Friday, April 17, 2009

"Payahlah ustaz saya nak kuasai sejarah. Saya tengok ustaz ceramah, sikit-sikit sebut tahun itu dan ini. Camne ustaz boleh hafaz tahun2 tersebut"

Ini antara maklum balas yang saya terima sebaik saya menyampaikan satu ceramah Palestine baru-baru ini.

Ada orang minat membaca sejarah tetapi fobia dengan nombor2 tahun dan tempat peristiwa tersebut.

Akhi semua...

Sejarah sebenarnya adalah sebagai ibrah (Pengajaran). Itu yang paling penting. Sebelum Rasulullah disuruh oleh Allah berhijrah, telah turun dahulu kisah Ashabul Kahfi. Pengajaran buat Rasulullah bahawa dalam memperjuang iman kadang-kadang terpaksa keluar daripada kampung halaman. Itulah juga paparan kisah Nabi Ibrahim.

al-Quran banyak memaparkan sejarah. Dikatakan sebahagaian besar al-Quran adalah qasas (cerita) sejarah. Yang menariknya sejarah dalam al-Quran tidak mencatatkan tahun-tahun sesuatu peristiwa itu berlaku.

Kenapa? La...sebab yang penting untuk kita tahu pengajaran bukan untuk hafal nombor2 tahun. Hari ini kita hafal tahun peristiwa lebih daripada nak hafal pengajaran sesuatu sejarah yang berlaku itu sendiri.

Sebab itulah sampai bila pun kita tidak terkesan dengan sejarah yang telah berlaku.

Sekadar renungan buat semua...

No comments: