Sunday, December 20, 2009

Bagaimana Teknik Dakwah Musab bin Umayr di bumi Yathrib

Walaupun telah cuba mencari jawapan namun masih belum bertemu. al-Kisahnya Musab merupakan duta pertama yang dihantar oleh Rasulullah saw untuk berdakwah ke Madinah sebaik berlaku perjanjian Aqabah pertama.

Mus'ab yang merupakan antara sahabat terawal memeluk Islam adalah tokoh yang gugur syahid dalam medan Uhud.

Setelah berada setahun di Madinah, beliau berjaya mengIslamkan orang-orang Ansar. Sehingga dikatakan semua rumah Ansar telah diseru kepada Islam dan Rasulullah saw.

Di tangan Mus'ab telah masuk Islam 2 pemimpin besar kabilah Aus dari Bani Abd al-Asyhal iaitu Usayd bin Hudayr dan Saad bin Muaz.

Beliau yang memeluk Islam ketika berumur 24 tahun merupakan antara tokoh sabat besar yang terkenal dalam berdakwah. Yang berjaya mengIslamkan penduduk Madinah.

Namun, apa tekniknya kerana dalam tempoh setahun sahaja beliau berjaya melaksanakan misi besar. Akhirnya semasa perjanjian Aqabah ke2, telah hadir berbaiah kepada Rasulullah ramai orang Ansar yang seterusnya menjadi pemangkin kepada hijrah para sahabat dan Rasulullah ke bumi Yathrib.

2 comments:

fad_z said...

apakah yg termaktup dlm perjanjian aqabah ke-2. dan sampai manakah perjanji ini dikekalkan..

abuiyyash said...

Salam Fad-z!

Perjanjian Aqabah pertama lebih kepada Akhlak spt jangan minum arak, berzina....

Adapun perjanjian Aqabah ke-2 lebih kpd perjanjian untuk menyokong dan taat setia Ansar membantu dakwah Rasulullah.