Friday, May 23, 2008

Siapa Muhammad bin al-Qasim?

Muhammad b. Al-Qasim b. Muhammad b. al-Hakam b. Abu cUqayl al-Thaqafi. Beliau dilahirkan pada tahun 62H/681M dan meninggal dunia kira-kira tahun 98H/717M. Merupakan seorang pemimpin tentera yang terkenal yang telah membuka al-Sind dan menjadi gabenornya. Beliau merupakan wakil Hajjaj ke al-Sind pada zaman Khalifah Al-Walid b. cAbd al-Malik. Selepas kematian Hajjaj dan Al-Walid, beliau telah dipecat oleh Khalifah Sulayman b. cAbd al-Malik dan telah dibawa ke Wasit serta diseksa di sana. Namun, Sulayman kemudian telah membebaskannya tetapi beliau telah dibunuh oleh Mucawiyah b. Mucawiyah al-Mahlab. Pada satu pendapat lain mengatakan punca kematiannya adalah kesan siksaan yang dialaminya

3 comments:

Anonymous said...

tahniah buku baru!

omaQ said...

tahniah atas buku baru.. sakit pon ok!!.. ana pon dah beli .. memang buka itu penuh dengan maklumat n info yang baik untuk bacaan semua lapisna masyarakat.. terutamanya kepada si pesakit.. keluarga pesakit.. dan orang orang skeliling pesakit.. setiap manusia pasti sakit ( menemui mati) jadi mmg bagus kepada semua..ana nie merupakan jiran dirumah bapa mentua Abu Iyyash di Kangar Perlis... nama ana omaQ ( Umar Ahmad) Just log in www.omaQ.org untuk ke blog ana

Muhammad Abdulloh Suradi said...

Assalamualaikum, kunjungi http://potretsejarah.multiply.com *Baru*