Saturday, March 7, 2009

Mengapa sepi Qunut Nazilah...



Yahudi masih lagi terus menerus menzalimi saudara-saudara kita di bumi Gaza. Namun, kita melihat surau-surau dan masjid dah mula sepi dari mendoakan sahabat seakidah kita di bumi Anbiya' sana.

Apalah yang sangat boleh kita lakukan. Kita hanya sekadar mampu menadah tangan, memohon agar Allah membantu mereka sebagaimana dengan izinNya yang telah memenangkan tentera Islam pimpinan Umar al-Faruq di medan Yarmuk, tentera Islam pimpinan Saad bin Abu Waqas di medan al-Qadisiyyah, Muawiyah bin Abu sufiyan di medan Zat al-Sawari, Solahuddin al-Ayubi di Medan Hittin, Sultan Muzaffar Quttuz di medan Ain Jalut dan Muhammad al-Fatih di Contantinople serta Mu'tasim di bumi Ammoria. Amin...

Ayuh...kita teruskan Qunut Nazilah kita agar ia terus didengar oleh yang di langit walaupun kita tahu betapa kerdil, naif dan dhoif yang kita ini. Apakah mungkin suara hati ingin ini didengar...tetapi itulah yang termampu buat kita daripada langsung tidak berbuat apa.

1 comment:

Soffian Shariff said...

salam ustaz,
ini pendapat saya..
ALLAH MAHA AGUNG! senjata orang Islam ada lah doanya...dalam doa ada semangatnya, dalam doa ada kasih tuhannya, dalam doa ada pedinding hikmatnya... masalah sekarang nie adalah, umat Islam enggan mengerjakan IBU SEGALA DOA..iaitu..SOLAT 5 WAKTU....nescaya jikalau pagi esok semua umat Islam bersolat subuh berjemaah, nescaya esok juga kita menang dan menguasai dunia..