Sunday, March 22, 2009

Kepuasaan Yang Hakiki

Al-Hamdulillah, pada cuti sekolah terbaru ini kami sekeluarga selamat bercuti di bumi Perlis. Anak-anak saya sempat bermain-main dengan Wan Perligh diaorang di waktu cuti.

Walaupun saya mendapat peluang (berbayar) untuk mengajar Bahasa Arab & Sejarah Islam di salah sebuah Insitut Perguruan (dulu maktab) dan ceramah2 maulidurrasul namun kepuasaan balik kampung lebih dominasi.

Alangkah hibanya bila seorang pakcik tua yang menyapa saya selepas solat subuh pagi Ahad yang lalu "Ustad! Bila sampa? Dendam (rindu bahasa Perlis) kat Ustaz". "Setiap cuti sekolah ustaz balik nooo, anak-anak saya kat kolompo jarang balik. Depa sibuk kot..."

Bayangkan bila satu petang saya menziarahi pondoknya, beliau hanya termenung menanti kepulangan anak cucu yang jarang2 dalam setahun dapat bersua.

Apalah erti mencari duit, tetapi jika tidak beroleh kebahagiaan. Apalah erti mengejar jawatan jika ada insan yang terpaksa kita lupa.

Puasnya saya bila dapat satu malam menjaga Tok (sudah tidak boleh berjalan) dan Wan (sudah tidak dapat melihat), menyuap mereka dengan nasi ke mulut mereka.

Alangkah puasnya cuti kali ini, apabila saban hari dapat menziarahi pusara emak (mertua) yang baru 40 hari yang lalu meninggalkan kami semua.

Alangkah gembiranya hati bila saya dapat mengumpulkan adik beradik semua mengalunkan bacaan al-Quran, tahlil dan doa buat emak yang telah bersemadi di alam barzakh.

Inilah kebahagiaan dan kepuasaan hidup yang ingin ku cari...menjadi anak-anak yang soleh, yang menziarahi ibu dan bapa di saat mereka hidup dan selepas mereka meninggal dunia...

Anda semua bagaimana?????????

No comments: