Friday, July 18, 2008

Siapa Hamzah?

Ukhh...ukhhh...Tersedak saya apabila seorang penceramah dengan begitu yakinnya menyebut "....Hamzah, yang merupakan sepupu Rasulullah saw..." Tak bolehlah saya nak berhentikan kuliah yang sedang beliau sampaikan itu. Takut nanti dia akan terkedu dan hilang idea tetapi kalau saya tidak perbetulkan, nanti orang yang mendengar akan mengambil maklumat yang salah. Kalau anda di tempat saya, bagaimana? Apa yang anda lakukan.

Saya selalu ingatkan diri saya, kita perlu study apa yang kita hendak sampaikan sebab orang awam biasanya akan menerima apa yang ustaz2 sampaikan. Jangan langsung tidak buat homework. Kita dah hampir dengan sambutan Israk Mikraj, buat homeworklah dari sekarang, jika kita telah mendapat jemputan berceramah atau menyampaikan kuliah.

Nama penuh Hamzah ialah Abu cAmarah Hamzah b. cAbd al-Mutallib b. Hashim b. cAbd Manaf al-Hashimiyy dan dilahirkan 2 tahun sebelum kelahiran Ralulullah s.a.w. Beliau adalah bapa saudara baginda dan merupakan saudara susuan kerana kedua-keduanya menyusu dengan Thuwaybah iaitu hamba kepada Abu Lahab. Beliau mati syahid pada tahun 3H/624M selepas dibunuh oleh Wahshiyy semasa perang Uhud. Hamzah telah digelar dengan Asad Allah (singa Allah) dan Sayyid al-Shuhada (penghulu orang-orang yang mati syahid). Lihat Ibn Hajar al-cAsqlani, jil. 2, hlm. 121.

No comments: