Sunday, May 23, 2010

Internet rumah dah okey...

al-Hamdulillah internert rumah sudah kembali pulih. Setelah 3 minggu dia buat perangai.
Banyak juga info penting yang terlepas pandang. Rasa penting juga ada internet ni. Antaranya saya terlepas peluang menghadiri program penulisan novel Islami bersama Pak Latip anjuran PTS di Taman Permata. Lamadah saya tunggu peluang tersebut.
Apakan daya...
Ramai juga kawan-kawan yang tegur awat tak tulis benda baru dalam blog ini.
Kekalutan mohon dimaafkan.
Selepas ini, jenguk-jenguklah blog ini lagi. Bimbang ada orang serik...

40 tahun pertama hayat nabi saw..

Saya diminta untuk menyampaikan ceramah berkaitan dengan perjalanan hidup nabi saw.
lalu saya pun meminta audien menghafaz 6 digit nombor ini iaitu 40 13 10.
Nombor 40 adalah umur nabi sebelum dilantik menjadi rasul.

Angka 13 adalah tempoh seterusnya iaitu ketika baginda berdakwah di Makkah.

Manakala angka 10 adalah tempoh terakhir baginda iaitu tempoh ketika berdakwah di Madinah.

Ketika membahaskan tempoh 40 tahun pertama ini banyaklah persoalan yang perlu dibahaskan untuk kita ambil iktibar.

1. Kenapa nabi saw perlu dihantar ke kampung di luar Makkah. Apa beza jadi budak kampung dengan budak Pekan.

2. Kenapa nabi perlu jaga kambing

3. Kenapakah nabi perlu menjadi pedagang bukan pekilang

4. Kenapa nabi hidup susah sedangkan datuknya adalah pembesar Makkah.

5. Apakah peristiwa-peristiwa besar dilalui oleh nabi saw sebelum diangkat menjadi rasul.

6. Adakah rasul mengasingkan diri ke gua hira' dianggap cuba melarikan diri dan cabaran hidup masyarakat jahiliyyah yang merungsingkan itu.

Terpaksalah tidur dengan buku sirah untuk mencari jawapan-jawapan ini.

Tuesday, May 18, 2010

BUku Tentang Keluarga Nabi saw...

Dah lama sungguh saya tidak mencoret dalam blog ini. Kerana sudah 2 minggu internert di rumah merajuk panjang.
Saya baru sahaja menyiapkan buku sejarah pertama saya. Sedang masuk proses editing. Saya menulis pasal keluarga nabi saw.
Saya tulis pasal datuk, nenek, mak saudara, bapa saudara, sepupu2 dan semua orang-orang penting di sekeliling nabi saw,
Setelah berhempas pulas membelek buku2 sejarah, maka saya temui banyak maklumat yang dulu saya jahil tentangnya.
1. Saya dah tahu nama nenek nabi sebelah bapa (Abdullah) dan sebelah ibu (Aminah)
2. Saya temui tempoh honeymoon antara Abdullah dan Aminah. Berapa lama mereka sempat bersama.

3. Saya menemui detik-detik menyayat hati bagaimana seorang isteri iaitu Aminah yang terpaksa menerima berita tiba-tiba suami yang ditunggu balik dari berniaga di Syam tetapi berita yang sampai adalah berita kematian suami.

4. Saya menemui saat-saat awal bagaimana Halimah al-Sa'diyyah mula-mula mendakap tubuh nabi saw. Saat itu nabi saw sedang terlena, Halimah tidak mahu mengganggu tidur baginda. Namun, kmdn Halimah meletakkan tangannya ke atas dada kecil nabi saw. Baginda terjaga dan terus melemparkan senyuman buat Halimah.

5. Saya menemui kisah sedih di saat umur nabi saw 6 tahun. Ketika itu nabi yang masih kecil ini telah menjadi yatim piatu.

6. Saya menjumpai kisah kasih agung seorang pakcik yang memelihara anak saudaranya lebih dari anaknya sendiri. Abu Talib sanggup memberi peluang nabi saw tidur di sebelahnya sedangkan beliau mempunyai anak sendiri.

Banyak lagi kisah-kisah keluarga nabi yang ingin saya kongsikan. Tunggulah agar buku ini muncul sebagai alternatif bagi yang ingin membaca kisah-kisah besar dalam keluarga nabi saw.