Dah lama sungguh saya tidak mencoret dalam blog ini. Kerana sudah 2 minggu internert di rumah merajuk panjang.
Saya baru sahaja menyiapkan buku sejarah pertama saya. Sedang masuk proses editing. Saya menulis pasal keluarga nabi saw.
Saya tulis pasal datuk, nenek, mak saudara, bapa saudara, sepupu2 dan semua orang-orang penting di sekeliling nabi saw,
Setelah berhempas pulas membelek buku2 sejarah, maka saya temui banyak maklumat yang dulu saya jahil tentangnya.
1. Saya dah tahu nama nenek nabi sebelah bapa (Abdullah) dan sebelah ibu (Aminah)
2. Saya temui tempoh honeymoon antara Abdullah dan Aminah. Berapa lama mereka sempat bersama.
3. Saya menemui detik-detik menyayat hati bagaimana seorang isteri iaitu Aminah yang terpaksa menerima berita tiba-tiba suami yang ditunggu balik dari berniaga di Syam tetapi berita yang sampai adalah berita kematian suami.
4. Saya menemui saat-saat awal bagaimana Halimah al-Sa'diyyah mula-mula mendakap tubuh nabi saw. Saat itu nabi saw sedang terlena, Halimah tidak mahu mengganggu tidur baginda. Namun, kmdn Halimah meletakkan tangannya ke atas dada kecil nabi saw. Baginda terjaga dan terus melemparkan senyuman buat Halimah.
5. Saya menemui kisah sedih di saat umur nabi saw 6 tahun. Ketika itu nabi yang masih kecil ini telah menjadi yatim piatu.
6. Saya menjumpai kisah kasih agung seorang pakcik yang memelihara anak saudaranya lebih dari anaknya sendiri. Abu Talib sanggup memberi peluang nabi saw tidur di sebelahnya sedangkan beliau mempunyai anak sendiri.
Banyak lagi kisah-kisah keluarga nabi yang ingin saya kongsikan. Tunggulah agar buku ini muncul sebagai alternatif bagi yang ingin membaca kisah-kisah besar dalam keluarga nabi saw.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Saya baru beli buku Keluarga Nabi melalui online website Pustaka Azhar, tak sabar2 nak tunggu van pos laju tiba...ton! ton! (bunyi hon)
Post a Comment