Monday, December 22, 2008

Perjalanan Hijrah sejauh 447 kilometer

Pada 29 hb Disember 2008 ini kita akan memperingati sejarah Hijrah Rasulullah saw dari bumi Mekah ke Madinah. Baginda berjalan sejauh 447 kilometer, setelah mendapat izin dari Allah untuk keluar berhijrah.
Lihatlah begitu jauhnya perjalanan baginda semata-mata untuk menyebarkan Islam.
Lalu apakah sumbangan kita pada Islam? Kita akan memasuki tahun 1430 hijrah hanya beberapa hari lagi. Ayuh fikir sejenak sumbangan kita pada kerja yang telah dimulakan oleh junjungan besar kita saw. Apa yang telah kita wasiatkan pada anak2 kita agar mereka juga mampu menyumbang kepada usaha murni ini.
Ayuh semua, kita tunjukkan pada dunia betapa mulia dan agungnya Islam ini...

2 comments:

PraU said...

Assalamualikum, ana tertarik dengan bingkisan ,terlalu kerdil rasanya umat pada hari ini, teruskan perjuangan anta,
SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU HIJRAH,
semoga anta kan terus berrkarya dengan jayanya...InsyaAllah

abuiyyash said...

Syukran along