Saturday, November 28, 2009

Korban Kami...





al-hamdulillah semalam, hari Sabtu 28 November bersamaan 12 Zulhijjah saya dan keluarga berkesempatan untuk melaksanakan korban di rumah kami.

Tentunya, ramai saudara mara, jiran tetangga dan sahabat handai yang turut sama menjayakan program korban ini. Semoga ia menjadi program keluarga kami setiap tahun.

Yang penting, saya perlu menjadi penggerak kepada program tersebut. al-Kisahnya sudah ada ahli kelurga yang hendak turut serta untuk program tahun depan.

Kami cadang, tahun depan kita targert akan ada 2 ekor pula.

Saya sendiri yang menyembelih binatang korban tersebut. Namun, kali ini lembu yang saya sembelih agak boleh tahan juga.

Maklumlah ia bukan lembu ternak. Tetapi lembu yang dilepas makan rumput secara bebas. Jadi, agak liar juga. Lembu yang saya beli sendiri, yang dipelihara oleh anak murid saya sendiri di Kampung Indah, Morib.

Walaupun pada mulanya nampak agak kecil tetapi kerana ia lembu yang dilepas maka dagingnya agak mantap. Akhirnya setelah ditimbang dapat juga kira 85 kg (daging sahaja) tidak termasuk tulang belulangnya.

Terima kasih pada yang sudi menghulur bantuan. Semoga ibadat korban kami diterima Allah.

2 comments:

Unknown said...

Assalamualaikum Ustaz,

Menarik sungguh topik berkenaan korban. Di harap ustaz dapat menerapkan lebih lagi mengenai korban dari sudut pengisian rohani bagi mereka yg sibuk dan hidup di hutan batu ibu kota. Sesugguhnya Islam itu mudah dan memudahkan. Kadang2 ianya dirasai sukar jika disampaikan oleh mereka yang terlalu komplikated dalam menzahirkan saranan Islam..wallahualam..

Sepupu mu .. Affendy Sijangkang

abuiyyash said...

Salam Affendy

Sama2 kita sampaikan Islam dengan cara yang paling mudah semoga ramai akan tertarik bukan semakin menjauhi agama suci ini.