Monday, April 13, 2009

Payah betul nak mengaji sejarah!

Salam ustaz! Saya ni suka belajar sejarah para nabi tetapi, macam payah sangat. Apa petua ustaz belajar sejarah?
Ini satu situasi yang saya selalu dengar dari orang ramai.

Baru-baru ni kawan-kawan saya turut minta saya bentang teknik2 mengajar sejarah kepada pelajar. Inilah dua situasi yang selalu memberi motivasi untuk saya berkecimpung dalam bidang sejarah.

al-Kisahnya malam Isnin yang lepas, saya berkesempatan menziarahi Ustaz Zahazan Muhammad di rumah mertua dia di kampung Sungai Udang, Kelang. Bersama saya juga ketika itu, Ustaz Norhisyam Ahmad, timbalan pengarah dakwah Jabatan Pendidikan Negeri Selangor.

Saya sekadar berbincang dengan Ustaz Zahazan, cadang untuk saya menulis buku sejarah pertama saya. Untuk menjawab mengapa payah sangat hendak belajar sejarah.

Ya... kita sebenarnya membaca sejarah secara mengikut blok-blok, tiada hubungkait. Kita tidak tahu kronologi sejarah.

Kita tak tahu apa hubungan kisah Nabi Yaakub dengan Nabi Yusuf. Apa hubungan cerita Nabi Yusuf dengan Nabi Musa. Apa hubungan kisah Nabi Musa dengan kisah Talut dan Nabi Daud.

Kita yang baca sejarah terpisah-pisah. Seolah-olah kita tengok sebuah filem yang langsung tiada kaitan antara plot2 ceritanya. Payah nak faham kalau begitu...

No comments: