Wednesday, August 6, 2008

Antara peristiwa bulan Syaaban

Terdapat beberapa peperangan yang berlaku pada bulan Syaaban pada zaman Rasulullah saw. Antaranya:

1. Perang Zat al-Riqa’
Dalam pertempuran ini seramai 400 tentera Islam terdiri daripada berkuda dan berjalan kaki telah menghadapi kekuatan musuh daripada Banu Muharib dan Banu Tha’labah daripada Ghatfan di satu tempat di Najd bernama Zat al-Riqa’. Perang ini berlaku pada bulan Syaaban tahun ke-4 Hijrah. Perang ini berakhir dengan kemenangan di pihak Islam apabila kedua-dua kabilah musuh telah melarikan diri.

2. Perang Banu al-Mustalaq daripada Khuza’ah
Seramai 1, 000 tentera Islam telah bertembung dengan Banu al-Mustalaq di satu tempat bernama al-Mari’ pada bulan Syaaban tahun ke-5 Hijrah. Pihak musuh telah melarikan diri selepas berlaku peperangan yang pendek.

Sekadar untuk santapan minda dengan fakta2 sejarah…

1 comment:

Nurhafizah Kholish said...

Perang Saat AL riqa sebenarnya berlaku pada bulan berapa ya? Sebab banyak maklumat yang bercanggahan di internet.