Wednesday, November 18, 2009

Menambah 'stress' orang lain?

Salam persaudaraan dari saya.

Bangsa kita sudah maju. Telah lama kita memeluk Islam. Rasanya terlalu nikmat kita dilahirkan dalam bangsa ini.

Namun kita jarang sekali bermuhasabah atas semua ini. Jika tajuk yang cuba dibahaskan ini ada kebenaran, ayuh kita bermuhasabah.

Namun saya lebih suka tidak mengaitkan fenomena ini pada bangsa kita semata-mata tapi pada semua orang secara umum.

Rasulullah s.a.w amat suka memudahkan orang lain, menyenangkan hati dan perasaan orang lain, suka membantu orang lain. Rekod hadis yang saya terbaca menyatakan pembantu-pembantu Rasulullah tidak pernah memendam rasa di atas perbuatan atau ucapan Rasulullah saw.

Sedangkan baginda berjawatan tinggi, orang nombor satu Madinah. Seorang nabi yang maksum bahkan penghulu sekalian rasul.

Adapun kita, hanyalah manusia biasa yang sekadar mungkin menjawat jawatan dari secebis jawatan dunia. Jawatan kita itu pula adalah jawatan yang ada tempoh, ada tempoh bersara. Ertinya selepas bersara, kita tiada lagi memegang jawatan itu.

Namun, di saat kita memegang jawatan itu, mengapa kita menjadikannya platform menambah stress orang lain khasnya orang-orang yang di bawah seliaan kita.

Marilah kita menjadi pembimbing, pendorong orang lain kerana inilah yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah ketika baginda menjadi pemimpin. Membina hubungan yang baik dengan semua orang.

Fikirlah... Jawatan hanya pakaian sementara, yang akan ditanggalkan dari tubuh kita apabila tiba masanya.

3 comments:

KLMJ said...

benar apa yg dikatakan oleh ustaz...
dan semamangnya fenomena inilah yg byk berlaku di mana2 organisasi...
kerap terjadi org atsan yg menindas & memperkecilkn org bawahan...
Lebih malang lagi, jika yg berkuasa ini dgn sewenang2nya menggunakan pengaruh yg ada utk MENAFIKAN sesuatu yg sudah sepatutnya dimiliki oleh org bawahan... -KLMJ-

abuiyyash said...

KLMJ...

Lupakah mereka janji Rasulullah, orang mempermudahkan orang lain maka Allah akan mempermudahkannnya.

KLMJ said...

mudah2an mereka diberi petunjuk & hidayah oleh Allah utk berubah menjadi muslim & mukmin yg sebenar.., insya'Allah...