Monday, August 16, 2010

Kembara Sarjana (MA)


al-Hamdulillah penat lelah berulang alik 3 tahun 1/2 ke bumi UKM akhirnya menemukan titik akhir. Tanggal 9hb hari Isnin saya dan teman dianugerah sarjana di hari Konvokesyen ke 38 UKM.

Terima kasih pada semua yang menghulur bantuan dan doa.

Thursday, August 5, 2010

Sedihnya...

Dalam minggu saya terlalu sibuk ceramah sempena persediaan terakhir Ramadhan. Maka bbrp malam lepas saya berceramah di Shah Alam.

Pengerusi kali ini seorang tua berumur lebih 60 tahun. Selepas usai ceramah dia tanya kepada saya

"Berapa umur ustaz sekarang..."

Saya jawab "...34..."

Kemudian dia mengulas sebagai penutup.

"Tuan-tuan, saya sedar ketika saya diusia ustaz saya ada kerja hebat ttp saya ketika itu langsung tidak ingat agama. Alhamdulillah Allah bagi umur panjang, sempat ingat Tuhan. Bayngkan kalau saya mati muda...."

Suaranya begitu hiba, buat orang lain terdiam...

Bersyukurlah pada kita yang cepat diberi hidayah mengenal Tuhan.

Salam Ramadhan Karim dari saya sekeluarga...

Monday, August 2, 2010

Bulan Ramadhan...

Saya sendiri kurang gemar menukar nama-nama istilah tertentu dari Bahasa Arab ke bahasa Melayu.
Ini kerana

1. Bahasa Arab ada 'gah' tersendiri dari segi bunyi
2. Kadang-kadang terjemahan itu kurang tepat

Sebagai contoh najis diterjemah dengan kotoran. Sedangkan ada kotoran yang bukan najis spt kuah kari yang tumpah kat baju. Kita kata ia kotor ttp bukannya najis.

Selain itu terjemah wudu' kpd air sembahyang. Kerana wudu' bukan shj utuk sembahyang bahkan utk tawaf, pegang al-Qur';an etc

Begitulah juga Ramadhan dengan bulan puasa. Sebab ramadhan bukan hanya ada puasa malah ada tarawih, tadarus al-qur'an, sedekah dan lainnya.

Walaupun tidak dinafikan ia juga disebut syahr al-Siyam (bulan puasa). Bimbang orang hanya ingat bulan ramadhan utk puasa sahaja dan dia tak solat, tak baca al-Quran, tak bersedekah sedangkan pahala pada bulan ini dilipatkali ganda pahalanya.

Monday, July 19, 2010

Antara Azar vs ‘Uzair

Kita sering terkeliru antara 2 nama yang disebut dalam al-Qur’an ini. Barangkali kerana bunyinya yang seakan-akan serupa. Tetapi yang jelas ia langsung tidak serupa.

Nama Azar kita temui dalam surah al-An’am ayat 74.


Dan (Ingatlah) di waktu Ibrahim Berkata kepada bapaknya, Aazar[ "Pantaskah kamu menjadikan berhala-berhala sebagai tuhan-tuhan? Sesungguhnya Aku melihat kamu dan kaummu dalam kesesatan yang nyata."

Azar ialah bapa nabi Ibrahim as. Dia bukan orang mukmin.

Adapun ‘Uzair kita akan temui dalam surah al-Taubah ayat 30. Beliau ini adalah mukmin.


Orang-orang Yahudi berkata: "Uzair itu putera Allah" dan orang-orang Nasrani berkata: "Al masih itu putera Allah". Demikianlah itu Ucapan mereka dengan mulut mereka, mereka meniru perkataan orang-orang kafir yang terdahulu. Dilaknati Allah mereka , bagaimana mereka sampai berpaling?

Wednesday, June 30, 2010

Hadiah selepas 50 tahun...

Kita sedang berada dalam bulan Rejab. Bulan Rejab mengingatkan kita kepada peristiwa Israk dan Mikraj.
Israk Mikraj adalah hadiah besar yang diberikan oleh Allah kepada nabi kita. Hadiah perjalanan darat dan langit. Yang tidak mungkin diperolehi oleh mana-mana manusia lain.

Namun, sedarkah kita bahawa sebelum nabi dihadiahkan hadiah hebat ini baginda telah melalui pelbagai ujian selama 50 tahun.

1. Lahir dalam keadaan yatim kerana ayahnya meninggal semasa dalam kandungan

2. Berpisah dengan ibunya semasa dipelihara di kampung Halimah

3.Ibunya meninggal ketika berumur 5 tahun

4. Datuknya meninggal selepas hanya 2 tahun menjaga Rasulullah saw

5. Menumpang kasih pada pakciknya Abu Talib

6. Terpaksa mengambil upah membela kambing

7. Terpaksa berniaga

8. Anak-anak lelakinya meninggal dunia

9. Anak-anak perempuaannya diceraikan oleh suami-suaminya

10. Isterinya Khadijah meninggal dunia

11. Kematian bapa saudara Abu Talib

12. Beliau dan sahabat-sahabat diseksa oleh kaum Quraiys

Dengan kesusahan2 ini maka layaklah Muhammad dibawa berjalan2 oleh TuhanNya untuk menggembirakan nabi saw. Ya... selepas tempoh 50 tahun menahan sabar...

Sunday, May 23, 2010

Internet rumah dah okey...

al-Hamdulillah internert rumah sudah kembali pulih. Setelah 3 minggu dia buat perangai.
Banyak juga info penting yang terlepas pandang. Rasa penting juga ada internet ni. Antaranya saya terlepas peluang menghadiri program penulisan novel Islami bersama Pak Latip anjuran PTS di Taman Permata. Lamadah saya tunggu peluang tersebut.
Apakan daya...
Ramai juga kawan-kawan yang tegur awat tak tulis benda baru dalam blog ini.
Kekalutan mohon dimaafkan.
Selepas ini, jenguk-jenguklah blog ini lagi. Bimbang ada orang serik...

40 tahun pertama hayat nabi saw..

Saya diminta untuk menyampaikan ceramah berkaitan dengan perjalanan hidup nabi saw.
lalu saya pun meminta audien menghafaz 6 digit nombor ini iaitu 40 13 10.
Nombor 40 adalah umur nabi sebelum dilantik menjadi rasul.

Angka 13 adalah tempoh seterusnya iaitu ketika baginda berdakwah di Makkah.

Manakala angka 10 adalah tempoh terakhir baginda iaitu tempoh ketika berdakwah di Madinah.

Ketika membahaskan tempoh 40 tahun pertama ini banyaklah persoalan yang perlu dibahaskan untuk kita ambil iktibar.

1. Kenapa nabi saw perlu dihantar ke kampung di luar Makkah. Apa beza jadi budak kampung dengan budak Pekan.

2. Kenapa nabi perlu jaga kambing

3. Kenapakah nabi perlu menjadi pedagang bukan pekilang

4. Kenapa nabi hidup susah sedangkan datuknya adalah pembesar Makkah.

5. Apakah peristiwa-peristiwa besar dilalui oleh nabi saw sebelum diangkat menjadi rasul.

6. Adakah rasul mengasingkan diri ke gua hira' dianggap cuba melarikan diri dan cabaran hidup masyarakat jahiliyyah yang merungsingkan itu.

Terpaksalah tidur dengan buku sirah untuk mencari jawapan-jawapan ini.