Thursday, May 14, 2009

Geng jahat zaman Rasulullah saw

Ya, Apabila Allah menjadikan Nabi Adam maka Allah juga menjadikan musuhnya iaitu Iblis. Nabi Ibrahim maka lawannya Namrud. Nabi Musa pula, ada Firauan.

Setiap zaman ada kumpulan Adam, Ibrahim dan Musa. Begitu lawannya iaitu Iblis, Namrud dan Firaun.Nama sahaja yang berubah-rubah btetapi perangai sama sahaja.

Tanyalah diri kita “awak tu masuk team mana?” Yalah, kita perlulah muhasabah diri.

Begitulah juga apabila Allah menjadikan Rasulullah saw, pun ada musuhnya. Siapa mereka?

Agak sukar juga nak kumpul geng samseng zaman Rasulullah ni. Siapa yang nak kumpul. Saya sengaja nak kumpul supaya kita dapat tahu, sama ada yang yang baik atau yang jahat.

Antara samseng zaman Rasulullah saw ialah;

1. Abu Jahal
2. Abu Lahab dan isterinya
3. Uqbah bin Abu Mu’it
4. al-Aswad bin Yaghus al-Zuhri
5. al-Aswad bin al-Mutallib
6. al-Harith bin Qays
7. al-As bin Wail
8. Malik bin al-Tulatilah al-Khuza’i
9. Umayyah bin Khalaf

Macam-macamlah puak ni buat pada Rasulullah. Mereka ejek, pulau, cuba nak bunuh dengan menghempap batu dan semua yang orang jahat buat. Memang jahat sungguhlah.

Kita tak usah buat macam diaorang kerana penamat hidup diaorang semuanya tragis. Nak tahu lagi bagaimana? Sabar ya sebab saya pun sedang syok membaca buku tersebut yang bercerita tentang mereka-mereka ini.

Akan kita kongsikan nanti…

No comments: