Friday, April 18, 2008

Ibrah tu apa?

Syukran jazilan kepada yang telah atau pernah mengunjungi serta memperkenalkan kepada kawan-kawan sahabat yang lain akan blog ibrahsejarah dan yang telah memberi pandangan-pandangan kepada saya.
Susah sangat nama blog anta? Ini antara berita yang sampai menerjah ke telinga saya. Begitu juga apa itu Ibrah? Maaflah...sepatutnya ana tulis kat anta semua definisi ini awal-awal lagi. Yang sudah tahu tak apalah tetapi yang akan tahu, Ibrah itu adalah bermaksud pengajaran. Blog ini cuba mengajak kita semua meneroka pengajaran daripada sejarah Islam yang panjang ini.
Memang kadang-kadang apabila kita hendak terjun ke dunia sejarah Islam akan menemui banyak istilah yang boleh bikin kita pening-pening lalat. Anda pernah mendengar tentang Baybars, Qutuz atau Janbalat? Ini contoh nama-nama Sultan kerajaan al-Mamalik. Pernah terdengar atau terbaca nama Guyuk atau Ogaday? Tak pernah. Ini adalah nama-nama Khan Agung Mongol selepas Genghiz Khan.
Moral of the story. Set kan dalam minda kita istilah atau nama yang susah itu boleh diingat. Bahkan sebenarnya semakin pelik, maka semakin perlu dan mudah diingat. Selamat mencuba.

2 comments:

hadiyyah said...

Assalamualaikum w.b.t, Mudah-mudahan ustaz dalam keadaan baik. Saya amat setuju dengan title ibrah sejarah yang menjadi nama utama blog ustaz. Ini menggambarkan pengajaran-pengajaran yang di ambil dari sejarah sama ada mempunyai kaitan antara positif dan negatif terhadap kehidupan manusia di masa akan datang terutama umat Islam. Contohnya mengenai tamadun Islam yang dibangunkan oleh Islam dengan secara fenomenalogi yang unik dan dinamaik. Oleh itu, saya nak mintak pandangan sedikit daripada ustaz ketamadunan dan istilah intelektual. Daripada penemuan ustaz mengenai fakta-fakta penting sejarah, ada penjelasan mengenai hubungan tamadun dengan intelektual (haziqah). Sebab maksud intelektual daripada bahasa diambil dari maksud istilah yang besar iaitu al-muthaqqafun/ al-thaqafah. Mungkin boleh mintak sedikit penjelasan ustaz. daripada abd hadi borham 019-2564086

Unknown said...

salam. mohon maaf pernyataan masih bertele-tele tidak langsung to the point. masih kebanyakan muqoddimah. dan intinya juga belum kena. Afwan ustadz, saya masih awwam. salam