Friday, May 23, 2008

Siapa Muhammad bin al-Qasim?

Muhammad b. Al-Qasim b. Muhammad b. al-Hakam b. Abu cUqayl al-Thaqafi. Beliau dilahirkan pada tahun 62H/681M dan meninggal dunia kira-kira tahun 98H/717M. Merupakan seorang pemimpin tentera yang terkenal yang telah membuka al-Sind dan menjadi gabenornya. Beliau merupakan wakil Hajjaj ke al-Sind pada zaman Khalifah Al-Walid b. cAbd al-Malik. Selepas kematian Hajjaj dan Al-Walid, beliau telah dipecat oleh Khalifah Sulayman b. cAbd al-Malik dan telah dibawa ke Wasit serta diseksa di sana. Namun, Sulayman kemudian telah membebaskannya tetapi beliau telah dibunuh oleh Mucawiyah b. Mucawiyah al-Mahlab. Pada satu pendapat lain mengatakan punca kematiannya adalah kesan siksaan yang dialaminya

Siapa Qutaybah bin Muslim?

Nama sebenar beliau ialah Abu Hafs Qutaybah b. Muslim b. cAmru b. Husayn b. Rabicah al-Bahili dan merupakan seorang pahlawan yang sangat berani, cerdik dan tegas. Beliau telah berjaya membuka Khawarizm, Bukhara, Samarqand dan Farghanah. Beliau telah menjadi gabenor Khurasan selama 20 tahun dan telah mati dibunuh pada tahun 96H/717M ketika berumur 48 tahun.

5 tokoh perang Banu Umayyah

Apabila kita membaca tokoh-tokoh perang zaman Rasulullah saw, maka kita pasti akan menemui nama Hamzah bin Abdul Mutallib, Khalid bin al-Walid, Zayd b. Haritah.
Seterusnya, apabila kita membaca pada zaman Khaulafa' al-Rasyidun kita akan menemui nama Saad b. Abu Waqqas yang membuka Iraq, Abu Ubaidah al-Jarrah dan Khalid bin al-Walid yang memimpin pasukan tentera Islam membuka Syam dan Amru al-As yang mengetuai pembukaan Islam di Mesir dan Iskandariah. Beliau juga orang yang pertama cuba membuka Afrika Utara apabila berjaya sampai ke Barqah.
Namun, apabila kita menjengok jendela sejarah zaman Khulafa' Banu Umayyah kita akan menemui 5 tokoh perang ini iaitu;
1. Muhammad bin al-Qasim as-Thaqafi (Pembuka al-Daybul/Karatchi dan al-Sind)
2. Qutaybah bin Muslim al-Bahilli (Pembukaan Tranxonia)
3. Tariq bin Ziyad (Pembuka Andalus/Sepanyol)
4. Musa bin Nusayr (Pembuka Andalus/Sepanyol)
5. Maslamah b. Abd al-Malik (Pemimpin tentera Islam di Armenia dll)

Sejauh manakah antum mengenali tokoh-tokoh ini yang telah berjuang menyambuang usaha pembukaan Islam yang telah diterokai oleh zaman Khulafa' al-Rasyidun. Bahkan pada zaman mereka inilah berlakunya kemuncak pembukaan Islam. Perkara yang lebih hebat, kelima-lima tokoh ini muncul pada masa yang sama dan serentak meneruskan pembukaan Islam ke timur dan barat.

Monday, May 19, 2008

Nampak Biasa Tapi Luar Biasa

Alhamdulillah...pada hari Jumaat 16 Mei, AbuIyyash mendapat berita gembira apabila buku ketiga AbuIyyash telah siap berada di pasaran. Buku yang diberi tajuk 'Nampak Biasa Tetapi Luar Biasa' terbitan Karisma Publicatioan ini mengajak para pembaca melihat kebesaran Tuhan melalui ciptaan-ciptaan-Nya yang dekat dengan kita. Yang ada pada sekujur tubuh kita, pokok-pokok yang ada di sekiling kita dan kita mendongak sekejap ke langit untuk melihat kebesaran-Nya yang dapat dilihat oleh mata kita.
Untuk para guru, buku ini boleh dijadikan untuk set induksi bagi memulakan sesi pembelajaran. Olahan yang santai dan rangup tetapi penuh bermesej mengajak kita menambah iman.

Orang Terakhir yang dibunuh Hajjaj?

Anda pernah mendengar nama Sa'id b. Jubayr? Beliau ialah Abu Muhammad Sacid b. Jubayr b. Hisham dan merupakan seorang ahli tafsir dan tokoh yang terkenal. Beliau banyak meriwayatkan hadis daripada para sahabat seperti Ibn cAbbas, cA’ishah, Abu Musa al-‘Ashcariyy, Abu Hurayrah Anas, Abu Sacid al-Khudriyy dan ramai lagi. Beliau mati dibunuh pada tahun 95H/716M oleh Hajjaj b. Yusuf as-Thaqafi. Adapun Hajjaj menurut satu pendapat, dikatakan telah meninggal dunia 15 hari selepas membunuh Sacid b. Jubayr dan beliau adalah orang yang terakhir yang dibunuhnya. Lihat Al-Dhahabi, 1419H/1998M, jil. 4, hlm. 321.

Sunday, May 11, 2008

Banu Umayyah di Celah-celah pasang surutnya...

Antara konflik dalaman yang besar yang berlaku semasa tempoh pemerintahan Kerajaan Umayyah ialah;
1. Pembunuhan
Husin b. cAli b. Abu Talib (61H)
2. Kemunculan Khalifah cAbd Allah b. al-Zubayr (64-73H) di Hijaz yang menyebabkan pertembungan antara khalifah cAbd al-M
alik b. Marwan dan gabenornya Hajjaj b. Yusuf as-Thaqafi (40-95H) menentang cAbd Allah b. Zubayr. Peristiwa ini berlaku selepas pembaiahan penduduk Iraq ke atas cAbd al-Malik b. Marwan apabila Hajjaj b. Yusuf as-Thaqafi bertemu dengannya untuk menghadapi cAbd Allah b. al-Zubayr di Mekah. Hajjaj kemudian telah menuju kepada cAbd Allah b. al-Zubayr bersama 1 500 tentera dan bersama tentera tambahan yang dihantar oleh cAbd al-Malik b. Marwan pada tahun 73H untuk mengepung cAbd Allah b. al-Zubayr di Mekah. Beliau telah dibunuh pada tahun 73H. cAbd Allah b. al-Zubayr diangkat menjadi khalifah oleh penduduk Hijaz selama 9 tahun bermula tahun 64H selepas sehingga tahun 73H. Dengan pembunuhannya maka kekuasaan seluruh empayar Islam dipimpin oleh cAbd al-Malik b. Marwan. Adapun Hajjaj dilantik menjadi gabenor Mekah dan Madinah sehingga tahun 75H dan kemudian dilantik menjadi gabenor seluruh Iraq.
3. Yawm al-
Hurrah (Konflik di Madinah)
Yawm al-Hurrah adalah perang yang berlaku pada zaman Khalifah Yazid b. Mucawiyah tahun 63H antara tentera Syam yang dihantar oleh Yazid dengan penduduk Madinah yang enggan membaiahnya sebagai khalifah. Dalam perang ini, kemenangan telah berpihak kepada tentera Syam. Dikatakan perang ini telah mengorbankan 80 orang sahabat Rasulullah s.a.w. dan tiada lagi seorang pun ahli Badar selepas itu. Adapun orang Quraisy dan Ansar yang terkorban sebanyak 700 orang.
4. Kontroversi perlantikan Muc
awiyah anaknya, Yazid sebagai penggantinya.
5. Pemberontakan Ibn al-As’cash (81-83H)

cAbd al-Rahman b. Muhammad b. al-As’cash al-Kindi pada asalnya adalah pembantu Hajjaj b. Yusuf as-Thaqafi yang dihantar ke Sijistan tetapi kemudian telah menentang Hajjaj. Dikatakana antara sebab penentangannya terhadap Hajjaj kerana polisinya yang begitu keras, kezaliman dan penghinaanya ke atas penduduk Iraq yang merupakan sanak saudaranya, layanan buruk beliau ke atas pembantu dan tenter-tenteranya dan kerana taasubnya yang melampau terhadap golongan hamba dan kerana cenderungnya kepada kabilah Qays.
Moral Of The Story. Dalam kesibukan menghadapi konflik dalaman yang pelbagai ini, Kerajaan Banu Umayyah mampu menyebarkan dakwah Islam menyambung usaha Rasulullah saw dan Khulafa’ al-Rasyidun sehingga empayar Islam merangkumi dari Tembok besar China di Timur sehingga Andalus dan Selatan Perancis di barat.

Wednesday, May 7, 2008

Wajah Baru Ibrah Sejarah...& Syukran Jazilan

Assalamualikum buat semua. Jutaan terima kasih kepada sahabat yang pernah, sering dan telah memperkenalkan blog Ibrahsejarah untuk tatapan bersama. Kerana sedikit rezeki dan kelapangan masa yang ada serta sokongan daripada semua maka Abu Iyyash telah mengubah sedikit blog kecil ini. Mudah-mudahan yang hari ini lebih baik daripada yang kelmarin dan yang semalam.
Juga Abu Iyyash suka untuk merakamkan syukran jazilan buat sahabat-sahabat yang telah mendapatkan buku motivasi terbaru Abu Iyyash berjudul Sakit Pun O.K yang kini boleh didapati di kedai-kedai buku seperti MPH dan Popular. Terima kasih juga pada Yusri yang mempromosikan buku ini ke bumi Tawau, Sabah. Dan Kak Niza...sepengatahuan abu Iyyash orang pertama yang membawa buku ini ke bumi Pasir Gudang, Johor.
Ada juga maklum balas yang menyangkakan buku ini adalah sebuah novel kerana ia diterbitkan oleh KarnaDya Solutioan. Sakit Pun O.K sebenarnya adalah sebuah buku yang menggabungkan 3 elemen iaitu agama, motivasi dan santai. Abu Iyyash tidak pandai nak menggarap sebuah novel setakat ini. Ia adalah buku pertama genre motivasi yang diterbitkan oleh KarnaDya dengan nama Inspirasi.
Buat semua yang menyokong Abu Iyyash, akan datang Insya Allah karya terbaru Abu Iyyash bertajuk "Yang Pelik Lagi Hairan" akan menemui anda semua.
Akhirnya seperti kata novelis tersohor Kak Aina Emir "Sekalipun aku tidak punyai ilmu yang lengkap, namun aku cuba lakukan sesuatu agar penulisanku ini dijadikan panduan bagi mereka yang membaca untuk menghargai kehidupan anugerah Tuhan. Agar mereka terus mencari kebahagian di dunia dan akhirat..."Aina Emir, 2008, Hanya Kita Berdua.
Ilal liqa'.

Abu Sufian?

Ramai di kalangan kita yang selalu menyebut nama Abu Sufyan tetapi sebenarnya tidak pernah pun merujuk mana-mana kitab tarajum untuk melihat biodata beliau. Setuju kan? Hasilnya kita pun keliru. Apa beza antara Abu Jahal dan Abu Lahab? Yang mana bapa saudara Nabi saw? Yang mana bos Thuwaibatul Aslamiyyah? So, kita kenalah juga rajin-rajin menjengok buku-buku biografi Arab untuk lebih mengenal tokoh yang ingin kita bincangkan.
Nama sebenar Abu Sufyan ialah Sakhr b. Harb b. Umayyah b. cAbd Shams b. cAbd Manaf b. Qusay b. Kilab al-Qurashiyy al-Umawiyy. Beliau merupakan antara cerdik pandai Arab dan merupakan ketua Quraiys dalam perang Uhud dan Khandak. Beliau dikatakan 10 tahun lebih tua daripada Rasulullah s.a.w dan hidup 20 tahun selepas kewafatan baginda apabila meninggal dunia di Madinah pada tahun 31H/651M ketika berumur kira-kira 90 tahun. Beliau yang telah memeluk Islam semasa pembukaan Mekah dan sempat melihat dua puteranya iaitu Yazid dan Mucawiyah menjadi gabenor Damsyik.

Friday, May 2, 2008

Perang-perang Yang Cukup Tersohor

Saya memang suka membaca kisah-kisah perang yang berlaku dalam sejarah Islam. Cuba anda sebutkan perang yang cukup terkenal dalam Islam. Pernah mendengar Perang Zat al-Sawari, Perang Hittin atau Ain Jalut? Kenapa, kurang minat dengan sejarah Islam ya...
Seperti yang pernah kita bahaskan dulu, setiap zaman atau kerajaan Islam telah menghadapi musuh yang berbeza-beza. Apabila kita membaca zaman Khulafa' al-Rasyidun maka nama perang yang cukup terkenal ialah Perang Yarmuk di mana tentera Islam pimpinan Khalid al-Walid telah berjaya mengalahkan Rom Byzantine. Begitu juga Perang al-Qadisiyyah di mana tentera Islam pimpinan Sa'd b. Abi Waqqas berjaya mengalahkan Parsi Banu Sassan. Di bahagian perairan pula, armada laut Islam berjaya mengalahkan armada Rom di medan Zat al-Sawari di Laut Mediterranean. Seterusnya mereka berjaya membuka pulau Cyprus, pulau Arwad dan pulau Rhodes yang menjadi kilang membuat senjata Rom.
Pada zaman Abbasiyah, Salahuddin al-Ayubi berjaya mengalahakan kekuatan tentera salib (Crushades) dalam perang Hittin dan membebaskan Baitul Maqdis selepas lebih 90 tahun ia jatuh ke tangan musuh. Begitu juga, Sultan Muzaffar Qutuz telah memimpin tentera Islam itu mengalahkan Mongol dalam perang Ain Jalut selepas mereka menjatuhkan Baghdad tahun 656H/1258M dan cuba untuk mara ke Syam dan Mesir kerana sebelum ini tiada kekuatan Islam yang mampu menghalang kemaraan Mongol pimpinan Hulagu Khan ini.
Adapun pada zaman al-Mamalik, Sultan Banu Uthman iaitu seorang anak muda yang bernama Sultan Muhammad al-Fatih telah memimpin tentera Islam untuk membuka kota Rom Timur iaitu Constantinople (Istanbul) pada tahun 857H. Hebatnya umat Islam...

Perang Yang Disertai Rasul SAW?

Berapakan perang yang pernah disertai oleh Rasulullah SAW? Pernah terbaca soalan ini atau kali pertama diajukan soalan sebegini.
Terdapat perbezaan pendapat tentang jumlah
ghazwah (peperangan yang telah disertai Rasulullah s.a.w. sendiri). Ada yang mengatakan jumlahnya sebanyak 26, 27 dan 29 kali. Begitu juga terdapat perang lain yang berlaku pada zaman Rasululla s.a.w. tetapi baginda s.a.w. tidak turut menyertainya yang disebut sebagai sariyyah yang juga terdapat perbezaan pendapat tentang jumlahnya. Daripada siri peperangan yang disertai oleh baginda s.a.w. ini, hanya 9 kali sahaja yang tercetus pertempuran iaitu perang iaitu Perang Badar al-Kubra, Perang Uhud, Perang al-Muraysi’ (al-Mustalaq), Perang al-Khandaq, Perang Qurayzah, Perang Khaybar, Pembukaan kota Makkah, Perang Hunayn dan Perang Taif.

Siapa sebenarnya al-Muqawqas?

Sesiapa yang membaca sirah Rasulullah SAW, pasti akan menemui nama ini. Namun sejauhmanakah kita pernah membaca tentang biodata tokoh tersohor ini. Ibrahsejarah kali ini mengajak rakan-rakan semua membaca serba ringkas tokoh kali ini.

Nama sebenarnya ialah Jurayj b. Minahi al-Qibti dan merupakan pembesar Qibti. Rasul s.a.w. pernah mengutus surat melalui Hatib b. Abi Baltcah kepadanya pada tahun 6H. Beliau telah memberi penghormatan kepada Hatib dan mengirimkan bersamanya hadiah untuk dipersembahkan kepada Rasul s.a.w. berupa 1000 mithqal emas, 20 pasang pakaian, dua hamba perempuan bernama Mariah dan Shirin, seekor baghal bernama Daldal, keldai bernama cAfira dan madu. Beliau menjadi gabenor atau pemerintah Mesir selama 21 tahun sehinggalah cAmru b. al-cAs datang membuka Mesir pada tahun 20H di zaman Khalifah cUmar b. al-Khatab. Lihat Ibn Iyas, 2005, Badaic al-zuhur fi waqa ci’ al-duhur, jil. i, hlm. 21.