Wednesday, April 29, 2009

Viva di bumi Jordan...




al-Kisahnya saya telah ditempatkan di Universiti al-Albayt Mafraq, Jordan selepas berjaya mendapat tawaran biasiswa Bahasa Arab seberang laut tajaan KPM tahun 1994. Cerita lama dah ni.

Maki saya bersama 200 pelajar Malaysia tajaan KPM, JPA dan Yayasan Pahang cukup bimbang dengan penempatan kami di sana. Maklumlah sebelum itu, pelajar2 Malaysia hanya ditempatkan di Mu'tah, Urduniyyah dan Yarmuk sahaja.

Kami generasi pertama al-Albayt. Antara yang menggerunkan pelajar2 di Jordan ialah di Universiti ini memiliki subjek paling banyak iaitu 51 madah (subjek) berbanding universiti lain yang cuma 45 sahaja. Lebih 2 semester...

Juga yang mengecutkan perut, mana2 pelajar nak lepaskan diri daripada universiti ini perlu menyiapkan tesis dan kena bentang di khalayak rama seperti pelajar2 sarjana (master). Kena cakap bahasa Arab depan khalayak ramai, menjadi tontonan...kecut semua orang.

Namun, berkat ketabahan dan sedikit kerdil seorang manusia yang cuba bercita2 besar akhirnya saya diizinkan Allah untuk menyiapkan juga tesis saya.

Pelajar ketiga Malaysia yang berjaya membentangkan tesis di khalayak ramai selepas sahabat saya Ustaz Samsul Helmi dari Pahang dan Ustaz Badrul Hisyan Yasin dari Terengganu.

Dengan mendapat 79% markah tesis, akhirnya saya bebas daripada Universiti al-Albayt.

Kini, saya menunggu situasi yang sama di bumi UKM untuk peringkat sarjana saya. Bilakah saya boleh membebaskan diri saya kali ini....

Ya Allah...permudahkanlah hambamu ini.

6 comments:

Ibnu 'Uthman said...

Assalamualaikum,

Nak tanya, tesis buat tajuk apa? Dah berapa bab siap? Saya baru je selesai exam sem 2, tengah tunggu kelulusan tajuk tesis. Saya dari APIUM, jabatan Sejarah dan Tamadun Islam.

abuiyyash said...

Salam

abuiyyash said...

Tajuk Ma ana "Perluasan Kuasa Islam di Kepulauan laut Mediterranean zaman Kerajaan Banu Umayyah"

al-Hamdulillah dah siap semua. Minggu ni nak semak gaya UKM dan minggu depan nak submit untuk VIVA.

Doakan ana moga berjaya

Anta buat tajuk apa?

Ibnu 'Uthman said...

Wah, gerun tengok tajuknya... Saya...err tukar ana pulak... Ana buat tajuk biasa2 je. Tak mampu nak buat tajuk hebat macam enta. Ana buat tesis kajian lapangan; kursus tamadun Islam di politeknik, sejauh mana keberkesanannya ke atas pelajar, lebih kurang macam tu la.

Nak buat tajuk yg asli dalam tamadun Islam, masalahnya bahasa Arab tak berapa power. Nak cari kitab Tabari, Ibn Athir, Baladhuri, Ya'kubi dan lain-lain dalam BM, kena tunggu enta terjemahkan dulu la agaknya...

Insya Allah, ana yakin enta tak de masalah dalam viva nanti. Doakan ana jugak...

abuiyyash said...

Salam Ibnu Uthman
Sama aje susahnya, cuma saya lebih suka kaji sejarah berbanding buat tajuk kajian lapangan.

Konon2 nak jadi pakar rujuk sejarah perluasan kuasa Islam dan armada laut Islam.

Takde yg power pun...

Ura said...

salam ustaz.. ana baru nak apply MA dlm tamadun Islam. Dah lama tinggal buku2 sejarah sejak 10 thn lps dek mendukung tugas sbg guru. Sudi kiranya ustaz beri sdikit idea @ panduan utk ana. Trima kasih.