Tuesday, August 26, 2008

Kenapa perlu 15 Tahun?

Betulkah kita benar2 sudah bersedia untuk masuk ke bulan Ramadhan. Dah cukup ke maklumat kita, dah buat ke persediaan yang terbaik? Jangan sibuk sakan pulun menyambut bulan kemerdekaan ttp kita lupa pasal bulan Ramadhan.
Saya masih nak ajak sahabat2 semua terus bermuhasabah lagi dan lagi. Berapa kali sebenarnya Rasulullah sempat berpuasa Ramadhan? Tahun berapa diwajibkan kita berpuasa?
Jarang betul orang tanya pada kita soalan ini kan. Puasa Ramadhan diwajibkan ke atas umat Islam pada tahun ke2 Hijrah.
Ini bermakna selepas 15 tahun dakwah baginda SAW. Iaitu selepas 13 tahun dakwah di Mekah dan 2 tahun di Madinah. Mengapa perlu 15 tahun?...
Jadi berapa kali Rasulullah saw sempat berpuasa Ramadhan. Ya, 9 kali sahaja. Kita? Dah 20? 30? 15? atau 45? kali.
Ramadhan terletak pada susunan yang ke-9 dlm susunan bulan2 Islam dan baginda sempat puasa 9X.
Mengapa perlu 15 tahun sblm adanya kewajipan puasa? Ya, sebab mendidik nafsu adalah kerja paling sukar. Puasa melatih kita menunduk nafsu. Tidak hairanlah ramai yang berpuasa walaupun syaitan tiada, namun nafsunya masih bermaharajaela. Masih nak puas2 bukan nak puasa. Nak puas2 shopping, puas2 tidur, puas2 makan, puas2 sembang kosong!!!!! Bukan sekadar nak ke Bazar tetapi nak ke bazir!!!
Apa dah jadi ni.....

2 comments:

norshazwani othman said...

Salam..

betul juga ..rasullulalh hanya sempat puasa 9 kali sahaja..kita? hmm..puasa byk kali pun, masih nafsu ni susah nak dikawal..nampak lah di sini sebenarnya kita tak benar2 fokus mendidik nafsu semasa dalam madrasah ramadhan..berdebar lah pula nak masuk ramadhan ni..

abuiyyash said...

SalAM wANI! kITA Memang jauh dengan Tuhan walaupun Tuhan beritahu yang Dia lebih dekat dgn kita daripada urat leher.