Saturday, August 30, 2008

Muhasabah diri di ambang Ramadhan...

Petang hari ini saya berkesempatan bersiar2 di kampung saya. Saya terkejut melihat sekumpulan khemah2 yg dipasang di satu kawasan tanah lapang. Rupanya2 mereka semua berpakat untuk menunggu detik 12 malam, di ambang Merdeka. Bersemangat, berpakat, patriotik...
Namun, kita juga sebenarnya di ambang bulan mulia, di ambang Ramadhan. Bulan rahmat, bulan keampunan dan bulan pelepasan drpd api neraka. Bulan yang satu2 namanya disebut oleh Allah di dalam al-Qur'an. Tidak disebut Rejab, Muharram, Syaaban, Safar atau yg lainnya melainkan hanya Ramadhan. Hebatnya Ramadhan...
Kita melihat generasi kini menjerit riang disaat disebut nama Mawi, Shah Rukhan dan lain2 penyanyi. Fuhhhhh....Yehhhhh....sebaik disebut kepada mereka nama2 pelakon pujaan mereka. Namun riang dan gembirakah mereka dan kita jika disebutkan kepada mereka nama Allah atau Muhammad bin Abdullah?????
Mengapa? Kerana kita kurang mengenali Pencipta kita dan RasulNya. Kita jauh dengan mereka.
Kita sanggup melakukan itu dan ini untuk menyambut bulan kemerdekaan. Tahniah kerana kita memang patriotik dan cinta negara.
Namun kita sanggupkah untuk melakukan itu dan ini untuk menyambut Ramadhan? Sanggup bangun dan berjaga malam waktu dini malam jam 12.00 hingga 2.00 pagi untuk tundukkan dahi kita pada Tuhan? Untuk kita titiskan airmata ini dengan penuh keinsafan? Kita hanya menumpang buat sementara waktu di atas bumi Tuhan. Hanya 'bumi' ini sahajalah yg Tuhan izinkan kita untuk mendiaminya, bukan di tempat lain di galaksi bima sakti yg luas ini.
Kerana itulah panggilan puasa Ramadhan adalah panggilan iman. Wahai orang2 yang beriman...
Kamu benar merindui Ramadhan, mencintai ketibaannya, seronok di sampingnya? Hanya iman kita yang mampu menjawab...jawablah wahai imanku...
Kalaulah Ramadhan tidak dapat menggerakkan, memudahkan kita untuk mendekatkan diri pada Tuhan, jangan haraplah di bulan lain. Kerana pada bulan ini kita dipermudahkan untuk mendapat takwa...

Thursday, August 28, 2008

Rihlat 23 Jam...

Al-hamdulillah jam 5.30 pg tadi, Jumaat 29 hb saya selamat sampai ke rumah saya di Kelang selepas rihlat sejauh 800km selama 23 jam.
al-Kisahnya, saya mendapat jemputan mengadakan diskusi buku saya 'I Love Ramadhan' di SM Teknik Johor Bahru di hadapan guru2 P.Islam sekolah rendah dan menengah daerah JB jam 2.30-4.00 ptg Khamis 28 hb.
Maka slp solat subuh dan mengambil sedikit juadah maka saya pun mula bergerak jam 6.30 pg 28hb menuju ke JB, ditemani seorang rakan. Jam 9.00pg kami berhenti untuk sarapan pagi di R&R Air Keroh Melaka selama 1/2 jam. Slp itu saya bergerak dan singgah di Air Hitam Johor jam 10.30 pg kerana hajat seorang sahabat yang inginkan buku saya ILR. Tepat jam 11 kami terus bergerak dan tiba di JB jam 12.15 tgh. Saya dan rakan saya singgah di masjid Institut Perguruan Temenggong Ibrahim untuk berhenti rehat, membersihkan tubuh dan menunaikan solat jama' taqdim zohor-asar.
Selepas itu saya segera ke tempat tujuan kedatangan saya ke JB. Tepat jam 2.45, saya mula menyampaikan presentation saya bersama 18 slide powerpoint saya dihadapan rakan2 guru daerah JB sehingga jam 4.00 ptg.
Syukran kepada rakan2 yg sudi bersama dengan saya, untuk kita 'sharing' buku ILR sebagai satu alternatif untuk kita berdakwah dengan mad'u2 kita khasnya anak2 didik kita di sekolah. Tahniah kawan2 di JB.
Jam 5.45 ptg saya terus bergerak ke TNB Pasir Gudang untuk menyampaikan ceramah bulan Ramadhan selepas solat Maghrib. Terima kasih TNB PG yang menjamu nasi beriani dan daging kambing. Sedap sekali.
Jam 11 mlm saya mula bergerak balik ke Klang. Selepas melalui 7 perhentian, akhirnya saya sampai ke rumah jam 5.30 pg tadi.
Penatnya sungguh terasa. Itu baru berjalan 800km, baru 23 jam, berkenderaan yg berhawa dingin. Jalan raya (highway) yg baik.
Bayangkanlah bagaimana Ibn Jubayr belayar selama 3 1/2 tahun, dari Andalus ke Tanjah ke Pulau Kriti ke Mesir ke Arab Saudi ke Iraq ke Syam dan kembali semula ke Andalus melalui Laut Mediterranean.
Bagaimana pula Ibn Battutah yang mengembara selama 29 tahun sehingga sampai ke India, Rom, Afrika, Pulau Jawa dan Negara China.
Kepada rakan yg memanfaatkan ILR, doakanlah keberkatannya untuk saya dan anak2 serta keluarga saya dan kita semua.
Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak...

Tuesday, August 26, 2008

Kenapa perlu 15 Tahun?

Betulkah kita benar2 sudah bersedia untuk masuk ke bulan Ramadhan. Dah cukup ke maklumat kita, dah buat ke persediaan yang terbaik? Jangan sibuk sakan pulun menyambut bulan kemerdekaan ttp kita lupa pasal bulan Ramadhan.
Saya masih nak ajak sahabat2 semua terus bermuhasabah lagi dan lagi. Berapa kali sebenarnya Rasulullah sempat berpuasa Ramadhan? Tahun berapa diwajibkan kita berpuasa?
Jarang betul orang tanya pada kita soalan ini kan. Puasa Ramadhan diwajibkan ke atas umat Islam pada tahun ke2 Hijrah.
Ini bermakna selepas 15 tahun dakwah baginda SAW. Iaitu selepas 13 tahun dakwah di Mekah dan 2 tahun di Madinah. Mengapa perlu 15 tahun?...
Jadi berapa kali Rasulullah saw sempat berpuasa Ramadhan. Ya, 9 kali sahaja. Kita? Dah 20? 30? 15? atau 45? kali.
Ramadhan terletak pada susunan yang ke-9 dlm susunan bulan2 Islam dan baginda sempat puasa 9X.
Mengapa perlu 15 tahun sblm adanya kewajipan puasa? Ya, sebab mendidik nafsu adalah kerja paling sukar. Puasa melatih kita menunduk nafsu. Tidak hairanlah ramai yang berpuasa walaupun syaitan tiada, namun nafsunya masih bermaharajaela. Masih nak puas2 bukan nak puasa. Nak puas2 shopping, puas2 tidur, puas2 makan, puas2 sembang kosong!!!!! Bukan sekadar nak ke Bazar tetapi nak ke bazir!!!
Apa dah jadi ni.....

Sunday, August 24, 2008

Apa bestnya buku I Love Ramadhan...

Assalamualaikum semua. Pertama-tamanya al-Hamdulillah atas sambutan buku ILR ini. Dengan cerita, buku ini dah sampai ke bumi Rusia (orang pos kat kawan @ ex-student). Saya begitu seronok jika buku ini dapat memberi manfaat kepada kita semua. Terima kasih atas sokongan anda semua. Walaupun saya tak nafi ada juga kawan kita yg belek2 tp kemudian dia tak jadi nak ambil. Saya anggap ILR sebagai satu alternatif bacaan untuk kita seisi keluarga menghadapi kehangatan Ramadhan al-Mubarak.
InsyaAllah kalau tiada aral, pada hari Khamis ini 28hb saya akan berdiskusi ILR dengan kawan2 di Johor Bahru.
Namun, masih ada yang bertanya "apa bestnya buku ini?". Saya tak dapat nak jawablah soalan ini sebab saya penulisnya. Cubalah bertanya orang yang sudah membacanya. Lagipun semua orang ada persepsi, kecenderungan dan bias masing2.
Apa2 pun, buku ini menceritakan 66 isu (bab) yang mengandungi elemen agama dan motivasi dengan gaya olahan kecindan.
Suka saya bawakan di sini satu bab daripada bab2 yang banyak itu. Selebihnya, dapatkanlah yang original.

Puasa Atau Puas-puas?

Apa perbezaan antara puasa dan puas? Tentulah besar perbezaan antara puasa dan puas atau puas-puas? Berbeza dari segi ejaan, bunyi sebutan dan maknanya.

Puasa Ramadhan ini datang sekali-sekala. Sepanjang Ramadhan kita ingin merasa juadah berbuka yang terenak. Maklumlah sudah 12 jam kita berlapar dan berdahaga. Puas saya jika dapat makan seekor ayam golek, 2 ekor ikan keli bakar dan… Puas saya kalau dapat minum…

Hari Raya Aidilfitri pun begitu juga. Kita semua sudah arif dan maklum. Namun, kita amat risau jika kerana ia sekali-sekala maka kita pun tersasar dalam meraikannya. Kita terlupa, terleka dan terikut-ikut sama. Apabila sudah sekali-sekala maka kita pun beranggapan ia perlu disambut dengan semeriahnya. Kita selalu kata “Apalah salahnya…”, iakan setahun sekali. Apalah salahnya, itulah yang salah jika menyebabkab kita membazir, lupa daratan, ingin berlawan-lawan untuk menunjuk-nunjuk dan sebagainya.

Sofa yang lama perlu diganti dengan yang baru. Langsir dan cadar katil pun turut sama perlu ditukar ganti dengan warna dan corak yang lebih sesuai dan terkini. Semua mestilah baru sebab hari raya nanti, rumah kita akan dikunjungi orang ramai dan saudara mara. Malulah kita jika masih menggunakan benda-benda yang lama.

Bukan sekadar perhiasan di dalam rumah yang perlukan perhatian tetapi yang di luar pun juga jangan terlepas pandang. Sudah 12 bulan cat rumah tidak bertukar ganti. Kalau dahulu sudah 12 bulan berwarnakan biru muda, maka tahun ini mata kita jatuh cinta pula pada warna hijau muda dan coklat pula. Tentulah nafsu kita berbisik-bisik di telinga “Takkanlah perabut di dalam rumah cantik berseri tetapi di luar rumah tidak berganti”

Baju raya perlu juga yang baru, daripada jenis kain terkini, ditempah mengikut fesyen terbaru. Mungkin tidak cukup sepasang tetapi perlu kepada berpasang-pasang kerana kita telah berpuasa sebulan lamanya. Puasa sebulan, maka hari rayanya juga perlulah diraikan sebulan lamanya. Kalau sudah menyambut hari raya 30 hari, mestilah perlu disediakan pakaian yang berpasang-pasang. Tidaklah canggung dibuatnya jika asyik memakai pakaian yang sama setiap hari.

Kuih-kuih muih beraneka jenis dan rasa juga perlu diambil kira kerana kita bakal meraikan tetamu yang akan datang mengunjung daripada saudara mara dan sahabat handai yang datang sekali sekala. Maka kita perlulah meraikan mereka dengan juadah yang paling enak, lazat dan sempurna. Supaya yang datang nanti akan puas apabila mengunjung ke rumah kita dan kita pun puas kerana melayan mereka dengan sebaik-baiknya.

Kita tentu seronok dan puas jika impian kita dapat kita tunaikan. “Emmmm, puas saya”. Apa yang puasnya bang, kakak, pakcik, makcik, adik? Pada 1 Syawal ini, rumah kita cukup berseri. Pakaian seluruh ahli keluarga kita telah kita sediakan. Puas dan puas. Puas kerana semuanya baru, mewah, berjenama, terkini, pelbagai dan terbaru.

Namun, inikah yang kita inginkan daripada Ramadhan yang kita lalui sepanjang 30 hari ini? Beginikah yang ingin dipersembahkan kepada Tuhan? Kita ingin berpuasa atau berpuas-puas pada yang sia-sia. Benarkah ini yang dituntut oleh agama? Adakah sepanjang bulan Ramadhan ini kita diminta berlumba-lumba untuk mengumpul pahala atau berlumba-lumba menjadi loba?

Perlu dan mestikah kita sambut hari raya dengan mewah, baru, berpasang-pasang, berjenama dan berpuas-puas. Apakah kita fikir anak jiran sebelah rumah kita akan dapat apa yang dia akan lihat pada kita. Alangkah sedihnya dia jika melihat kita berbaju baru sedangkan dia di pagi ini sedih dan pilu mengenangkan nasibnya yang yatim piatu, yang tiada ini dan itu

Fikir-fikirkan…

Kalau ada rasa buku ini okey, uar-uarkan pada yang lain tp kalau tidak, jangan lupa emelkan cadangan anda itu pada saya. Mudah-mudahan kita berusaha menjadi yang lebih baik daripada semalam...



Thursday, August 21, 2008

Uji maklumat Ramadhan kita...

Hari ini dah masuk 20 Syaaban. Lagi 10 hari saje kita nak menjadi tetamu Ramadhan...Jom muhasabah sedikit.

1. Kita dah tolong meuar2kan bulan mulia ini atau belum. Jgn hanya kita leka pasal sukan olimpik dan bulan kemerdekaan semata2.

2. Hendak minta maaf pada ibu ayah sebelum Ramadhan atau selepas Ramadhan (I Syawal)

3. Berapa kalikah sebenarnya Rasulullah saw berpuasa Ramadhan

4. Apa beza batal puasa Ramadhan dan batal pahala puasa Ramadhan

5. Kita nak puasa atau nak puas2 (puas makan, puas shopping etc)

6. Layakkah aku menjadi tetamu Ramadhan al-mubarak

7. Adakah puasa aku tahun ini akan lebih baik daripada puasa tahun lalu atau sama saje saban tahun

8. Adakah Ramadhan tahun lalu aku berjaya mengkhatamkan al-qur'an, mendapat lailatulqadar, cukup terawih setiap malam 20 rakaat etc

Ini hanya sebahagian soalan, jawab dulu...banyak lg yg perlu dimuhasabah.

Sunday, August 17, 2008

Melakar Sejarah...


Kita selalu melihat sejarah yang terlakar sahaja. Sebagai contoh. Ya...kita membaca Bagaimana Musa b. Nusayr bersama pembantunya Tariq b. Ziyad berjaya membuka Semenanjung Iberia (Andalus) dalam tempoh 3 1/2 tahun sahaja. Itu yang telah terlakar di kemuncak. Namun, Kita kaji tak susah payah Musa sebelum itu? Bagimana beliau meneruskan pembukaan Afrika yg tlh memakan masa 60 tahun utk dibuka? Bagimana beliau terpaksa membuka pulau2 di timur Andalus iaitu Kepulauan Balearic dengan menghantar anaknya sendiri utk memimpin ekspedisi tersebut? Bimbang pihak musuh ketika itu (Byzantine) kalau2 melakukan serangan hendap melalui jln laut kerana pusat armada laut musuh ketika itu adalah di Pulau Sicily. Bila2 masa, musuh boleh melancarkan serangan ke atas tentera Islam dari Pulau Sicily ke Andalus melalui Kepulauan Balearic tadi.
Ingat! jangan kita hanya baca yang kemuncak semata2 tp bacalah susah payah, perit jerih yg mereka nak capai sebelum melakar sejarah.
al-Hamdulillah, SPOK akan diulang cetak kali ke-2. Al-hamdulillah dan al-Hamdulillah. Kawan2 yg dpt mencium bau berita baik ini, segera menyapa saya. Wow! bestlah camtu...Syukran semua atas sokongan anda atas buku SPOK.
Kita selalu melihat sejarah yg terlakar. Tp ada yg tidak membaca bgmn liku2 utk lelakar sejarah itu. Jangan kita hanya seronok membaca episod yg di kemuncak ttp sesekali bacalah liku2 semasa mereka hendak mendaki, pahit maung, susah payah sebelum kita nak sampai ke atas sana...Ada di antara karya saya yg ambil masa bertahun untuk terbit. Sampai kadang2 kita rasa putus asa.
Kawan2 yg berasa minat utk berjaya, saya nak muhasabah diri saya. Sebelum kita dpt meluncur laju dengan gear 4 dan 5 kita, kita pernah melalui tersengguk2 di gear satu dahulu. Bahkan kita pernah terundur seketika di gear undur sebelum kita dapat mulakan gear satu kita.
Fikirkan tp jangan sampai berkerut dahi...

Wednesday, August 13, 2008

Israk Mikraj lagi...

Assalamualaikum, ini ust Sahrul ke? Waalaikum salam. Ya, saya bercakap ni. Ustaz! nak jemput ust ceramah di tempat sayalah, kami nak buat ceramah Israk Mikraj.
Terkejut saya, ada lagike ceramah Israk Mikraj? Saya mesti positif. Tentulah ada, sebab mengingat Rasulullah saw adalah setiap masa. Tanggungjawab kita dengan baginda ada dua. Cinta dan ikut. Mengaku cinta tapi tak mahu ikut, belum selamat. Contohnya Abu Talib. Adapun ikut baginda tetapi bukan kerana cinta, munafik. Pun tidak selamat.
Jadi, antara tanda cinta ialah kita selalu ingat padanya. Ingat pada Rasulullah saw.
Oppps ustaz! Boleh tak sediakan 20 soalan utk kuiz sekali? Amboi, kita pula kena sediakan soalan. Mestilah kena taip, takkan nak beri tulisan tangan sahaja. Malulah saya... Positif, positif.
Akhirnya, penat-penat saya sediakan tersebut, maka saya ingin kongsikan dengan para pembaca blog saya.
Anda boleh ajukan buat anak, suami atau isteri di rumah. Ataupun kawan-kawan di tempat kerja. Cubalah menguji minda kita...

Soalan Kuiz Israk Mikraj (siapa cepat dia jawab dan dia dapat…)

1. Apakah maksud Israk?

Perjalanan Rasulullah s.a.w dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa (perjalanan darat)

2. Apakah maksud Mikraj?

Perjalanan Rasulullah s.a.w dari Masjidil al-Aqsa ke Sidratul Muntaha (perjalanan langit)

3. Apakah kenderaan yang ditunggangi oleh Rasulullah semasa Israk dan Mikraj?

Buroq

4. Apakah hadiah terbesar yang diperolehi oleh Rasulullah s.a.w semasa Israk Mikraj?

Solat 5 waktu sehari semalam

5. Sebutkan 2 peristiwa sebelum Rasulullah s.a.w diIsrak dan diMikrajkan

Kematian bapa saudaranya Abu Talib, kematian isterinya Khadijah bt Khuwailid, dibedah dadanya

6. Berapa kalikah Rasulullah s.a.w berulang alik untuk meminta kurang bilangan waktu solat?

9 kali

7. Siapakah yang menasihati Rasulullah s.a.w agar meminta kurang bilangan waktu solat?

Nabi Musa a.s

8. Apakan pilihan yang ditawarkan oleh Jibril kepada Rasulullah s.a.w semasa di Baitilmaqdis?

Susu dan arak

9. Kubur siapakah yang dilalui oleh Rasulullah s.a.w yang begitu wangi sekali?

Masyitah

10. Siapakah yang dilihat oleh Rasulullah s.a.w membawa obor api ketika Israk?

Jin Ifrit

11. Di manakah Rasulullah s.a.w mengimamkan solat bersama para rasul dan nabi?

Di Masjidil Aqsa

12. Di dalam surah apakah, Allah menceritakan peristiwa Israk?

Surah al-Israk.

13. Siapakah golongan paling ramai dilihat oleh Rasulullah s.a.w dalam syurga?

Orang-orang miskin

14. Siapakah golongan paling ramai dilihat oleh Rasulullah s.a.w dalam neraka?

Golongan wanita

15. Bilakah berlakunya peristiwa Israk dan Mikraj?

27 Rejab tahun ke 10 kebangkitan

16. Berapa lamakah tempoh perjalanan Rasulullah s.a.w melalui peristiwa Israk dan Mikraj?

Satu malam

17. Di manakah terletaknya Masjid al-Aqsa?

Di Palestin

18. Sebutkan satu keistimewaan Masjid al-Aqsa?

Kiblat pertama umat Islam, masjid kedua dibina selepas Masjidil Haram, 3 masjid yang digalakkan untuk disembahyang di dalamnya, bumi Israk

19. Apakah yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w ke atas Buroq sebaik tiba di Masjil al-Aqsa?

Mengikatnya

20. Bagaimanakah gambaran tunggangan yang dinaiki Rasulullah s.a.w semasa Israk dan Mikraj?

Binatang yang lebih besar daripada keldai dan lebih kecil daripada baghal (kuda+keldai), binatang berwarna putih, bergerak sepantas kilat



Monday, August 11, 2008

I Love Ramadhan di tangan anda...


al-Hamdulillah buku yang saya nanti2 kan ini telah mula berada di tangan saya. Syukur... saya terus cuba menyebarkan ILR kepada kenalan2 saya. Akhirnya dengan izin Allah, dalam masa 4 hari, saya telah berjaya mengedarkan kira-kira 250 buah buku ILR. AL-HAMDULILLAH
Kita semakin mendekati bulan Ramadhan. Kawan-kawan yg ingin menceritakan kehebatan bulan Ramadhan pada anak2 di rumah, bermuzakarah di tempat2 kerja, bertazkirah di kilang, pejabat, di sekolah, ingin berdiskusi dan bermuhasabah ttg Ramadhan yg lalu, ILR tentulah antara pilihanya. Cubalah baca, jika di sana ada sedikit kebaikan dan nasihat, anggaplah ia sebagai rezeki ilmu buat kita semua.
Terima kasih yang telah membaca ILR, mempromosikan buku tersebut di kilang mereka seperti Azmi Salleh, Kak Zah, dll. Juga buat bonda yg juga memperkenalkan ILR pada kawan2 setahlil dengan bonda, para guru di sekolah2 seperti Ust Hasnita, Ustz Asnihah, Ust Khairman, Ust Zailani, Ust Asri, Ust Husnun, Tuan Zamani dan semua yg telah membeli serta membaca ILR di Taman Syahbandaraya, Taman PalmGrove dan banyak lagi. Juga syukran jazilan pada Ust Hainizam yg sentiasa menyokong karya Sahrulazmi Sidek dan sentiasa memperkenalkannya ke bumi Serting, Negeri Sembilan.
Kepada semua, teguklah buku ini puas2, mudahan banyak manfaatnya. Dan uar-uarkan pada yg lain dan berilah teguran membina pada saya jika terdapat kekurangan.
Ulasan, sinopsis ILR akan saya tuliskan dlm blog ini secepat mungkin.
Ingin mengajak diskusi buku ini, sila hubungi Ust. Sahrulazmi Sidek no. tel 017-6156871

SYUKRAN JAZILAN & SELAMAT MEMBACA ILR sebelum kita bertemu Ramadhan...

Sunday, August 10, 2008

Berkorban sehingga terkorban...

Alangkah hebatnya para sahabat awal yang telah berkorban harta, nyawa, diri dan segala-galanya hanya untuk Islam semata-mata. Namun kita pada hari asyik leka berselisih bab fekah, bab furu' dan lain-lainnya. Masih berbahas perlu atau tidak membaca doa qunut atau tidak.
Bayangkanlah, Abu Bakr al-Siddiq sebaik sahaja masuk Islam terus mengajar ramai orang lain masuk Islam. Kadang2 kita pula, semakin menjauhkan orang yang hendak mendekati Islam daripada Islam.
Cukup banyak bukti yang menunjukkan ramai para sahabat yang berkorban untuk menyebarkan agama Islam, tetapi akhirnya terkorban syahid seperti;
1. Umar al-Khattab
2. Uthman b. Affan
3. Ali b. Abu Talib

Mereka ini terkorban ketika sedang membaca al-Quran (Saidina Uthman b. Affan) dan ketika balik daripada menunaikan solat subuh. Kita risau kita meninggal dunia ketika kita sibuk sedang berdebat dan berbalah masalah membaca Basmalah semasa solat atau sebagainya.
Sekadar ingin mengajak untuk memuhasah diri...

Israk Mikraj pada 27 Rejab?

Sebenarnya saya tidak cenderung untuk menulis tentang sesuatu yang banyak perselisihan pendapat dan jika tidak dibahaskan pun tidak mengapa. Ini kerana ia bukanlah topik utama. Saya risau, kita leka dengan yang tidak penting, akhirnya kita meninggalkan perbahasan yang penting dan lebih penting(mengambil pengajaran).
Tidak dinafikan terdapat perbezaan pendapat tentang tarikh sebenar berlakunya Israk dan Mikraj. Antara tokoh yang yang mengetengahkan perbahasan ini ialah Syeikh Safiyyu al-Rahman al-Mubarakfuri dalam karyanya al-Rahiq al-Makhtum.
Terdapat 6 pendapat tentang tarikh berlaku Israk dan Mikraj.
1. Pada tahun Rasulullah diangkat menjadi rasul. (dipilih oleh at-Tabari)
2. 5 tahun selepas Rasulullah diangkat menjadi rasul (ditarjih oleh Imam al-Nawawi dan al-Qurtubi)
3. Malam 27 Rejab tahun ke-10 kenabian (dipilih oleh al-Allamah al-Mansurfuri)

Ketiga-tiga pendapat ini ditolak kerana Khadijah meninggal dunia pada bulan Ramadhan tahun ke-10 kenabian. Kewafatannya sebelum difardhukan solat 5 waktu sedangkan kefardhuan solat adalah pada malam Israk dan Mikraj.

4. 16 bulan sebelum Hijrah iaitu pada bulan Ramadhan tahun ke-12 kenabian
5. Satu tahun 2 bulan sebelum Hijrah iaitu pada bulan Muharram tahun ke-13 kenabian
6. Setahun sebelum Hijjrah iaitu pada bulan Rabiul Awwal tahun ke-13 kenabian
Tidak dapat dipastikan pendapat yang mana paling kuat daripada kalangan 3 pendapat terakhir ini.

Wednesday, August 6, 2008

Antara peristiwa bulan Syaaban

Terdapat beberapa peperangan yang berlaku pada bulan Syaaban pada zaman Rasulullah saw. Antaranya:

1. Perang Zat al-Riqa’
Dalam pertempuran ini seramai 400 tentera Islam terdiri daripada berkuda dan berjalan kaki telah menghadapi kekuatan musuh daripada Banu Muharib dan Banu Tha’labah daripada Ghatfan di satu tempat di Najd bernama Zat al-Riqa’. Perang ini berlaku pada bulan Syaaban tahun ke-4 Hijrah. Perang ini berakhir dengan kemenangan di pihak Islam apabila kedua-dua kabilah musuh telah melarikan diri.

2. Perang Banu al-Mustalaq daripada Khuza’ah
Seramai 1, 000 tentera Islam telah bertembung dengan Banu al-Mustalaq di satu tempat bernama al-Mari’ pada bulan Syaaban tahun ke-5 Hijrah. Pihak musuh telah melarikan diri selepas berlaku peperangan yang pendek.

Sekadar untuk santapan minda dengan fakta2 sejarah…

Monday, August 4, 2008

Para pendakwah yang bekerja...

Apa yang dah kita sumbang untuk Islam. Kita asyik berbalah, sama ada bab politik, mazhab fikh dan macam-macam lagi. Silakanlah jika memang niat kita baik dan kita yakin akan dapat kebaikan tetapi kalau ia cuma menambah perpecahan apalah gunanya.

Marilah kita lihat mereka yang telah menyebarkan agama Islam dan mengajak orang yang jauh dengan Islam untuk dekat dengan Islam, bukan semakin menjauhkan orang yang sudah dekat dengan Islam daripada Islam.

Tokoh dan Sumbangan mereka


1. Ali b. Abu Talib

(mengislamkan Banu Hamazan dan kabilahh2 lain)

2. Mus’ab b. Umayr

(mengislamkan penduduk Madinah sebelum Hijrah)

3. Abdul Rahman b. Auf

(mengismlam penduduk Daumatul Jandal)

4. Muaz b. Jabal

(mengislamkan penduduk Yaman dan mengajar mereka, menyeru ahli kitab di Yaman kepada Islam)

5. al-Ala’ b. al-Hadrami

(mengislamkan Bahrin dan rajanya, al-Munzir b. Sawa dan mengislamkan Huwaitib b. Abdul Uzza)

6. Khalid b. al-Walid

(mengislamkan Banu al-Harith b. Ka’b di Najran)

7. Abu Musa al-Asyari

(menetap untuk tempoh yang lama berdakwah di Zubayd, Yaman. Kemudian berpindah ke Kufah dan rumahnya menjadi pusat dakwah di sana)

8. Urwah b. Mas’ud al-Thaqafi

(penyebab kepada Islam Banu Thaqif selepas mereka membunuhnya)

9. Amru b. Umayyah al-Dhamiri

(penyebab Islamnya al-Najasyi)

10. al-Tufail b. Amru al-Dausi

(mengislamkan kabilah Daus dan antaranya Abu Hurairah)

11. Abu Umamah al-Bahili

(berjaya mengislamkan Banu Bahilah)

12. Dihyah b. Khalifah al-Kalbi

(dihantar oleh Rasulullah saw untuk menemui Kaiser Rom kemudian beliau pergi ke Damsyik dan menetap di sana untuk berdakwah selama 40 tahun)

Itu jasa mereka, kita…saya dan anda bagaimana? Jika kita asyik berbalah maka kita tak sempat untuk bekerja. Kita disuruh memberi sumbangan bukan membuat sumbang…Sekadar buat renungan semua

Sunday, August 3, 2008

Jangan Pandang Belakang?

Saya masih terkejut dengan anggapan orang kita tentang sejarah. Tidak hairanlah apabila saya lihat ramai yang tidak meminati sejarah, termasuk sejarah Islam. Kalau hendak belajar bidang agama, mereka dah set, mesti belajar syariah atau lughoh (bahasa Arab).
Anta ambil bidang sejarah Islam? Ini antara soalan terbanyak yang saya dapat bila saya tukar canel drpd pengkhususan B. Arab semasa BA kepada Sejarah Islam ketika menyambung MA ini. Tidak hairanlah jika saya lihat pengkhususan sejarah Islam dan tamadun antara yang kurang sambutan berbanding dengan syariah, usuluddin dll. Ana setuju dengan pendapat ust Hasrizal Jamil (abu saif) yang kini sedang belajar sama dengan bidang saya, di UIAM. Kurang yang hendak masuk bidang ini.
Kenapa hendak belajar sejarah? Hendak pandang belakang? Mengapa hendak melihat yang dah lepas. Kita perlu optimis, sentiasa lihat ke depan. Hidup mesti bergerak ke depan...Saya yang tidak banyak ilmu ini pun menjawab dengan 2 jawapan.

1. Kenapa kereta memerlukan cermin pandang belakang, kenapa perlu satu gear undur?
Sehebat2 kereta seperti BMW pun perlukan gear undur. Bukan perlu banyak tetapi satu sahaja. Empat yang lain ialah gear untuk bergerak ke hadapan.

2. Kalau manusia tak perlu sejarah, mengapa Allah turunkan kepada Rasulullah saw banyak kisah-kisah sejarah dalam al-Quran. Bahkan sebahagian besar ayat al-Quran adalah sejarah. Sejarah para nabi, para rasul, umat2 terdahulu dll. Ada kisah Ashabul Ukhdud, Ashabul Kahfi, Qarun, Haman dll.

Fitrah manusia adalah perlukan panduan, pengajaran, teladan, peringatan. Sebaik-baik guru untuk perkara2 tersebut ialah sejarah. Sejarah adalah cerita2 yang berulang, sama ada yang baik mahupun yang buruk dengan hanya watak2 yang berbeza sahaja.

Tidah hairanlah Muhammad Muhammad Hassan Syurrab menyebut "Silah al-tarihk aqwa min silah al-Sawarikh". Ertinya senjata sejarah itu lebih kuat/tajam daripada peluru berpandu.

Selamat bermuhasabah...I Love Sejarah Islam