Sebenarnya saya tidak cenderung untuk menulis tentang sesuatu yang banyak perselisihan pendapat dan jika tidak dibahaskan pun tidak mengapa. Ini kerana ia bukanlah topik utama. Saya risau, kita leka dengan yang tidak penting, akhirnya kita meninggalkan perbahasan yang penting dan lebih penting(mengambil pengajaran).
Tidak dinafikan terdapat perbezaan pendapat tentang tarikh sebenar berlakunya Israk dan Mikraj. Antara tokoh yang yang mengetengahkan perbahasan ini ialah Syeikh Safiyyu al-Rahman al-Mubarakfuri dalam karyanya al-Rahiq al-Makhtum.
Terdapat 6 pendapat tentang tarikh berlaku Israk dan Mikraj.
1. Pada tahun Rasulullah diangkat menjadi rasul. (dipilih oleh at-Tabari)
2. 5 tahun selepas Rasulullah diangkat menjadi rasul (ditarjih oleh Imam al-Nawawi dan al-Qurtubi)
3. Malam 27 Rejab tahun ke-10 kenabian (dipilih oleh al-Allamah al-Mansurfuri)
Ketiga-tiga pendapat ini ditolak kerana Khadijah meninggal dunia pada bulan Ramadhan tahun ke-10 kenabian. Kewafatannya sebelum difardhukan solat 5 waktu sedangkan kefardhuan solat adalah pada malam Israk dan Mikraj.
4. 16 bulan sebelum Hijrah iaitu pada bulan Ramadhan tahun ke-12 kenabian
5. Satu tahun 2 bulan sebelum Hijrah iaitu pada bulan Muharram tahun ke-13 kenabian
6. Setahun sebelum Hijjrah iaitu pada bulan Rabiul Awwal tahun ke-13 kenabian
Tidak dapat dipastikan pendapat yang mana paling kuat daripada kalangan 3 pendapat terakhir ini.
Sunday, August 10, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment