Thursday, April 15, 2010

TESIS MA sudah mendarat ke destinasinya...


al-Hamdulillah, cita-cita untuk menyambung PHD sudah mula berputik lagi. Setelah bertungkus lumus dalam mengharungi liku2 menyiapkan tesis Master bertajuk "Sejarah Perluasan Kuasa Islam Pada Zaman Pemerintahan Kerajaan Umawiyyah (41H/661 Hingga 132H/750M)" setebal 258 muka surat tidak termasuk 15 muka surat bernombor roman.

Tak terkata pelbagai halangan dan kesukaran yang ditemui serta banyak lagi yang tidak tersebut dengan perkataan. Apa-apa pun al-Hamdulillah kerana berjaya mendarat sampai ke tepian juga.
Sekarang sedang mencari-cari peluang untuk mengPHDkan diri ini. Kerana cuba menyambut slogan belajar sampai ke liang lahad.

Banyak maklumat yang saya temui sepanjang menyiapkan tesis saya. Saya mengkaji kedatangan Islam ke 9 buah pulau utama pada zaman pemerintahan Kerajaan Umayyah.
Perluasan kuasa Islam di Pulau Cyprus
Perluasan kuasa Islam di Pulau Rhodes
Perluasan kuasa Islam di Pulau Kriti
Perluasan kuasa Islam di Pulau Arados
Perluasan kuasa Islam di Pulau Pantelleria
Perluasan kuasa Islam di Pulau Sicily
Perluasan kuasa Islam di Pulau Sardinia
Perluasan kuasa Islam di Pulau Corsica
Perluasan kuasa Islam di Pulau-pulau Balearic

Cadangan PHD nak tulis tajuk tentang kedatangan Islam ke wilayah Caucasus atau kawasan di wilayah selatan Laut Aral seperti Khirgistan, Turkuministan dll...

Belum lagi decide tajuk sebenar... Perlu istikharah dulu, barulah Allah bantu.

Sunday, April 11, 2010

Memahami wilayah utara...

Sepanjang 2 minggu ini saya tidur dengan Atlas. Sasaran saya ialah kawasan yang selalu disebut dengan Bilad Ma Wara’ al-Nahar (Negara di sebalik sungai).
Lalu saya teroka 2 atlas, atlas yang mengandungi peta-peta lama dan atlas moden. Untuk saya gabungkan. Kerana nama-nama ini ada yang berubah.
Kalau anda perasan surat khabar minggu ini banyak juga menyebut wilayah yang sedang saya kaji ini. Antara isu air Laut Aral yang surut. Isu pengebom berani mati yang meletupkan diri di Moscow berasal dari wilayah Caucasus utara dan kemelut politik di Kyrgyzstan. Sekurang-kurangnya memahami kedudukan wilayah-wilayah tersebut lebih memberi saya faham akan setiap isu tersebut.
Rupa-rupanya Ma Wara’ al-Nahar bermaksud Negara-negara di balik Sungai Sihun atau hari ini disebut Sungai Amodarya.
Ia merupakan kawasan di selatan Laut Aral (Kadang-kadang disebut Laut Khawarizm). Jika kita melihat peta hari ini ia merujuk Negara Uzbekistan, Kirghizia, Tajikistan dan Turkeministan. Negara-negara ini dahulu duduk di bawah kesatuan Soviet.
Pada saya, untuk kita memahami Negara-negara di bahagian utara Asia ini perlu kita mengetahui akan 3 laut utamanya. Iaitu Laut Aral (Khawarizm), Laut Kaspia (Laut Qazwin atau al-Khazar) dan Laut Hitam.
Wilayah Ma Wara’ al-Nahar yang mengandungi Bukhara, Samarqand, Thaskend dan lain-lain wilayah yang sering disebut dalam buku sejarah lama.
Manakala antara Laut Kaspia dan Laut Hitam terletak pergunungan Caucasus (dalam buku sejarah lama disebut al-Quqaz). Di selatan Caucasus hari adalah Negara Georgia, Azerbaijan dan Armenia.