Daripada 124, 000 nabi yang ada, 313 rasul, 25 yang wajib kita beriman kepadanya dan 5 ulul azmi, hanya dua orang rasul sahaja yang terpilih untuk diselitkan namanya untuk disebut ketika setiap orang Islam menunaikan solat.
Tentunya ia adalah Rasulullah saw dan Nabi Ibrahim. Bahkan kita turut berdoa kepada kaum keluarga mereka berdua sepertimana yang kita baca ketika kita duduk tahiyyat.
Nabi Ibrahim Khalilullah adalah nabi yang begitu banyak diuji oleh Allah. Dakwahnya bukan sahaja ditentang oleh sang kafir tetapi di antara mereka itu ialah bapanya sendiri. Begitu juga orang-orang kampungnya sendiri di Babil. Sehingga pemerintah, Namrud menjatuhkan hukuman bakar kepadanya.
Akhirnya, baginda terpaksa meninggalkan kampungnya sendiri di Iraq (babil) untuk pergi ke Palestine. Baginda juga diuji dengan ketiadaan anak sehingga ke lewat usianya. Alangkah bahagianya baginda apabila mendapat khabar yang isterinya Hajar mengandung.
Namun selepas itu, baginda diuji lagi agar meninggal bayi kecilnya bersama ibunya di Bumi Mekah yang tandus dan gersang serta tidak berpenghuni ketika itu.
Apakah semua ini kerana semata-mata darimu atau kerana perintah Allah....?
Bahkan, ia adalah perintah Allah wahai Hajar, wahai anakku Ismail dan wahai semua umat Islam yang akan membaca sejarahku dan sejarah keluargaku sepanjang zaman.
lambang kepatuhan dan ketaatan seorang hamba kepada perintah Allah Yang Maha Mencipta. Allahu Akbar.
Kita menyebut nama Ibrahim dan keluarganya saban hari dalam solat kita, namun sejauh manakah kita cuba menghayati dan mengambil iktibar dari kisah agung ini. Tanyalah suara hati kita yang tidak pernah menipu ini.
Di saat Ismail meningkat dewasa, di saat si ayah iaitu Ibrahim baru ingin bermanja dengan si anak, maka datang pula perintah Tuhan untuk si ayah menyembelih putera kesayangannya.
Si Ibrahim lantas menyahut seruan tersebut dengan bantuan si anak itu sendiri.
"Wahai ayahku! laksanakan apa yang telah disuruh kepadamu, Insyaallah engkau akan mendapati aku dari kalangan orang-orang yang sabar" Allah...Allah
Jadikan aku ayah yang taat laksana kekasihmu, Ibrahim dan jadikanlah anak-anakku sesabar dan sepatuh Ismail... Ya Rabb, Ya Allah
Amiiiiiin.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment