Showing posts with label Pesta buku KL. Show all posts
Showing posts with label Pesta buku KL. Show all posts

Thursday, April 23, 2009

Tanda tangan 10 naskhah AHMG


"Nanti...nak minta tanda tangan ustaz" Bisik seorang guru yang membeli buku saya, Apabila Haiwan Menjadi Guru. Untuk hadiah murid-murid sempena hari Kecemerlangan Sekolah, Katanya.

Juga terasa teruja ketika saya ditemuduga dengan Wartawan dan Jurugambar Berita Harian di Booth Karnadya. Jadi masuk surat khabar ke? Saya pun tak tahu lagi.

Apa-apa pun terima kasih kepada semua yang menyokong saya, memberi kepercayaan kepada karya saya khasnya semua orang kuat Karnadya Solutian, para pembaca, Berita Harian dan semuanya.

Saya hanya mencuba sesuatu, mudah-mudahan iu sedi dikongsi oleh semua.

Kali kedua ke Pesta Buku 2009






Pada hari Rabu, 22hb April saya datang lagi ke Pesta Buku. Tapi kali ini saya bawa 44 0rang anak-anak saya. Anak-anak didik dari Kelab Bahasa Arab SMK Jalan Kebun Kelang. Sajelah bawa mereka berjalan-jalan ke pesta buku. Sekali sekala.

Hari pertama di Pesta Buku 2009





al-Hamdulillah, plan saya untuk menjenguk ke pesta buku 2009 termakbul pada Hari Ahad 18 April yang lalu. Sempatlah saya bertemu dengan beberapa kenalan seperti Cikgu Abu Hasan Morad dan anaknya Ummu Hani di Booth Galeri Ilmu.

Sempat juga jumpa Ustaz Nik Azizan Jaafar. Siapa lagi kalau bukan ustaz 'Mari Bertaranum'

Dan Yang tak disangka-sangka kawan lama yang balik bercuti dari Durham, UK. Siapa lagi Kalau bukan Ustaz Mazlee Malik penulis 'Hamas Pejuang Sebenar...' dengan Alaf21.

Dan yang paling penting mestilah saya berjumpa dengan orang-orang kuat Karnadya. Siapa lagi kalau bukan kak Aina Emir, Mimie Afinie dan penulis muda kami, Hasif Hamsyari yang baru berumur 14 tahun dari Melaka.

Saya dahulu ketika 14 tahun, tak tahu apa langsung tentang penulisan.

Terima kasih kepada peminat yang sempat membeli buku saya di BOOTH Karnadya khasnya buku Apabila Haiwan Menjadi Guru.

Wednesday, April 15, 2009

PESTA BUKU KL 2009



Assalamuaikum! InsyaAllah saya akan berada di Pesta buku pada 22hb 2009. Adapun tarikh-tarikh lain belum dipastikan lagi.
Jumpa saya di booth KarnaDya.

Sunday, March 29, 2009

Selamat bertemu di pesta buku 2009 di gerai Karnadya


Salam...
Dalam diam-diam, dah setahun kita tak bertemu di pesta buku antarabangsa. Nah kini, ia muncul kembali.

al-Hamdulillah jika di pesta buku pada tahun lalu saya cuma ada sebuah buku iaitu di gerai Karnadya, Sakit Pun O.K tetapi tahun ini saya ada 4 buah buku baru iaitu
1. Nampak Biasa Tapi Luar Biasa (Karisma Publication)
2. Yang Pelik Lagi Hairan (Karnadya)
3. I Love Ramadhan
4. Apabila Haiwan Menjadi Guru
dan tentulah Sakit Pun O.K.

InsyaAllah pada 22hb April saya akan menjenguk ke gerai Karnadya, PWTC bersama 38 anak saya. Ramaikan? InsyaAllah bersama anak-anak murid bahasa Arab saya iaitu 4 Ibn Sina.

Itupun jika diizinkan Tuhan...Jumpa semua di sana.