Saya sokong jika anda memang minat dan suka mengumpul buku. Tetapi membeli buku juga kena ada seni dan strateginya. Mesti ada senarai buku yang ingin dibeli di samping sedikit bajet kot-kot terlihat buku yang memang menarik minat dan kita rasa memang cukup penting bahkan mungkin payah hendak dicari di tempat lain selepas ini.
Kenapa perlu plan nak membeli. Belek, minat dan bayar ajelah. Memanglah sepatutnya begitu tetapi ada juga yang tak jadi yang sepatutnya. Ialah kerana duit kita sikit tetapi buku yang kita geram hendak beli banyak. Saya cuma cerita pengalaman saya dan kawan-kawan di Dandis dan di pesta-pesta buku yang sempat kami kunjungi di Jordan dulu. Kalau memang dah ulat buku, memang dia akan cuba beli sungguh-sungguh tapi ongkosnya...
Jadi, dalam ruangan ini saya hendak berkongsi dengan para peminat sejarah Islam untuk mencari buku-buku yang saya rasa patut jadi koleksi buku sejarah kita.
1. Atlas Sejarah Islam
Saya tidak nafi bahawa buku berbentuk Atlas memang cukup mahal sebab biasanya ia berwarna-warni. Antara penulis atlas terkenal ialah Syauqi Abu Khalil dan Ahmad Adil Kamal. Kedua-duanya pakar Atlas sejarah Islam. Kenapa perlu Atlas? Kerana ia bukan sahaja menulis tentang sejarah tetapi berserta paparan petanya. Tanpa peta, manalah kita tahu di mana lokasi Taif, Mu'tah, Parsi, Khurasan, Pulau Cyprus, al-Qayrawan, Barqah, Tanjah, Acre, Armenia, al-Madaian etc. Sekurang-kurang carilah Atlas al-Tarikh al-Arabi al-Islami: Syauqi Abu Khalil
2. Buku Sejarah Islam
Kita sukar mencari sebuah buku tipis tetapi lengkap menceritakan sejarah Islam dari awal sehingga akhirnya. Anda kurang sanggup membaca Tarikh al-Tabari yang walaupun berjilid tetapi tidaklah membahaskan seluruh sejarah Islam. Namun anda carilah buku buku al-Tarikh al-Islami (al-Wajiz):Dr Muhammad Suhail Taqqus yang telah menulis sejah zaman Jahiliyyah sehingga zaman Kerajaan Uthmaniyyah setebal 428 muka surat sahaja.
3. Buku Kamus Geografi
Saya tidak menafikan, antara buku geografi terkenal tentulah Mu'jam al-Buldan nukilan Yaqut al-Hamawi. Namun berapa ramai antara kita yang mampu membeli buku setebal 6 jilid besar dengan harga Malaysia ini. Maka jalan penyelesaiannya, carilah buku Mu'jam Geografi yang bersaiz lebih kecil iaitu buku karangan al-Himyari berjudul al-Rawd al-Mi'tar Fi Khabar al-'Aqtar. Buku yang disusun mengikut abjad dan setebal sejilid ini mampu memenuhi keperluan kita apabila merujuk mana-mana tempat semasa kita membaca buku sejarah Islam.
Moral of the story "Duit Kita Sikit Tetapi Buku Yang Ada Cukup Banyak"

1 comment:
Saya setuju dengan saudara, tapi orang Melayu kita la ni dah kurang minat baca. Macamana malaysia nk capai tahap masyarakat yang literasi. Wahai ustaz.. mcana nak bagi ubat orang melayu yg kurang baca. hai... apa nak jadi... cuba ustaz cek dalam kuliah ustaz kat manan2 masjid ada tak jemaah yang bwk buku,kitab. mgkn ada tp jumlahnya sedikit. ramai yg melanggu2. tak caya tengok masa khutbah jumaat. tok khatib syok sendiri bw nota utk dibaca,wsalm
Post a Comment