Wednesday, December 29, 2010

Habuan besar dari sebuah keikhlasan

Pada tahun ke 7 hijarah telah berlaku Perang Khaybar antara umat Islam dan Yahudi. Seorang hamba berkulit hitam berbangsa habsyi dari penduduk Khaybar sedang memelihara kambing tuannya seorang Yahudi. Tatkala beliau melihat penduduk Khaybar bersiap sedia untuk mengangkat senjata dia pun bertanya;
“Apa kamu semua hendak buat?”
Mereka pun menjawab;
“Kami hendak berperang dengan orang yang mengaku dia nabi” Maka terdetik di hatinya tentang nabi. Lalu dia pun meninggalkan kambingnya untuk bertemu Rasulullah saw.
Beliau lantas bertanya;
“Apakah yang kamu katakana? Apa perkara yang kamu seru?”
Rasulullah saw pun menjawab;
“Saya mengajak kepada Islam. Kita bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan sesungguhnya saya adalah utusan Allah. Dan kita tidak menyembah kecuali Allah”
Lelaki itu kemudian berkata;
“Apa saya akan dapat jika saya bersaksi dan beriman kepada Allah Azza wa jalla”
Rasulullah saw menjawab;
“Kamu akan dapat Syurga jika kamu mati kerana demikian” Lalu dia pun masuk Islam.
Kemudian tuannya yahudi mendapat tahu bahawa hambanya telah memeluk Islam.
Kemudian berlaku pertempuran di Khaybar antara umat Islam dengan Yahudi. Khaybar adalah pusat utama bangsa Yahudi di Semenanjung Arab.
Kedua-dua pihak pun bertempur. Antara yang terkorban ialah lelaki hamba yang baru memeluk Islam tadi. Tentera Islam mengusung mayatnya ke kem mereka. Usai melihat mayatnya Rasulullah saw pun bertemu dengan para sahabatnya lalu berkata;
“Sesungguhnya Allah telah memuliakan hamba ini dan melorongkannya kepada kebaikan. Saya melihat 2 bidadari di bahagian kepalanya sedangkan dia tidak pernah sekali pun solat untuk sujud kepada Allah”

Tuesday, December 28, 2010

Keseleruhan kulit buku "Mari Kenali Keluarga Muhammad saw"

Buku Terbaru Saya "MARI KENALI KELUARGA MUHAMMAD SAW"


Assalmualaikum kawan2

Buku terbaru saya berjudul MARI KENALI KELUARGA MUHAMMAD SAW bakal lahir minggu depan. Berminat menjadi pengedar sila maklumkan pada saya

Maklumat Buku
Judul: Mari Kenali Keluarga Muhammad SAW
ISBN: 978-967-10128-0-2
Penulis: Sahrulazmi Sidek
Penerbit: Mazni Irfan Publication
Kategori: Umum/Sejarah Islam
Halaman: 176 m/s
Harga Semenanjung Malaysia: RM17.70
Harga Sabah/Sarawak: RM19.70

Blurb belakang:

Sebelum mengenali hati budi seseorang, kita cenderung bertanyakan
perihal keluarganya. Mengenali latar belakang keluarga, sudah cukup
membuatkan jiwa lebih dekat dengan orang yang ingin kita kenali. Begitu
juga apabila kita mahu mengenali nabi kita, Muhammad bin Abdullah.

Mari Kenali Keluarga Muhammad SAW dijangka menjawab persoalan-
persoalan berikut:
 Berapa ramai sepupu yang nabi ada?
 Ummu Ayman itu ibu susuan ataupun pengasuh nabi?
 Adakah Saidina Hamzah itu sepupu, ataupun bapa saudara nabi?
 Mana satukah bapa saudara nabi? Abu Jahal, ataupun Abu Lahab?
 Siapakah antara kerabat nabi yang memeluk Islam?
 Siapa pula ahli keluarga yang menentang ajaran nabi?
Dekati keluarga nabi dengan, sebuah rumah, sebuah buku Mari Kenali
Keluarga Muhammad SAW
.

Sahrulazmi Sidek
, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab dari
Universiti al-Albayt, Jordan. Kemudian, melanjutkan pengajian di peringkat
Sarjana Sejarah dan Tamadun Islam di Jabatan Pengajian Arab dan
Tamadun Islam (JPATI), UKM. Akses beliau terhadap ratusan sumber sejarah

Sunday, December 26, 2010

Peristiwa bulan Muharam

Apalah kita ini. Macam tiada modal. Asyik2 bila datang bulan Muharan nak cerita pasal hijrah. Sebenarnya banyak lagi.

1. Perang khaybar

Perang ini berlaku pada bulan Muharam. Huraikanlah pada masyrakat. Bahaya orang Yahudi. Pada bulan haram pun mereka tak hormat. Atau apa sahajalah pasal yahudi.


2. Perang Siffin.

Perang Siffin ini berlanjutan utk tempoh yang lama. Melibatkan bulan Muharam tahun 37 Hijrah. Boleh kita hurai masalah fitnah dalam umat Islam. Bahayanya kumpulan khawarij dan al-Sabaiyyun.

Khawarij ini cukup bahaya. Ceritakanlah pasal perang al-Nahrawan yang tercetus antara Ali bin Abu Talib dan puak ini. Mereka bertindak ganas sehingga membunuh khalifah Ali dan buat kacau bilau dalam wilayah Islam.

Begitu juga al-Sabaiyyun atau pengikut Abdullah bin Saba'. Mereka adalah gl penghasut yang mengajak umat Islam merusuh di Madinah sehingga membunuh Uthman bin Affan. Tektik mereka licik. Bermula dari tahun 30 hijrah mereka membuat perancangan jahat. Tahun 35 hijrah slp kira2 6 tahun, misi mereka membuahkan hasil.

Merekalah watak penting dalam melagakan tentera Islam sehingga tercetus perang jamal, kemudian perang Siffin. Mereka bijak menyusup masuk menyalakan api, akhirnya umat Islam berbunuhan sesama sendiri.

Banyaklah boleh cerita pasal Muharam ini...