Monday, May 4, 2009

Sejarah 20A Nik Nur Madihah bt Nik Kamal





al-Kisahnya antara buku yang saya beli semasa pesta buku 2009 yang lalu dan saya promote di kalangan anak2 murid dan rakan-rakan guru di sekolah saya ialah buku "Catatan Hati Nik Nur Madihah" terbitan Hijjaz.

Ada kawan-kawan tegur sebab saya benar2 excited dengan buku tersebut. Pesta buku dah berlalu...

Pada hari Sabtu, 2 Mei yang lalu dan keluarga sempat menghadiri Karnival Pertanian Adun Sijangkang yang dirasmikan oleh Menteri Besar Selangor.

Yang menjadi inspirasi untuk saya hadir ialah kerana ada slot motivasi dari Nik Nurmadihah. Apatah lagi anak-anak saya pun teruja untuk bertemu dengan "kakak bijak" ini selepas saya dan isteri sering bercerita tentang kisah kejayaannya.

Kita adalah apa yang kita inginkan...

Nak jadi cerita, pagi tersebut saya pun hadir ke Karnival tersebut kira-kira jam 10.30 pagi bersama tentera-tentera saya.

Kerana dewan sudah dipenuhi orang ramai, maka saya tertanya-tanya mana dia Nik Nurmadihah. Alangkah bertuahnya kami kerana terus ditunjukkan di mana beliau dan ayahnya yang sedang menunggu slot ceramahnya selepas ucapan MB Selangor.

Apa lagi... saya pun terus menyapa Pak Nik (ayah Madihah) dan sempat juga saya meminta "Pak Nik! Doakan anak-anak saya berjaya macam Madihah..." Dengan selamba Pak Nik menjawab "Ini anugerah Tuhan yang boleh diperolehi oleh sesiapa sahaja, InsyaAllah"

Tahniah, syukran buat Pak Nik dan Madihah yang sudi bergambar dengan keluarga saya... Salam ukhuwwah dari kami sekeluarga.

No comments: