Sunday, May 11, 2008

Banu Umayyah di Celah-celah pasang surutnya...

Antara konflik dalaman yang besar yang berlaku semasa tempoh pemerintahan Kerajaan Umayyah ialah;
1. Pembunuhan
Husin b. cAli b. Abu Talib (61H)
2. Kemunculan Khalifah cAbd Allah b. al-Zubayr (64-73H) di Hijaz yang menyebabkan pertembungan antara khalifah cAbd al-M
alik b. Marwan dan gabenornya Hajjaj b. Yusuf as-Thaqafi (40-95H) menentang cAbd Allah b. Zubayr. Peristiwa ini berlaku selepas pembaiahan penduduk Iraq ke atas cAbd al-Malik b. Marwan apabila Hajjaj b. Yusuf as-Thaqafi bertemu dengannya untuk menghadapi cAbd Allah b. al-Zubayr di Mekah. Hajjaj kemudian telah menuju kepada cAbd Allah b. al-Zubayr bersama 1 500 tentera dan bersama tentera tambahan yang dihantar oleh cAbd al-Malik b. Marwan pada tahun 73H untuk mengepung cAbd Allah b. al-Zubayr di Mekah. Beliau telah dibunuh pada tahun 73H. cAbd Allah b. al-Zubayr diangkat menjadi khalifah oleh penduduk Hijaz selama 9 tahun bermula tahun 64H selepas sehingga tahun 73H. Dengan pembunuhannya maka kekuasaan seluruh empayar Islam dipimpin oleh cAbd al-Malik b. Marwan. Adapun Hajjaj dilantik menjadi gabenor Mekah dan Madinah sehingga tahun 75H dan kemudian dilantik menjadi gabenor seluruh Iraq.
3. Yawm al-
Hurrah (Konflik di Madinah)
Yawm al-Hurrah adalah perang yang berlaku pada zaman Khalifah Yazid b. Mucawiyah tahun 63H antara tentera Syam yang dihantar oleh Yazid dengan penduduk Madinah yang enggan membaiahnya sebagai khalifah. Dalam perang ini, kemenangan telah berpihak kepada tentera Syam. Dikatakan perang ini telah mengorbankan 80 orang sahabat Rasulullah s.a.w. dan tiada lagi seorang pun ahli Badar selepas itu. Adapun orang Quraisy dan Ansar yang terkorban sebanyak 700 orang.
4. Kontroversi perlantikan Muc
awiyah anaknya, Yazid sebagai penggantinya.
5. Pemberontakan Ibn al-As’cash (81-83H)

cAbd al-Rahman b. Muhammad b. al-As’cash al-Kindi pada asalnya adalah pembantu Hajjaj b. Yusuf as-Thaqafi yang dihantar ke Sijistan tetapi kemudian telah menentang Hajjaj. Dikatakana antara sebab penentangannya terhadap Hajjaj kerana polisinya yang begitu keras, kezaliman dan penghinaanya ke atas penduduk Iraq yang merupakan sanak saudaranya, layanan buruk beliau ke atas pembantu dan tenter-tenteranya dan kerana taasubnya yang melampau terhadap golongan hamba dan kerana cenderungnya kepada kabilah Qays.
Moral Of The Story. Dalam kesibukan menghadapi konflik dalaman yang pelbagai ini, Kerajaan Banu Umayyah mampu menyebarkan dakwah Islam menyambung usaha Rasulullah saw dan Khulafa’ al-Rasyidun sehingga empayar Islam merangkumi dari Tembok besar China di Timur sehingga Andalus dan Selatan Perancis di barat.

No comments: