Seterusnya, apabila kita membaca pada zaman Khaulafa' al-Rasyidun kita akan menemui nama Saad b. Abu Waqqas yang membuka Iraq, Abu Ubaidah al-Jarrah dan Khalid bin al-Walid yang memimpin pasukan tentera Islam membuka Syam dan Amru al-As yang mengetuai pembukaan Islam di Mesir dan Iskandariah. Beliau juga orang yang pertama cuba membuka Afrika Utara apabila berjaya sampai ke Barqah.
Namun, apabila kita menjengok jendela sejarah zaman Khulafa' Banu Umayyah kita akan menemui 5 tokoh perang ini iaitu;
1. Muhammad bin al-Qasim as-Thaqafi (Pembuka al-Daybul/Karatchi dan al-Sind)
2. Qutaybah bin Muslim al-Bahilli (Pembukaan Tranxonia)
3. Tariq bin Ziyad (Pembuka Andalus/Sepanyol)
4. Musa bin Nusayr (Pembuka Andalus/Sepanyol)
5. Maslamah b. Abd al-Malik (Pemimpin tentera Islam di Armenia dll)
Sejauh manakah antum mengenali tokoh-tokoh ini yang telah berjuang menyambuang usaha pembukaan Islam yang telah diterokai oleh zaman Khulafa' al-Rasyidun. Bahkan pada zaman mereka inilah berlakunya kemuncak pembukaan Islam. Perkara yang lebih hebat, kelima-lima tokoh ini muncul pada masa yang sama dan serentak meneruskan pembukaan Islam ke timur dan barat.
No comments:
Post a Comment