Wednesday, July 8, 2009

BC dan AD?

Sahabat-sahabat yang pernah melalui penulisan tesis semasa menyambung pelajaran di peringkat sarjana atau doktor falsafah, pasti berjumpa seribu macam kesukaran dan cabaran.
Sama ada cabaran dalaman iaitu diri sendiri atau luaran. Sebab tak hairan jika kita jumpa kawan kita yang berjaya menghabiskan subjek dalam tempoh tertentu yang ditetapkan.
Tetapi bilang tang tesis, ramai yang sangkut. Ada sebab masalah motivasi diri, sibuk, tak pernah menulis, penyelia yang sukar ditemui dan macam-macam lagi.
Pokoknya, nasiblah. Kalau yang boleh selesaikan on time, memang baik punya rezekilah. Banyakkan sujud syukur kerana ramai juga yang kecundang, gagal mencapai hasrat memiliki MA atau PHD walaupun telah memulakan perjalanan bahkan ada yang mungkin nak sampai tetapi tetap gagal.

Antara perkara yang memeningkan saya semasa menulis tesis ialah apabila saya terpaksa menulis abstrak dalam bahasa Inggeris. Saya perlu menterjemah yang BM kepada BI.
Saya satu masalah yang timbul semasa nak terjemah tahun masehi. Apa simbol nak kata 'sebelum masehi' dan 'selepas masehi'. Merata jugalah saya nak cari jawapan.
Yang sebelum Masehi lebih mudah. Simbolnya ialah B.C. Ya, singkatan kepada 'Before Christ'. Maknanya sebelum kelahiran Nabi Isa a.s.
Yang pening saya nak cari simbol 'selepas masehi'. Baca punya baca, akhirnya terjumpalah simbol A.D.
Datang pula bingung, apa makna A.D tu?
Sehinggalah baru-baru ni baru saya jumpa ketika saya berkursus dengan geng-geng sejarah. Walaupun sebelum tu dah banyak juga tanya geng sejarah pasal makna A.D tu. Ramai juga yang geleng kepala.
A.D ialah singkatan kepada 'After death of Christ' rupanya.
Ini cuma masalah saya.
Moral cerita ini... Kalaulah orang sejarah boleh baca buku2 tulisan Arab dan Inggeris pasti mantop.

2 comments:

Rumaizi said...

Umum menganggap bahawa A.D. ada lah kependekan kepada After death (of Christ) kerana B.C. adalah kependekan kepada Before Christ. Hakikatnya tidaklah begitu, peristiwa kelahiran nabi Isa (Christ/Jesus) sememangnya penjadi penanda yg penting kepada catatan sejarah, namun secara logik, bagaimana mungkin di saat Nabi Isa alayhi al-salam dilahirkan, langsung tahun-tahun sebelumnya digelar BC (before Chris was born or before the era of Christ), dan sementara itu tahun-tahun selepasnya digelar A.D (after the death of Christ)?
Sekiranya ini benar, bagaimana dengan tahun-tahun sepanjang kehidupan Nabi Isa alayhi al-salam? Hendak dimasukkan kedalam kategori mana? BC? AD? Jesteru, ada beberapa tahun, katakan .. 30-40 tahun (umur Nabi Isa alayhi al-salam) yg tidak termasuk ke dalam sistem penanda ini. (sekira dianggap bahawa A.D adalah after the death of Christ)
Tentunya ini tidak bertepatan dengan satu-satu sistem yang dijadikan “penanda aras” kepada sesuatu, apatah lagi jika ia diguna pakai secara universal. Sistem mestilah tepat, boleh diharapkan dan tidak gagal untuk berfungsi di dalam perkara di mana ia digunakan.
Benar, B.C adalah kependekkan kepada before Christ, tapi A.D tidak bermaksud after the death of Christ.
A.D. datangnya dari frasa latin Anno Domini yang bermaksud “In the year of (the/our) Lord” atau kadangnya diungkap secara penuh Anno Domini Nostri Iesu (Jesu) Christi ("In the Year of Our Lord Jesus Christ"). Dengan ini barulah masalah di atas dapat diselesaikan.
Cuma, penggunaan A.D. di dalam penulisan akademik seorang Muslim agak menyangkal tunggak akidah yg didokonginya kerana Anno Domini memberi pengakuan kepada “ketuhanan Christ”.
Oleh sebab itu dicadangkan pengunaan BCE dan C.E. (Before Common Era & Common Era respectively) sebagai ganti B.C dan A.D.
Pembacaan lanjut di dalam hal ini akan menyaksikan perdebatan yang agak hangat di antara kedua-dua penyokong BC/AD dan BCE/CE, namun sebagai seorang Muslim, BCE/CE itu dirasakan lebih “mesra aqidah” kerana ia merujuk kepada sistem kalendar Gregorian tanpa membawa implikasi kepercayaan kepada agama. Itu sahaja.
Syukran.

Anonymous said...

Assalamualaikum,

Saya sering membaca laman ibrar sejarah tulisan ustaz. Ya banyak maklumat yang diperolehi di laman tsb. Mengenai BC dan AD -yang mudahnya boleh kita cari makna singkatan tesb dari berbagai sumber. Contohnya dari wikipedia. Memang AD itu singkatan kepada Anno Domini dan BC pula Before Christ.

Saya mengajak ustaz membaca beberapa entri yang saya tulis di geoabbasid. Tegurlah kalau ada kesilapan fakta tentang sejarah Abbasiah di situ.