Saturday, January 26, 2008

Apa yang kita sudah tahu tentang sejarah umat Islam

Menurut Muhammad Muhammad Hassan Shurrab bahawa senjata sejarah lebih bahaya daripada peluru berpandu. Sejarah menjadikan individu itu cinta dan bangga dengan agama dan sejarah gemilang mereka. Para ulamak silam mendidik anak-anak mereka dengan ilmu sirah dan sejarah Menurut Zainal Abidin bin al-Husin bin Ali r.a meriwayatkan bahawa kami diajar sejarah maghazi Rasul saw seperti kami diajar al-Quran.
Apa yang telah kita tahu tentang sejarah umat Islam kita? Kenal benarkah kita tentang sejarah Rasul saw dan para sahabatnya. Pernahkah kita mendengar bagaimana Uqbah bin Nafi' pembina bandar al-Qayrawan memacu kudanya sejauh 1000 km untuk menyebarkan Islam. Sehingga beliau berkata apabila tiba di persisiran pantai Laut Atlantik " Jika tidak kerana laut ini pasti aku akan berjuang terus di atas jalanmu". Ummu Haram meninggal dunia ketika membawa Islam ke Pulau Cyprus. Abu Ayyub al-Ansari, sahabat yang Rasul saw menumpang sementera di rumah beliau ketika peristiwa hijrah telah terkorban syahid ketika mengepung kota Konstantinopal pada tahun 49H.
Mari kita semai jiwa kita dengan mencintai sejarah umat Islam.

No comments: