Tuesday, January 29, 2008

MT:Menjadi penonton atau peserta (001)

Sehebat-hebat penonton, dia hanya menang sorak semata-mata tetapi dia tidak akan mendapat habuan apa2. Oleh itu jika kita ingin mendapat kepuasan, habuan dan piala (keampunan, haji mabrur, solat yang diterima, syurga) maka kita mestilah menjadi peserta. Memanglah bukkan semua pesarta boleh menang dan mendapat piala tetapi jika ingin mendapat kemenangan mestilah menjadi peserta dahulu. Kalau cuma duduk di kerusi penonton, jadi tukang tonton sahajalah. Salam motivasi dari walidHani'.

SJ: Mengapa payah belajar sejarah?(001)

Ada banyak sebab mengapa orang Melayu tidak minat membaca sejarah Islam.
1. Cara penulisan sejarah

Ulama' sejarah Islam mempunyai 2 cara dalam menulis karya sejarah mereka sama ada mengikut kronologi tahun (tahun demi tahun, 1Hijrah...2H...3H....dan seterusnya) dan mengikut kaedah tematik (mengikut tajuk2) bermula zaman Rasul saw, khulafa' al-rashidun...
Namun buku-buku hari ini apabila menulis sejarah bercampur baur ke sana kesini. Sekejap sejarah Eropah, sekejap sejarah Islam, sekejap itu dan ini. Tiada kesinambungan masa atau tempat. Jadi anda yang ingin membaca sejarah cuba mulakan dengan buku yang ditulis tahun demi tahun supaya anda dapat melihat perkembangan sejarah itu sendiri.

2. Pemisahan antara ilmu sejarah dan ilmu geografi.

Sebenarnya dua ilmu ini adalah dua cabang daripada satu pohon ilmu yang satu. Sejarah adalah ilmu masa dan geografi adalah ilmu tempat. Manusia adalah topik utamnya. Ini yang telah disebut oleh pakar sejarah dan atlas Dr. Husayn Mu'nis. Macam mana kita hendak faham tentang Parsi, Taif, Habsyah, Sham, Armeniaa, Andalus kalau kita tidak tahu di mana tempat2 tersebut.
Ilmu geografi sebenarnya berkembang sama dengan ilmu sejarah. al-Yaakubi, Ibn Khardazbah, al-Istukhri dan Ibn Hawqal adalah penulis buku geografi (biasa disebut ilmu al-masalik wa al-mamalik) yang sezaman dengan al-Tabari, al-Baladhuri pengarang karya sejarang. Begitu juga Yaqut al-Hamawi adalah sezaman dengan Ibn al-Athir, Ibn Kathir. Begitu juga al-Nuwayri dan al-Qalqashandi yang turut menulis tentang geogragi dalam encyclopedianya adalah sezaman dengan Ibn Taghri Bardi.

Pastikan bila anda belajar sejarah, anda cuba ikuti 2 langkah ini. Jangan lupa ramai antara kita yang langsung tiada mu'jam geografi ini tetapi berminat menguasai sejarah Islam. Janganlah risau. Kalau anda tiada duit untuk membeli Mu'jam al-buldan yang berjilid-jilid, cukuplah dalam rak buku anda ada al-Raudh al-Mi'tar nukilan al-Himyari yang ditahkik oleh Dr. Ihsan al-Abbas. Jumpa lagi.

Monday, January 28, 2008

KEDANGKALAN KITA MENGENAI KRONOLOGI PENSEJARAHAN ISLAM

KEDANGKALAN KITA MENGENAI KRONOLOGI PENSEJARAHAN ISLAM


1. Zaman Rasulullah saw
Rasulullah SAW dilahirkan pada waktu subuh hari Isnin, 12 Rabi’ al-Awwal tahun gajah bersamaan 20 April tahun 571M di kota Mekah iaitu 50 hari selepas ketibaan tentera bergajah di rumah Abu Talib di Syi’b Bani Hisham yang dibidankan oleh al-Syifa’ bonda Abdu. al-Rahman bin Auf. Baginda wafat pada umur 63 tahun 4 hari iaitu pada waktu dhuha hari Isnin, 12 Rabi’ al-Awwal tahun 11H pada tahun 634M


1.1 Peta Semenanjung Arab

Pembahagian sejarah Nabi SAW selama 63 tahun ini dapat dibahagikan seperti berikut.
1: Tempoh di Mekah (53 tahun)
Tempoh ini di Mekah ini juga boleh dibahagikan kepada dua peringkat iaitu;

i. Tempoh antara selepas baginda dilahirkan iaitu 20 April 571M sehinggalah perlantikannya sebagai Rasul Allah iaitu pada hari Isnin, 21 Ramadhan bersamaan 10 Ogos tahun 610M ketika berumur 40 tahun 6 bulan 12 hari mengikut kiraan tahun qamariah dan 39 tahun 3 bulan 22 hari mengikut tahun syamsiah
ii. Tempoh selepas diangkat menjadi rasul sehinggalah berhijrah ke Madinah.

Nabi SAW keluar daripada rumahnya pada malam 27 Safar tahun ke 14 kenabian bersamaan 12 atau 13 September tahun 622M dan telah sampai ke Quba’ pada hari Isnin 8 Rabi’ al-Awwal tahun 14 kenabian (1 Hijrah) bersamaan 23 September tahun 622M. Nabi SAW telah menetap selama 4 hari di Quba’ iaitu pada hari Isnin, Selasa, Rabu, dan Khamis dan telah memasuki Madinah pada hari Jumaat 13 Rabi’ al-Awwal bersamaan 27 September 622M.

2: Tempoh di Madinah (10 tahun)

Tempoh ini bermula daripada ketibaan Rasulullah SAW di Madinah hari Jumaat 13 Rabi’ al-Awwal sehinggalah hari kewafatannya. Tempoh Madinah ini boleh dibahagikan kepada 3 peringkat.

i. Peringkat berlaku perang dan pergolakan. Ia berakhir selepas berlaku Perjanjian Hudaybiah pada bulan Zu al-Qaedah tahun 6H.
ii. Peringkat genjatan senjata. Ia berakhir dengan pembukaan Kota Mekah pada bulan Ramadhan tahun 8H. Tempoh ini juga adalah tempoh baginda mengutus surat menyeru masuk Islam kepada raja-raja dan pembesar kerajaan bukan Islam.
iii. Peringkat kabilah Arab masuk Islam beramai-ramai. Ia berakhir dengan kewafatan Rasulullah SAW pada bulan Rabi’ al-Awwal tahun 11H.

2. Zaman Khulafa’ al-Rasyidun (11-40H/632-661M) 30 tahun

1. Abu Bakar al-Siddiq (11-13H/632-634M)
2. Umar bin al-Khattab (13-23H/634-644M)
3. Usman bin Affan (23-35H/44-656M)
4. Ali bin Abu Talib (35-40H/656-661M)

3. Zaman Khulafa’ Banu Umayyah 41-132H/661-750M (91 tahun)

Khalifah-khalifah Banu Umayyah daripada keluarga Sufian.

1. Mucawiyah bin Abu Sufian 41-60H/661-680M. (20 tahun)
2. Yazid bin Mucawiyah 60-64H/680-684M.
3. Mucawiyah bin Yazid 64-64H/683-684M.

Kemudian disambung oleh khalifah-khalifah daripada keluarga Marwan.
4. Marwan bin al-Hakam 64-65H/684-685M.
5. cAbdul Malik bin Marwan 65-86H/685-705M. (20 tahun)
6. cAl-Walid bin cAbd al-Malik 86-96H/705-717M. (10 tahun)
7. Sulaiman bin cAbd al-Malik 96-99H/705-717M.
8. cUmar bin cAbd al-cAziz 99-101H/717-720M.
9. Yazid bin cAbd al-Malik 101-105H/720-724M.
10. Hisham bin cAbd al-Malik 105-125H/724-743M. (20 tahun)
11. Al-Walid bin Yazid bin cAbd al-Malik 125-126H/743-744M.
12. Yazid bin Al-Walid bin cAbd al-Malik 126-126/744-744M.
13. Ibrahim bin al-Walid bin cAbd al-Malik 126-127H/744-744M.
14. Marwan bin Muhammad bin Marwan 127-132H/744-750M.

Umayyah

Al-cAs Harb

Affan Al-Hakam Sakhr (Abu Sufian)

Usman 4. Marwan (I) 1. Muawiyah (I)

2. Yazid (I)
Muhammad 5. Abd. al-Malik Abd. al-Aziz
3.Muawiyah (II)
14. Marwan (II) 8. Umar


6. Al-Walid 7. Sulaiman 9. Yazid (II) 10. Hisyam

12. Yazid (III) 11. al-Walid Muawiyah

13. Ibrahim Abd. al-Rahman

1.1 Carta Khalifah Banu Umayyah

4. Khalifah-khalifah Banu Abbas (132-656H/750-1258M) 524 tahun

Zaman kuat (132-232H/750-847M (100 tahun)

1. Abu Abbas al-saffah bin Muhammad 132-136H/750-754M (4 tahun)
2. Abu Jaafar al-Mansur bin Muhammad 136-158/754-775 (22 tahun)
3. al-Mahdi bin Abu Jaafar al-Mansur (158-169H)775-785M (10tahun)
4. al-Hadi bin al-Mahdi (169-170H/785-786M) (1 tahun)
5. Harun al-Rasyid bin al-Mahdi 170-193H/786-809M (23tahun)
6. al-Amin bin Harun al-Rasyid 193-198H/809/813M (5tahun)
7. al-Ma’mun bin Harun al-Rasyid 198-218H/813-833M (20 tahun)
8. al-Mu’tasim bin Harun al-Rasyid 218-227H/833-841 (9 tahun)
9. al-Wasiq bin al-Mu’tasim 227-232H/841-847M (5 tahun)

Zaman pengaruh Turki (232-334H/847-945M)

1. al-Mutawakkil Billah (232-247H/847-861M dibunuh)
2. al-Muntasir Billah 247-248H/861-862dibunuh
3. al-Musta’in Billah248-252H/862-866M
4. al-Mu’taz Billah252-255H/866-870M
5. al-Muhtadi Billah255-256H/870-870M
6. al-mu’tamid Alallah256-279H/870-892
7. al-Mu’tathid Billah 279-289H/892-902
8. al-Muktafi Billah 289-295H/902-908M
9. al-Muqtadir Billah 295-320H/908-932M (25 tahun)
10. al-Radhi Billah 296H/909M (1 hari)
11. al-Qahir Billah 320-322H/932-934M
12. al-Radhi Biamrillah 322-329H/934-940M
13. al-Muttaqi Billah 329-333H/940-945M
14. al-Mustakfi Billah 333-334H/945-946M

Zaman pengaruh Banu Buwaih (334-447H/945-1055M) (113 tahun)

1. al-Muti’ Lillah 334-363H/946-974M (29 tahun)
2. al-Ta’i’ Lillah 363-381H/974-991M (17 tahun)
3. al-Qadir Billah 381-422H/991-1031M (40 tahun)
4. al-Qaim Biamrillah (422-467H/1031-1075M) (45 tahun)

Zaman pengaruh Banu Saljuk al-Turki (447-656H/1055-1258M)

1. al-Muqtadi Biamrillah (467-487H/1075-1094) (20 tahun)
2. al-Mustazhir Billah 487-512H/1094-1118M (25 tahun)
3. al-Mustarsyid Billah 512-529H/1118-1135M (17 tahun)
4. al-Rasyid Billah 529-530H/1135-1136M
5. al-Muqtafi Liamrillah 530-555H/1136-1160M (25 tahun)
6. al-Mustanjid Billah 555-566H/1160-1170M
7. al-Mustadhi’ Biamrillah 566-575H/1170-1180M
8. al-Nasir Lidinillah 575-622H/1170-1180M (47 tahun)
9. al-Zahir Biamrillah (622-623H/1225-1226M)
10. al-Mustansir Billah 623-640H/1226-1242M (17 tahun)
11. al-Musta’sim Billah 640-656H/1242-1258M


5. Zaman al-Mamalik 648-923H/1250-1517M) 275 tahun

1. Al-Mamalik al-Bahriah (648-792H) 144 tahun

1. Syajarah al-Dur 648-648H/1250m (80 hari)
2. al-Muiz Izzuddin Aybak 648-655H/1250-1257M (7 tahun/dibunuh)
3. Nuruddin Ali Bin Aybak 655-657H?1257-1258M
4. Muzaffar Quttuz 657-658H1258-1260 dibunuh
5. al-Zahir Bybars 658-676H1260-1277 (18 tahun)
6. al-Sa’id Barakah 676-678H/1277-1279M
7. al-Adil 678H/1279M
8. al-Mansur Qalawun 678-689H/1279- (11 tahun)
9. al-Asyraf Khalil Qalawun 689-693H
10. al-Nasir Qalawun 693-694 H(kali ke-1, 2 tahun)
11. Katbugho 694-696H
12. Lajin 696-698H
13. al-Nasir Qalawun 698-708H (kali ke-2, 10 tahun)
14. al-Jansyakir 708-709H
15. al-Nasir Qalawun 708-741H (kali ke-3, 32 tahun)
16. al-Mansur 741-742H
17. al-Asyraf 742-742 H
18. al-Nasir 742-743H
19. al-Saleh 743-746H
20. al-Kamil Syaaban 746-747
21. al-Muzaffar Haji 747-748
22. al-Nasir Hassan 748-752H (Kali ke-1. 4 tahun)
23. al-Saleh Saleh 752-755H
24. al-Nasir Hassan 755-762H (Kali ke-2. 7 tahun, dibunuh)
25. al-Mansur Muhammad 762-764H
26. al-Asyraf Syaaban 764-778H (14 tahun)
27. al-Mansur Ali 778-783H (5 tahun)
28. al-Saleh Haji 783-784H
29. al-Saleh Haji 791-792H

Al-tarikh al-Islami al-ahdi al-mamluki jil. 7 hlam. 35-36


2. al-Mamalik al-Jarakisah (al-Burjiyyah) 792-923H (131 tahun)

1. al-Zahir Barquq 792-801 (9 tahun)
2. al-Nasir Barquq801-808H (7 yahun)
3. al-Mansur 808-808 H(3bulan)
4. al-Nasir Barquq 808-815 H(7tahun)
5. al-Muayyid 815-824H (9 tahun)
6. al-Muzaffar 824-824H
7. al-Tatar 824-824H
8. Muhammad bin Tatar 824-825H
9. Barsabay 825-841H (16 tahun)
10. Yusuf bin Barsabay (841-842H)
11. Jaqmaq 842-857H (15 tahun)
12. Usman bin Jaqmaq 857H
13. Inal 857-865H (7 tahun)
14. Ahmad bin Inal 865H
15. Khashqadam 865-872H (7 tahun)
16. Yalbay 872H (2 bulan)
17. Tamarbugho 872H (2 bulan)
18. Khair Bak 872H (I malam)
19. Qaytabay 872-901H (29 tahun)
20. al-Nasir Muhammad bin Qaytabay 901-902H
21. Qansaw al-Asyrafi 902-903H
22. al-Nasir Muhammad bin Qaytabay 903-904H
23. al-Zahir Qansaw 904-905H
24. Janbalad 905-906H
25. Tumanbay 906-906H
26. Qansaw al-Ghuri 906-922H (17 tahun)
27. Tumanbay 922-923H

Al-tarikh al-Islami al-ahdi al-mamluki jil. 7 hlam.67-70


Khalifah Abbasiah di Mesir

1. al-Mustansir Billah 659-660H/
2. al-Hakim Biamrillah I 661-701H
3. al-Mustakfi Billah I 701-736H
4. al-Wasiq Billah I 736-742H
5. al-Hakim Biamrillah II 742-753H
6. al-Mu’tadhid Billah I 753-763H
7. al-Mutawakkil Alallah I 763-785H
8. al-Wasiq Billah II 785-788H
9. al-Musta’sim 788-791H
10. al-Mutawakkil Alallah II 791-808H
11. al-Musta’in Billah 808-815H
12. al-Mu’tadhid Billah II 815-845H
13. al-Mustakfi Billah I 845-854H
14. al-Qaim Biamrillah 854-859H
15. al-Mustanjid Billah 859-884H
16. al-Mutawakkil Alallah III 884-893H
17. al-Mustamsik Billah 893-914H
18. al-Mutawakkil Alallah IV 914-923H
(melepas jawatan kepada Sultan Salim daripada Bani Usman dan meninggal dunia tahun 950H)
Al-tarikh al-Islami al-ahdi al-mamluki jil. 7 hlam. 42

6. Zaman Khulafa’ Banu Usman

Sultan Banu Usman

1. Usman I 687-726H
2. Urkhan 726-761H
3. Murad I 761-791H
4. Bayazid I 791-805H
5. Muhammad Chalabi 816-824H
6. Murad II 824-855H
7. Muhammad II (al-fatih) 855-887H/14511481 (31 tahun)
8. Bayazid II 887-917H)1481-1512M (30 tahun)

Khalifah Banu Usman (923-1337H/1924M) 414 tahun

Zaman Kuat
1. Salim I 918-926H (8 tahun)
2. Sulaiman I al-Qanuni bin Salim I 926-974H (48 tahun)

Zaman Lemah

1. Salim II 974-982H
2. Murad III 982-1003H
3. Muhammad III 1003-1012H
4. Ahmad I 1012-1026H
5. Mustafa I 1026-1027H Kali-1
6. Usman II 1027-1031H
7. Mustafa I ( 1031-1032H, kali ke-2)
8. Murad IV 1032-1050H
9. Ibrahim I 1050-1058H
10. Muhammad IV 1058-1096H
11. Sulaiman II 1098-1102H
12. Ahmad II 1102-1106H
13. Mustafa II 1106-1115H
14. Ahmad III 1115-1143H (28 tahun)
15. Mahmud I 1143-1167H
16. Usman III 1167-1170H

Zaman Kejatuhan dan Naik Kembali

1. Mustafa III 1170-1188H
2. Abd. al-Hamid I 1188-1203H/1774-1789M
3. Salim III 1203-1222H
4. Mustafa IV 1222-1223H
5. Mahmud II 1223-1255H
6. Abd. al-Majid 1255-1277H
7. Abd. al-Aziz I 1277-1293H
8. Murad V 1293H
9. Abd. al-Hamid II 1293-1327H (34 tahun)
10. Muhammad V Rasyad 1327-1336H
11. Muhammad VI Wahid al-din 1336-1340H/1918-1922M
12. Abd. al-Majid II 1340-1343H/1922-1924M

Al-tarikh al-Islami al-ahdi al-Usmani jil. 8 hlam. 211

Saturday, January 26, 2008

Apa yang kita sudah tahu tentang sejarah umat Islam

Menurut Muhammad Muhammad Hassan Shurrab bahawa senjata sejarah lebih bahaya daripada peluru berpandu. Sejarah menjadikan individu itu cinta dan bangga dengan agama dan sejarah gemilang mereka. Para ulamak silam mendidik anak-anak mereka dengan ilmu sirah dan sejarah Menurut Zainal Abidin bin al-Husin bin Ali r.a meriwayatkan bahawa kami diajar sejarah maghazi Rasul saw seperti kami diajar al-Quran.
Apa yang telah kita tahu tentang sejarah umat Islam kita? Kenal benarkah kita tentang sejarah Rasul saw dan para sahabatnya. Pernahkah kita mendengar bagaimana Uqbah bin Nafi' pembina bandar al-Qayrawan memacu kudanya sejauh 1000 km untuk menyebarkan Islam. Sehingga beliau berkata apabila tiba di persisiran pantai Laut Atlantik " Jika tidak kerana laut ini pasti aku akan berjuang terus di atas jalanmu". Ummu Haram meninggal dunia ketika membawa Islam ke Pulau Cyprus. Abu Ayyub al-Ansari, sahabat yang Rasul saw menumpang sementera di rumah beliau ketika peristiwa hijrah telah terkorban syahid ketika mengepung kota Konstantinopal pada tahun 49H.
Mari kita semai jiwa kita dengan mencintai sejarah umat Islam.

Sejarah Islam

(dari wikipedia)


Islam bermula pada tahun 622 apabila wahyu pertama diturunkan kepada rasul yang terakhir iaitu Muhammad bin Abdullah di Gua Hira', Arab Saudi. Sejarah Islam menceritakan perkembangan Islam sehinggalah sekarang.

Pengenalan

Islam muncul di Semenanjung Arab pada kurun ke-7 masihi apabila Nabi Muhammad s.a.w. mendapat wahyu daripada Allah s.w.t. Selepas wafatnya Rasullullah s.a.w. kerajaan Islam berkembang sejauh Lautan Atlantik di Barat dan Asia Tengah di Timur. Lama-kelamaan umat Islam berpecah dan terdapat banyak kerajaan-kerajaan Islam lain yang muncul.

Walau bagaimanapun, kemunculan kerajaan-kerajaan Islam seperti kerajaan Umaiyyah, kerajaan Abbasiyyah, kerajaan Seljuk Turki Seljuk, kerajaan Uthmaniyyah Turki Uthmaniyyah, Empayar Moghul India, dan Kesultanan Melaka telah menjadi antara empayar yang terkuat dan terbesar di dunia. Tempat pembelajaran ilmu yang hebat telah mewujudkan satu Tamadun Islam yang agung. Banyak ahli-ahli sains, ahli-ahli falsafah dan sebagainya muncul dari negeri-negeri Islam terutamanya pada Zaman Keemasan Islam.

Pada kurun ke-18 dan ke-19 masihi, banyak kawasan-kawasan Islam jatuh ke tangan penjajah Eropah. Selepas Perang Dunia I, Empayar Turki Uthmaniyyah iaitu empayar Islam terakhir tumbang menyembah bumi.

Nabi Muhammad s.a.w.

Semenanjung Arab sebelum kedatangan Islam merupakan sebuah kawasan yang tidak maju. Kebanyakkan orang Arab merupakan penyembah berhala dan ada sesetengahnya merupakan pengikut agama Kristian dan Yahudi. Mekah ialah tempat suci bagi bangsa Arab ketika itu kerana di situ terdapatnya berhala-berhala agama mereka dan juga terdapat Telaga Zamzam dan yang paling penting sekali Kaabah.

Nabi Muhammad s.a.w. dilahirkan di Mekah dalam Tahun Gajah (570 atau 571 masihi). Baginda merupakan seorang anak yatim lagi selepas ayahnya Abdullah dan emaknya Aminah meninggal dunia. Baginda dibesarkan oleh pakciknya iaitu Abu Talib. Baginda kemudiannya berkahwin dengan Siti Khadijah dan menjalani kehidupan yang selesa dan aman.

Namun demikian, ketika Nabi Muhammad s.a.w. berusia lebih kurang 40 tahun, baginda didatangi oleh Malaikat Jibril a.s. Selepas beberapa ketika baginda mengajar ajaran Islam secara tertutup kepada rakan-rakan terdekatnya dan seterusnya secara terbuka kepada seluruh penduduk Mekah.

Pada tahun 622 masihi, baginda dan pengikutnya berhijrah ke Madinah. Peristiwa ini dipanggil Hijrah. Semenjak daripada peristiwa itu bermulalah Kalendar Islam.

Mekah dan Madinah kemudiannya berperang. Nabi Muhammad s.a.w. memenangi banyak pertempuran walaupun ada di antaranya tentera Islam tewas. Lama kelamaan orang-orang Islam menjadi kuat dan berjaya membuka Kota Mekah. Selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w., seluruh Semenanjung Arab di bawah penguasaan orang Islam.

Perkembangan Islam

Semenanjung Arab selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w.
Semenanjung Arab selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w.

Secara umumnya Sejarah Islam selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. telah berkembang secara serius diseluruh dunia. Kerajaan Bani Ummaiyyah, Kerajaan Bani Abbasiyyah, dan Empayar Turki Uthmaniyyah boleh dikatakan penyambung kekuatan Islam selepas pemerintahan Khulafa al-Rasyidin.

Khulafa al-Rasyidun

Untuk rencana utama: sila lihat Khulafa al-Rasyidin

Kerajaan Bani Ummaiyyah

Untuk rencana utama: sila lihat Kerajaan Bani Ummaiyyah

Kerajaan Bani Abbasiyyah

Untuk rencana utama: sila lihat Kerajaan Bani Abbasiyyah

Empayar Turki Uthmaniyyah

Untuk rencana utama: sila lihat Empayar Turki Uthmaniyyah



Never miss a thing. Make Yahoo your homepage.