Sunday, June 22, 2008

Nama Dulu, Nama Sekarang

"Apa nama sebenar Parsi sekarang ustazah?" "Entahlah." Anda pernah tak bertemu situasi seperti ini semasa belajar sejarah? Sebenarnya antara kesulitan belajar sejarah ialah perubahan nama dahulu dan nama yang sedia ada sekarang. Maklumlah kita pun membaca buku yang ditulis ratusan atau ribuan tahun yang lalu seperti Imam al-Tabari, Ibn Hisyam, Ibn al-Athir dan lain-lain. Saya kata sulit, bukan bermakna tiada jawapan atau jalan keluarnya. Kita perlulah buat kerja lebih, buat sedikit rujukan.
Saya akan bawakan beberapa contoh nama-nama yang mengalami perbezaan. Atau kadang-kadang mempunyai pelbagai nama. Kadang-kadang berbeza dalam buku bahasa Arab dan bahasa Inggeris. Contohnya.

Parsi :Iran
Anatolia: Asia Kecil atau Turki
Andalus :Sepanyol
Afranj :Eropah
Yunan :Greek (Tamadun Yunan=Tamadun Greek)
Syam :Palestine, Lubnan, Jordan dan Syria
Gaul :Perancis
Tanjah : Tangier
al-Daybul :Karatchi

Kadang-kadang ada perbezaan antara catatan Arab dan Inggeris
Ibn Sina :Avicena
Ibn Rusyd :Averoz

Sebenarnya banyak lagi, cuma ini adalah sebagai contoh sahaja. Pastikan jika kita sedang membaca buku sejarah, bersama kita juga perlu ada Atlas. Jika tidak, maka kita akan hanya menjadi pembaca semata-mata tetapi bukan pengkaji sejarah.

Syukran pada Qidza atas komentar.

1 comment:

Qisza said...

Assalamu 'alaikum Ustaz,

Minta maaf tumpang singgah sebentar.
Bagaimana keadaan selepas benkel KD, makin bersemangat menambah hasil tulisan?


Maafkan saya kalau tersilap; selama hari ini saya diberitahu bahawa Parsi itu adalah Iran sekarang. Komen?