiwa tentangan Barbar tahun 65H/685M yang membawa kepada pembunuhannya. Pembunuhan cUqbah oleh Barbar yang dipimpin oleh Kasilah, seakan-akan menghancurkan kedudukan kerajaan Islam di Afrika dan mereka terpaksa mengundurkan diri dari Afrika Utara dan al-Qayrawan. Pada zaman cAbd al-Malik b. Marwan beliau telah mengirim Zuhayr b. Qays al-Balwi ke Afrika dan berjaya mengalahkan Barbar dan membunuh Kasilah tetapi beliau juga akhirnya gugur syahid di tangan tentera Rom tahun 69H/689M di Barqah. Selepas itu, cAbd al-Malik b. Marwan sekali lagi mengirim bala tentera pimpinan Hassan b. al-Nucman tahun 74H/694M dan beliau berjaya menawan kembali Barqah sehingga ke persisiran Laut Atlantik dan berjaya mengusir sepenuhnya Rom dari Afrika Utara. Afrika Utara kemudiannya tidak lagi bergantung kepada Mesir dan menjadi wilayah khusus yang memiliki gabenornya sendiri. Musa b. Nusayr yang dilantik menggantikan Hassan b. al-Nucman sebagai gabenor Afrika akhirnya telah berjaya melengkapkan pembukaan seluruh Afrika Utara dan telah menamatkan penentangan serta berjaya mengislamkan kabilah Barbar yang sebelumnya menjadi penentang kuat tentera pembukaan Islam. Usaha pembukaan Afrika begitu mencabar dan memakan masa yang lama kira-kira 60 tahun antara tahun 23H/644M semenjak pembukaan Barqah sehinggalah kejayaan pengusiran penuh Rom tahun 83H/708M. Hassan b. al-Nucman dilantik sebagai gabenor Afrika Utara oleh Khalifah cAbd al-Malik b. Marwan pada tahun 73H/693M. Beliau berjaya mengalahkan Byzantine dan merobohkan ibu kota musuh di Afrika Utara iaitu Qartagena kerana kota tersebut dikatakan mampu menghalang pembukaan Islam di Arika Utara. Beliau juga terlibat dalam memerangi Barbar. Namun kemudian, beliau telah dipecat daripada jawatannya dan digantikan dengan Musa b. Nusayr.

Mengapa sepi Qunut Nazilah...



Yahudi masih lagi terus menerus menzalimi saudara-saudara kita di bumi Gaza. Namun, kita melihat surau-surau dan masjid dah mula sepi dari mendoakan sahabat seakidah kita di bumi Anbiya' sana.

Apalah yang sangat boleh kita lakukan. Kita hanya sekadar mampu menadah tangan, memohon agar Allah membantu mereka sebagaimana dengan izinNya yang telah memenangkan tentera Islam pimpinan Umar al-Faruq di medan Yarmuk, tentera Islam pimpinan Saad bin Abu Waqas di medan al-Qadisiyyah, Muawiyah bin Abu sufiyan di medan Zat al-Sawari, Solahuddin al-Ayubi di Medan Hittin, Sultan Muzaffar Quttuz di medan Ain Jalut dan Muhammad al-Fatih di Contantinople serta Mu'tasim di bumi Ammoria. Amin...

Ayuh...kita teruskan Qunut Nazilah kita agar ia terus didengar oleh yang di langit walaupun kita tahu betapa kerdil, naif dan dhoif yang kita ini. Apakah mungkin suara hati ingin ini didengar...tetapi itulah yang termampu buat kita daripada langsung tidak berbuat apa.

Tuesday, March 3, 2009

Mengingati MaulidulRasul...

Assalamualikum semua...

Pada hari Isnin hadapan, 9 Mac 2009 kita akan menyambut hari maulid (kelahiran) junjungan besar kita Rasulullah SAW. Tahun ini ialah tahun 1430 hijrah, bermakna baginda telah meninggalkan kita kira-kira 1420 yang lalu.

Apa persiapan kita di sekolah, di kilang, di taman atau di kampung kita? al-Hamdulillah saya dan kawan-kawan sudah susun untuk peringkat sekolah dan kampung. Inilah yang saya boleh usahakan.

Yang belum merancang, cepatlah susun ya. La ni..pun susah dah nak mencari penceramah yang best-best. Kami memang nak buat meriah sikit. Maklumlah untuk anak-anak murid di sekolah.

Sedaya upaya buat terbaik untuk bangkit semangat cinta pada Rasulullah.

Ini sahaja usaha kerdilku untukmu... namun, terimah.

SPOK dalam majalah PENDIDIK bulan Februari...


"Salam ustaz! buku ustaz ada dalam majalah Pendidik bulan ini (Februarai)" sms dari seorang kenalan. Saya punya excited terus cari di kedai berdekatan malam itu juga. Namun tidak jumpa.

Esoknya selepas mengajar saya terus berburu di Kompleks PKNS, Shah Alam. Habis semua kedai saya jenguk. al-Hamdulillah, tepat juga bidikan saya kali ini. Terjumpa lah ia. Maka 3 nashkah saya beli.

Saya segera menuju balik ke sekolah sebab jam 3.30 ptg saya perlu berada di atas padang. Jadi hakim pelepasan olahraga 100 m, 200 m dan 400 m. Ingat nak minta pelepasan, rupa-rupanya jadi hakim pelepas.

Hee...Terima kasih pada majalah Pendidik, Karnadya dan yang telah membaca buku saya SPOK.