Wednesday, May 7, 2008

Abu Sufian?

Ramai di kalangan kita yang selalu menyebut nama Abu Sufyan tetapi sebenarnya tidak pernah pun merujuk mana-mana kitab tarajum untuk melihat biodata beliau. Setuju kan? Hasilnya kita pun keliru. Apa beza antara Abu Jahal dan Abu Lahab? Yang mana bapa saudara Nabi saw? Yang mana bos Thuwaibatul Aslamiyyah? So, kita kenalah juga rajin-rajin menjengok buku-buku biografi Arab untuk lebih mengenal tokoh yang ingin kita bincangkan.
Nama sebenar Abu Sufyan ialah Sakhr b. Harb b. Umayyah b. cAbd Shams b. cAbd Manaf b. Qusay b. Kilab al-Qurashiyy al-Umawiyy. Beliau merupakan antara cerdik pandai Arab dan merupakan ketua Quraiys dalam perang Uhud dan Khandak. Beliau dikatakan 10 tahun lebih tua daripada Rasulullah s.a.w dan hidup 20 tahun selepas kewafatan baginda apabila meninggal dunia di Madinah pada tahun 31H/651M ketika berumur kira-kira 90 tahun. Beliau yang telah memeluk Islam semasa pembukaan Mekah dan sempat melihat dua puteranya iaitu Yazid dan Mucawiyah menjadi gabenor Damsyik.

No comments: